Friday, February 3, 2017

ABAH... [ENTRY PANJANG]

Hari tu hari Selasa
Aku bangun seperti biasa dalam pukul 5pagi
Tetiba tergerak nak tengok handphone
Tengok2 ada misscall & whatsapp dari adik aku
Dia tany aku balik Ipoh ke idak untuk tengok abah
Aku tanya kenapa dengan abah
Baru la dia cakap abah masuk icu, kritikal & mak suruh semua balik

Kalau dah cakap begitu, memang sangat2 kritikal la kan
Sementara tunggu adik aku sampai dari Shah Alam
Aku pun siap2 mandi, solat & kejut Aleeya & Adib
Masa tengah mandi tu berfikir jugak sama ada nak bawa budak2 ke idak balik Ipoh
Lepas solat Subuh aku packing barang
Lepastu call & mesej ofismate & HR manager cakap aku emergency leave
Pastu tanya Aleeya sama ada dia nak ikut aku balik @ tidak
Dia kata dia kena sekolah.. sebab haritu aku sesi tangkap gambar untuk calon UPSR
Adib pun sama taknak folo, so aku decide balik berdua je dengan adik...
Anak2 semua tinggal kat Batang Kali
So aku pi rumah Cik Besah untuk inform pasal aku nak balik Ipoh & nak tinggalkan Aleeya ngan Adib
Pastu pergi pulak rumah babysitter mintak tolong dia jagakan Amira & Jasmin
Sebab masa tu tak tahu aku akan stay berapa lama kat Ipoh
Depends pada keadaan abah nanti.
Alhamdulillah babysitter ok je...

Lepas adik aku sampai, kami pun bertolak ke Ipoh
naik kereta aku... dah nak bertolak tu baru perasan pulak plat belakang kereta dah takde
Mesti jatuh masa aku balik kerja semalamnya
Tapi aku gamble je la bawak kereta tu...hahahaha.. nasib tak kena tahan JPJ
Bertolak dalam pukul 7 lebih, sampai Ipoh dalam pukul 10 pagi
dalam hati sepanjang perjalanan berdoa je abah tak apa2

Pastu baru adik aku cerita mak call subuh2 tu
Mak call dalam pukul 5 kot... call semua anak2 tapi sorang pun tak jawab
Ate.. semua masih lena kot...hahahaha
Tapi lepas tu mak ada whatsapp inform pasal abah & mintak semua anak2 balik

Cuaca haritu memang hujan
Sampai Ipoh terus tuju hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Ipoh)
Hari hujan, jalan jem.. pastu parking pun susah
Melilau cari parking tau.. last2 parking kat area seberang jalan dengan Dewan Bersalin
[dekat Taman DR tu ---> sapa tau area Ipoh, boleh imejin la kot]
Dah parking situ nak kena menapak la pulak ke bangunan besar tu [emergency area]
Pergh... jauh gile... nasib aku tak bawa anak... kalau tak jenuh la

Sampai kat emergency, terus cari mak
pastu terus masuk jenguk abah
Ya-Allah... tengok keadaan abah tu dengan segala wayar2 memang sedih tau
Memang dah terdetik hati aku abah ni tak lama dah...
Abah hanya bernafas bergantung pada mesin tu je
Yang ada dalam bilik tu masa tu ialah mak, isteri muda abah & atok aku
Mak nampak tenang je...tapi dalam hatinya sapa lah tahu kan

Disebalik selimut tu berselirat la wayar2...
Pastu mata abah pun kena selotep tau..
Tak sanggup tengok abah macam tu
sebab selama hari ni abah tak pernah sakit
Cuma demam2 biasa je
[curi2 ambik gambar kat sini]

Ceritanya malam tu giliran dia kat rumah isteri muda
Kebetulan malam tu isteri dia tersedar sebab dengar bunyi orang muntah
Abah aku tidur dalam bilik bawah & wife dia tidur kat hall dengan anak2
Bila dengar bunyi muntah tu, wife dia jenguk la dia kat dalam bilik
Dah penuh muntah atas katil & abah dah tak sedar diri
[even masa muntah tu tak tahu la abah sebenarnya sedar @ tak]
Dia pun panik gak.. kejut2 abah tapi abah tak bangun
Dia tengok mata abah pun dah bengkak
So dia call ambulans & inform mak aku
anak2 dia, dia mintak pengasuh dia tolong ambil kat rumah sementara ambulan sampai

