Wednesday, September 21, 2016

PATUT LE BATU NISAN BERBEZA-BEZA

Selama ni aku tak pernah ambik tau pasal hal ehwal batu nisan ni
Sampai le kena kat ahli keluarga sendiri kan
Takpe la.. at least dapat juga ilmu baru.

Kawasan perkuburan tempat arwah suami aku disemadikan tu adalah kawasan perkuburan baru
Pastu katanya kawasan kubur tu nak buat macam taman
Nak buat seragam je semua kubur
Pastu waktu ziarah2 kubur tu aku perasan juga kenapa ada batu nisan yang leper
past ada juga yang bulat
Aku ingatkan waris la yang pilih nak bentuk macam mana
So aku abaikan je le.. tapi terdetik juga dalam hati tu
Kata pihak pengurusan kubur ni kata nak buat kubur semua seragam
Tapi batu nisannya idak seragam pulak.

Hal2 turunkan batu nisan kat kubur arwah suami aku ni semua bapa mertua aku yang uruskan
Sampai la hari turunkan batu tu aku tengok batu nisan arwah ni bentuknya bulat
kalau ikut aku, aku tak kenan sangat bentuk bulat tu, aku suka yang bentuk leper
[komplen je aku ni kan...hahahaha]
Pastu aku bersuara  la pada Cik Besah.. kenapa batu nisan arwah tu tak sama dengan orang sebelah punya?


Lepas tu dia pun cakap... haah mak pun baru tahu
Kalau bulat tu tandanya arwah tu lelaki
kalau leper tu tandanya arwah tu orang pompuan...
OOOOO.. alkisahnya... baru ku tahu..
Patut la nisannya tak sama dengan orang sebelah sebabnya yang sebelah kubur arwah suami aku tu orang pompuan...


Pastu aku tanya kalau orang pakai batu sungai tu camne nak bezakan
Katanya cari la yang bulat2 untuk lelaki
Cari yang bentuk leper2 tu kalau perempuan
[kalau salah betulkan aku ye..]

Inilah sebabnya batu nisan ni berbeza2 ye
Nak bezakan jantina rupanya..

Takpe Syani, ko berkenan yang leper kan
Nanti yang leper tu ko punya pacak kat kubur ko nanti..huhuhu

-gambo google-


3 comments:

Qhaifa Nur said...

Ooo mcm tu ke, baru tahu...
Alhamdulillah, cantik n kemas kubur arwah
Al fatihah

idzwa kamaruddin said...

oooooo sama lah baru tahu!! kalau tak cerita kita tak tahu tapi cuba tanya cik besah kalau yang dikebumikan sekali sekeluarga batu nesan nyer macam mana?

please bagi tau aku nanti.

yatie nur said...

ye ke kak.. ayah sy yg leper tu..opah saya batu sungai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...