Thursday, September 29, 2016

MALAS MASAK!

Aku ni memang tak minat dan tak suka masak tau
Masak pun sebab taknak ahli keluarga kebuluran gitu
Hahahaa... tah le memang tak minat & tak suka masak
Cuma suka makan je..
Bila tak minat & tak suka masak tu
dah tentu2 la jadi tak reti masak kan...
Asal nak masak mula la menggagau tengok google.. cari resepi
Kadang2 anak aku pun tegur
Mama ni dah selalu masak pun nak tengok resepi lagi
Apa nak buat.. mama korang ni dasar pelupa
Arwah suami pun redha je le dengan keadaan bini dia ni kan..

Tak minat masak, tak suka masak
tu belum masuk  bab malas masak lagi
Ada hari2nya kita jadi malas sangat nak masak
sebabnya rasa cam bosan je memasak tu
Bila malas datang tu... hello kedai.... here we come

Sejak beranak2 kecik ni memang dah jarang aku makan kat kedai
Even KFC dan sewaktu dengannya
Selalunya kami tapau pastu makan kat rumah.. lebih selesa kan

Ada satu malam tu, akibat kebosanan kat rumah
dan kemalasan nak masak untuk dinner
Aku ajak anak2 gi makan KFC je..
Ni le first time makan anak beranak kat luar lepas pemergian encik suami
As usual.. tak cukup korum... Adib takde..

Adik aku pun ada join sekali
Jasmin ada je kat sebelah aku tu
Tapi tangan aku tak cukup panjang nak wefie..hahaha



Tah apa pesen la si Jasmin punya pose ni

Nasib la orang tak ramai malam tu
Selesa la sikit nak makan
Anak2 aku pun bebas ke sana kemari..

Ni kat area permainan tu
Jasmin ni kalau aku tak teman taknak dia main
Kena la pujuk2 sikit

Budak ni usah cerita
Happy sangat kalau dapat main gelungsur
Siap baring2..

Ni je permainan yang dia suka main
Tak kisah le Jasmin.. janji ko main..


Kalau korang yang follow blog aku mesti korang perasan aku banyak kali cerita family aku asyik tak cukup korum.. Selalunya Adib la yang takde tau.. Ada kisah disebaliknya... kisah sedih bagi aku... Takpe la.. nanti aku cerita kat blog.






3 comments:

Qhaifa Nur said...

Bila x cukup korum ni...tak kenyang jadinya Syani
Sedapnya KFC

idzwa kamaruddin said...

adib dgn atuk ke :(

Norhayati Mohd Isa said...

Rasa tak selesa nak makan kan syani..
Bila anak kurang seorang..
Adib suka duduk dengan atuk dan opahnya ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...