Kat hospital terus masuk zon merah [kritikal]
buat CT scan pastu doktor katanya dah ada pendarahan banyak  kat otak abah
dan sebelah otak lagi bengkak
Tekanan darah terlalu tinggi sampai dah takde bacaan
Jantung, paru2 semua ok
So maybe sebab tekanan darah yang terlalu tinggi buat pembuluh darah abah pecah & leads tu pendarahan otak [sesapa doktor/nurse, sila betulkan kalau aku salah ye]
So doktor kata memang dah tak boleh buat apa la sebab otak dah rosak
Even buat operation pun still takde chances hidup
So, mak decide untuk bawa abah balik rumah

Kat hospital pulak, semua anak2 dah sampai
kecuali Acik yang dari Johor
Dia pulak tersangkut kat Johor lagi sebab banjir
Kami doa semoga dia sempat sampai Ipoh hari tu

Kemudian mak suruh aku balik rumah dulu untuk siap2kan apa yang patut
sebab nak bawa balik abah
So aku, adik & family ateh balik rumah dulu
Kebetulan mak dah inform sorang dua jiran untuk tolong2 kitaorang

Bila dah siap2kan semua dalam pukul 1 ambulans pun sampai
Kesiannya tengok abah... tak bermaya je
Dada aku ni sebak je....
Tapi cemana pun aku tekad kali ni.. aku nak hadap abah pada setiap proses
sebab masa arwah suami aku meninggal dulu aku tak dapat hadap tu semua


Masa doktor tu nak cabut tiub pernafasan abah...
Sebak wei.. ikut hati tak sanggup tengok
Panjang gila tiub tu kan.. bila dia tarik keluar dari mulut abah pergh panjangnya
Siap berdarah2... pastu abah pun ada muntahkan darah pekat dari mulut dia lepas tu
Kesiannya abah.... aku menangis lagi..
Pastu nafas abah kuat sangat.. takut dengar... macam abah berusaha nak nafas
Doktor tu kata , nadi abah masih ada
so dia kata kalau abah dah takde just cabut la tiub yang dekat hidung abah tu
Kami semua dok kerumun abah.. adik lelaki aku & adik ipar aku gilir2 baca syahadah kat kepala abah
Pastu nampak nafas abah makin perlahan...tapi still bernafas..

Ramai la kawan2 abah, kawan mak, kawan mak tiri aku, even kawan2 aku datang ziarah
Memang tak putus dengan tetamu
Pastu kejap2 aku dok mesej Acik, dia dah dekat mana
Pastu aku pergi dekat abah, bagitau dia kejap lagi Acik sampai.. abah tunggu ye
Alhamdulillah Acik sampai dalam pukul 4 petang & abah masih bernafas lagi

Kejap2 ketika mak & mak tiri aku gilir2 jenguk abah
Lapkan muka & kepala abah
Basahkan bibir & mulut abah dengan air zam2
Aku pun jenguk2 juga keadaan abah... ada masa2 aku perasan ada airmata di mata abah
Again... aku jadi touching... aku cium abah, aku lap airmata abah
Dalam hati aku cakap aku redha abah pergi.. tak sanggup aku tengok keadaan abah macam tu
Memang dalam sejam terakhir tu airmata abah kerap keluar
Entahkan sakit, entahkan sedih, entahkan takut... wallahu'alam.
Aku cuma mampu lap air mata abah....

