Wednesday, February 8, 2017

PESAN ABAH

Aku memang jarang bercakap dengan abah aku
Melainkan benda2 penting la
nak father-daughter bonding memang tak la kan
Maklum la abah aku dulu memang bukan jenis stay at home father
Banyak je urusan luar dia tu
Nasib dia tak join politik je...

Cuma sejak dia kahwin lain ada gak la dia mesej/wasap aku
Tanya kabar family aku
Maybe masa tu dia rasa anak2 dah makin jauh dari dia
Tambahan pulak kami dah tahu dia kahwin lain masa tu
So dia ingat anak2 akan marah & ketepikan dia kot
Walhal... kami cool je.... benda dah jadi kan...
Yang melenting2 mak aku la kan... [isteri mana la yang tak melenting kan]
So itu isu deme laki bini, so kami anak2 taknak campur.

2 minggu sebelum abah meninggal, abah dengan mak ada datang rumah aku
weekend la masa tu
Sempat la Aleeya ajak atok & opahnya jalan2 ke Kolam Air Panas & Uptown Batang Kali
Abah pun nampak sihat je masa tu
Cuma abah kurang bercakap.


Beberapa hari sebelum abah meninggal abah ada wasap aku
Agak pelik la jugak wasapnya pada aku
sebab selama ni wasap dia hanya ayat2 yang atas sekali tu je
Yang last ni je ada pesanan tambahan suruh sentiasa waspada & hati2
Maybe dia dah hint2 yang dia pun akan tinggalkan aku
dan tak dapat jaga aku lagi..
😭

Bila abah dah takde ni macam2 perasaan ada
Rasa banyak membazirkan peluang nak membahagiakan abah
Rasa takde kesempatan nak mengenali abah dengan lebih dalam
Rasa yang tak tahu nak cakap macam mana tah
Cuma bersyukur dapat bersama abah selama 37 tahun ni dan dapat bersama abah hingga nafasnya yang terakhir
Berbeza dengan anak2 aku yang tak dapat peluang macam aku.









7 comments:

idzwa kamaruddin said...

Hmm..hmmm.. :(

blasahje said...

sabar la ye...

Ogy said...

Arwah dah tau dah dia nak PERGI,pesanan akhir dari seorang ayah kepada anak...sabar dan REDHA... ye syani...

Kesuma Angsana said...

Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Sabar n perlu redha !

Kakzakie Purvit said...

Betullah Syani berbanding anak-anak Sya lagilah dpt bersama ayah mereka terlalu singkat. Lagilah Jasmin yg masih tak tahu apa.. sedih:(

Norhayati Mohd Isa said...

Selalu anak perempuan rapat dengan abah kan..
Akak jenis rapat dengan arwah abah akak..
Bila dah tiada kehilangan amat terasa..

Benar syani..
anak2 Syani lagi kecil kehilangan abah dorang..
Tabah ye syahni dengan ujian ini..

hainom OKje said...

Ada gambar abah masa kat entri Mersing tukan Syani...
Yelah dah sampai masa dia Syani.... moga roh abah tenang di sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...