Kalau ikutkan selepas arwah suami aku meninggal
memang tak banyak benda berubah
Maybe selama ni pun banyak benda dah melatih aku berdikari
Bila arwah suami aku dulu dah kena kerja syif
So pergi keje balik kerja semua kena sendiri
Hal anak2 pun aku uruskan sendiri masa suami kerja
So tak berapa tertekan sangat la bab tu
Cuma aku ni tang sunyi la...
Memang lonely gila bila suami dah takde
Takde kawan nak sembang, nak mengadu, nak bermanja, nak bergaduh
Balik rumah tengok rumah kosong, dah tak nampak kelibat dia
Memang kalau tak kuat iman, boleh gila tau... tapi SABAR je la..
Ok la.. malas nak cerita pasal tu, tapi nak cerita pasal Adib
Antara ramai2 anak aku, Adib la yang paling rapat dengan arwah
Maybe sebab dia sorang je lelaki, so hasben aku je yang pandai tackle dia
Aku ni takat typikal mak2 la kan... garang2...bebel2.. gitu
Al-kisah bermula pada hari kematian suami aku tu
Adib memang sedih sangat la
So malam pertama tu Pak Long dia pujuk Adib tidur rumah dia
Aku hanya benarkan je la.. sebabnya aku pun dalam keadaan bingung masa tu
Dan... disitulah bermulanya kesilapan aku
Ye silap aku!
Hari kedua, ke-3, ke-4 Adib masih di rumah Pak Longnya
Walaupun rumah Pak Long tu tak jauh mana pun dengan rumah aku
tapi aku tak tahu kenapa dia tak nak tidur di rumah
Hanya siang2 dia balik kejap2 jenguk2 rumah tu
Memula aku dah rasa Adib dah makin menjauh dari aku & adik2nya
Ada juga aku tanya dia kenapa dia tak nak tidur di rumah
Dia kata dia taknak sebab abah takde.. kalau balik dia ingat kat abah..
Dan.... aku biarkan lagi
Ada juga aku bersuara pada Cik Besah, Cik Besah kata "biar le dia tu.. kesian kat dia"
Lepas sebulan aku tanya Adib lagi..
Dia dah OK ke bila abahnya dah takde
Dia kata dia ok... aku dah nampak dia pergi main basikal dengan kawan2
So nampaknya dia dah tak berapa murung la
Tapi still dia tu tak nak tidur di rumah & buat rumah aku ni macam transit untuk salin baju, mandi.
3 bulan berlalu & aku makin terasa aku makin "kehilangan" Adib
Aku bersuara lagi pada cik Besah & biras aku
Diaorang kata diaorang dah suruh dah Adib balik, tapi dia taknak balik
Entah ye tah tak.. aku malas nak percaya
Kata Cik Besah, asal diaorang suruh2 Adib balik Pak Long dia backing
Katanya "tak payah suruh2 budak tu.. lama2 nanti dia balik la... Bukannya aku nak anak dia pun."
Sentap tau aku... oiii tu anak aku kot!!!!
Pastu dia siap cakap "äku dah janji dengan arwah, nak jaga anak2 dia"
Ewah.. tak salah nak jaga tu kan, tapi fikir la sikit yang budak tu masih ada mak iaitu aku.. apa perasaan aku bila anak buat camtu kan?
Aku dah cakap dengan Cik Besah & biras aku, dia taknak dengar cakap kita, dia cuma dengar cakap Pak Long dia je.
So Pak Long kena la bertegas dengan Adib.. Kena balik rumah jenguk mama & adik2..
Patutnya Pak Long tu kena la nasihat yang Adib sekarang dah kena gantikan abahnya untuk jaga keluarga
Bukannya suruh Adib duduk dengan dia je & biarkan je apa yang Adib buat sekarang.... geram aku tau!
Aku ni kalau ikutkan hati nak je marah2 & heret si Adib tu tapi aku takut lagi dia taknak balik nanti
So aku try calm & pujuk2 dia especially masa pagi2 aku nak hantar dia ke sekolah agama. Guess what???? Langsung tak berhasil. Aku ni kadang2 dah rasa give up dah.
Ada sekali tu aku terlalu geram so aku update satu status kat FB.. tapi aku tak pin point sesapa pun.. Aku just tulis:
"ada anak 4, tapi rasa cam anak 3. Sorang yang meninggal tapi 2 yang hilang."