Dalam pukul 7 malam mak tiri aku asalnya cuma nak lap badan abah
So dia mintak adik aku tinggikan belakang abah sebab dia nak lap belakang abah
Masa tu tetiba abah tersedak pastu muntah hijau...
Nampak abah makin lemah... 
Aku masa tu tengah layan tetamu yang ziarah
Tengok2 semua dah kerumun kat abah.. aku dah agak abah dah nazak
cepat2 aku pergi kat abah... aku pegang kaki abah
Aku nampak kuku kaki abah dah biru & kaki abah dah sejuk
Ye.... nyawa abah sedang ditarik keluar.. abah tengah melalui sakaratul maut
Air mata aku tak berhenti mengalir...
Adik aku yang pegang  tangan abah, tunjuk kat aku tangan abah
Aku nampak kuku jari tangan abah pun makin membiru
Ya-Allah kau mudahkan sakaratul maut abah....
Tepat 7.15 malam.. abah telah pergi meninggalkan kami semua
Ye... tenang je abah pergi macam dia tidur
Tapi yang paling menyedihkan masa abah nazak, anak bongsu abah [anak mak tiri aku] menangis2... sebak wei... tup2 aku teringat anak2 aku masa hari arwah suami aku meninggal dulu.
Lepas abah meninggal aku terus peluk mak
Aku mintak mak redha dengan abah & maafkan semua dosa abah pada mak

Lepas tu aku terus call jiran aku yang anaknya keje doktor
Mintak tolong datang rumah untuk sahkan kematian abah
Alhamdulillah anaknya pun baru balik dari keje
Terus dia datang rumah dengan alat2 dia
Dan dia pun sahkan kematian abah
Pastu aku tanya boleh ke cabut tiub hidung abah tu
So dia la yang tolong cabut....
Allah.. tiub tu lagi panjang dari tiub nafas tadi
Sampai ke usus katanya... berdarah2 tiub tu masa dia tarik
Ngeri tengok..

Lepas2 tu adik beradik & saudara mara yang lelaki tolong kemas2kan abah
Salin kain & tutup badan abah dengan kain batik lepas
Diaorang urut2 sendi2 abah dengan minyak & ikat dagu & tangan abah
Tak lama pastu orang masjid datang untuk siapkan & bersihkan abah
[abah masih pakai pampers masa tu]
So orang masjid tolong buat apa yang patut.
Lepas bincang, kami sepakat nak kebumikan abah esoknya. 
So malam tu jenazah abah masih di rumah..

Sebelah malam pun ramai lagi yang datang ziarah
Kawan2 abah, jiran2 terdekat, saudara mara
Aku pulak plan asalnya nak tidur sebelah abah tapi sebab orang yang datang tak putus2 so kensel la tidur dekat abah.. tidur la kat sofa je.
Mak aku memang tak tidur malam tu.. setia dia mengaji kat sebelah abah
Ada masa dia tertidur juga dalam duduk tu
Yang mak tiri aku tu dah lama terbuntang kat atas
Dia sakit kepala katanya... plus badan tak larat
[sebab dia pun tengah pregnant anak ke-3]
Well, tak kata ke dia la... kesian juga pada dia ekcelinya..

Kalu ikutkan nak je aku tepek muka jenazah abah
Tapi cam tak wajar pulak..hehehee
Kang tak pasal kena kecam..
Kami mekapkan abah sama macam dia hidup
Siap pakaikan dia kopiah yang dia selalu pakai 
Nampak hensem abah.. walaupun dah pucat
Muka abah nampak macam senyum & tenang
Harap2 abah dapat husnulkhotimah la hendaknya.

Abah aku ni seorang imam kat masjid perumahan aku tu
Memang ramai orang kenal
Tu sebab ramai yang datang
Anak2 murid & rakan sekerja dia masa kat PUO dulu pun ramai datang
Memang rezeki abah la kan...

Esoknya pagi2 lepas Subuh segerombolan kawan2 mengaji mak aku dari Pusat Pengajian Al-Barakah datang & bacakan Yasin untuk abah
Ramainya sampai penuh rumah..
Serentak dengan tu satu bas budak2 tahfiz dari Barakah tu datang juga untuk baca Yasin & tahlil
Terpaksa la diaorang duduk kat porch je sebab dalam rumah dah penuh
Ya-Allah... rezeki abah datang tanpa disangka2
Aku menangis bila nampak diaorang datang ... terharu & terfikir cemana kalau aku pulak yang meninggal, adakah rezeki aku pun seperti itu @ tidak??

Dalam pukul 8.30 pagi, van jenazah pun sampai untuk bawa abah ke masjid
Urusan mandi, kapan & sembahyang terus dibuat di masjid
Masa mandikan jenazah pun aku tak nak ketinggalan
Walaupun aku tak hadap 100%, tapi dapat juga la mandikan abah
Khidmat terakhir aku untuk jasadnya di dunia ini
Lepastu dia panggil ahli keluarga yang nak mandikan jenazah untuk masuk mandikan jenazah
Mak, aku, adik2, mak tiri aku alhamdulillah dapat mandikan abah.

Lepas kapan & diwangikan, peghormatan terakhir kami pada abah
Kami cium abah, kami ucapkan selamat jalan
Kami doakan abah masuk syurga
Lepastu kami sembahyang jenazah diimamkan oleh adik lelaki aku sendiri [Angah]

Lepas sembahyang kami bergerak ke kawasan perkuburan untuk pengkebumian
Abah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap
Itu yang terdekat dengan kawasan perumahan kami
Dari awal sampai habis aku tengok abah dikebumikan
Cuma sebab aku perempuan idak le aku terjun dalam liang lahat tu...
Tengok dari tepi je la.. adik2 aku yang lelaki la buat


Alhamdulillah hari tu tak hujan
Pengkebumian berjalan lancar
Cuma kawasan kubur tu berlecak la sebab tanah liat..
Again... syukur tak bawa anak sebab for sure dua2 akan mintak dukung sebab taknak kena kotorπŸ˜–



Selamat jalan abah
Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beramal soleh
Semoga kubur abah ini Allah jadikan salah satu taman2 di syurga 
Rehatlah abah.... semoga kita bertemu lagi nanti
Abah tetap abah Along dunia & akhirat


Abah, kalau jumpa Mi, kirim salam kat dia ye  ---> mula la aku mengarut kan...hehehehe


** Nampak tak budak kecik baju biru tu??? Itu la anak sulung abah dengan isteri muda... adik aku la kiranya tu.. [Umurnya sebaya anak aku si Jasmin tu]



6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Innalillah... sedihlah kakak baca ini Sya
Kullunafsin za iqotulmaut.. setiap yg hidup pasti akan merasai mati
Ini giliran abah Sya selepas suami Sya. Moga mereka ditempatkan bersama kalangan org2 yg beriman.

Org baik di dunia pun kita dah nampak bagaimana mereka yg ziarah melihat kematiannya dan mendoakannya..

idzwa kamaruddin said...

Aku yang nagis beria baca entry ko nie..aku takut aku tak dapat "waktu" macam ni sebab abah aku jauh dari kitaorg :(

Intan Azham said...

Innalillahiwainnalillahirojiun..

Salam Takziah...
Bergenang air mata saya baca entri nie...
Baru jer nampak entri abah sya pergi bercuti kt mersing & Melaka kan...
Moga Allah tmptkan Arwah Pakcik dikalangan org beriman.. Aamiin..!

Ogy said...

Alfatihah untuk arwah abah syani..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...aminnn
Takziah pada syani sekeluarga...semoga tabah menghadapi hari hari mendatang..allah lebih menyayangi arwah...

Norhayati Mohd Isa said...

Al fatihah..
Teringat pula arwah abah akak syah...
Bila baca entri ni..
Sama juga tajuk abah..

Semoga mereka semua berada dalam rahmat Ilahi
dan ditempat bersama para solehin..

Kecil lagi anak sulong mak tiri tu ye syah..
Ini pregnant anak ketiga pula..
Berapa umur abah syah dan mak tiri tu..

hainom OKje said...

Innalillahi wa ina ilaihi rojiun........Gitulah agaknya perjalanan hamba yg sedang berhadapan dengan sakarotul maut kan Syani. Kita yg masih hidup hanya mampu memandang.

Allahu akbar.... sedihnya menghadap org tersayang pergi meninggalkan kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...