Tetiba biras aku nak sentap.. kononnya aku cakap dia kongkong anak aku.. Adui... lantak la... pastu dia pi jaja pulak kat jiran yang aku ni sebenarnya tak ambik berat kat Adib tu... Ate????? Well... silap aku jugak la pi up status tu... padan muka...
Ada satu hari tu aku gi rumah Cik Besah, pastu terkeluar la cerita2 Adib & pasal biras aku bengang kat aku pasal status FB tu. Cik Besah tanya apa yang aku tulis. Aku cakap la apa yang aku up tu. Memang takde sebut sapa2 pun, Kenapa pulak dia yang nak terasa kan.. Pastu pak mentua aku pulak kata biar je la Adib tu macam tu dulu.. Nanti lama2 dia balik la...Last2 aku cakap nak biar sampai bila? tahun depan? 10 tahun? 20 tahun? Esok2 adik2 dia pun tak kenal dia dah..Haaaa.. aku masa tu dah melenting jugak la.. tapi kontrol la sebab cakap dengan orang tua kan. Terdiam la pak mentua aku dengan Cik Besah.
Kadang2 aku sedih orang tak paham perasaan aku sebagai seorang ibu. Dah le dah ditinggalkan suami, now anak pun nak tinggalkan aku. Orang kata aku kena kuat tapi cemana aku nak kuat bila anak buat camni pada aku. Patutnya kami anak beranak kena stick together tapi aku dah rasa family aku cam nak runtuh... [aku sebak masa tulis ni tau!] And takde orang back up aku.. tu lagi sedih! Mungkin pada diaorang aku ni pentingkan diri kot tapi itu anak aku.... biarlah aku susah senang dengan anak2 aku sendiri..
Lagi satu pasal abang ipor aku ni pun aku nak bebel gak. Konon nak jaga anak2 sedara dia, tapi aku nampak dia beratkan Adib dengan Aleeya je... support benda yang tak sepatutnya. Camne dengan Amira & Jasmin? Takde nak tanya apa2 keperluan pun. Kan sekarang nafkah anak2 aku tanggungjawab pak mertua aku & abang ipor aku kan??? Belikan basikal baru [fatbike] untuk Adib & Aleeya yang harga beratus2.. tapi idak pulak belikan basikal untuk si Amira@ Jasmin. Duit sebiji basikal tu dah boleh kaver yuran sekolah anak2 aku setahun tau! Ntah le...Kang aku bersuara, kata aku mata duitan pulak. Takpun biras aku kata aku nak numpang laki dia pulak... rimas la aku!
Pastu kan, Adib cakap atok suruh dia panggil Pak Long tu Abah. Berdesing telinga aku dengarnya weiiiii... Sampainya hati diaorang!!!! Pastu aku warning Adib, jangan nak mengada2 panggil abah pada orang lain. Abah ko ada sorang je & panggilan abah tu eksklusif untuk abah ko sorang je tau!.. Emo aku masa tu tau! Maybe pada korang benda ni biasa, tapi aku tersangat la sensitif isu ni. Nak2 pulak konon sebagai ganti abah yang dah takde... Siap boleh cakap Pak Long le abah Adib sekarang...waaaaaa banyak cantik muka ko..
Banyak lagi nak cerita sebenarnya.. tapi cukup la sampai sini dulu. Kang korang bosan lak. So that's why kenapa Adib selalu takde bila aku ke mana2. Sebabnya dia tak balik2 rumah & duduk bertapa rumah pak long dia. Aku paham dia sunyi & maybe sebab ada sepupunya kat rumah Pak Long tu.. tu dia asyik nak duduk sana. Tapi sebelum2 ni pun dia camtu juga dok ulang alik main dengan sepupunya tu tapi idak le sampai tak nak balik & tido kat rumah langsung. Aku ni dah tak tahu nak buat apa.
Hari ni pun dah 129 hari arwah suami aku pergi, dah selama itu jugak le Adib berkeadaan camtu. Kadang2 satu hari suntuk aku tak jumpa Adib. Aku whatsapp, dia tak balas.. katanya bateri phone habis @ takde kredit. 129 hari aku hidup tanpa Adib, aku takut lama2 aku yang jadi kekok bila dia duduk dengan aku nanti... Macam dia pulak yang baru masuk keluarga aku..huhuhu..
Kot2 korang ada cadangan yang boleh membantu aku, boleh la email aku ye... Tengs...