Thursday, September 8, 2016

TAMAN CEMPAKA SARI | TEMPAT PERTAMA KALI DATING

Pagi tadi aku google tetiba terjumpa gambar Taman Cempaka Sari
Sapa dok Parit, mesti tau taman ni..



Ni nak cerita flashback.. awal2 aku berkenalan dengan arwah suami aku
Kejadian ni tahun 2001/2002 gitu la
Suami aku tu adalah sepupu roommate aku kat UUM
Kebetulan masa tu raya puasa, aku pergi beraya rumah kawan aku tu
Suami aku ada la kat situ [dia balik kampung dengan family dia]
Masa tu la pertama kali kami berjumpa
Aku memang tak perasan pun dia tu... tup2 esoknya dia boleh call aku
Sah le dia mintak no tepon aku kat kawan aku tu

Dah beberapa kali sembang dalam telefon
dia ajak aku jumpa a.k.a dating
Katanya raya haji nanti dia nak balik kampung [Parit]
So dia ajak la aku pergi rumah kawan aku tu.. beraya sekali kononnya

Petang raya haji tu, aku pun pergi la rumah kawan aku tu
Aku cakap la ngan kawan aku tu, sepupu dia ajak aku dating kat Taman Cempaka Sari
So dia pun cover2 la line kitaorang ni
Lepak kejap rumah kawan aku tu, pastu aku cakap la nak beransur dulu
[walhal nak gi tempat dating]
Yang "pakwe"aku tu pulak dia suruh aku pergi dulu, nanti dia datang
Aku yang lone ranger, pergi la ke destinasi tu [drive kereta la]

Memang la penantian suatu penyeksaan
Dah le aku duduk je dalam kereta
Segan nak lepak sorang2.. takut ada orang ngorat..hahahaha
Berjanggutnya nak tunggu dia datang.. sejam ada kot aku nunggu dia
Apa la sangat nak buat dengan henfon nokia 3310 tu
Takat main game ular sambung2 tu je la...

First date dah datang lewat.. mula la aku rasa nak blah je masa tu
Pas nampak dia muncul baru la lega..
Patut la dia lambat... siap gi mandi bersiap macam pengantin...
Dia siap berkasut bagai.. aku pakai selipar je.. nasib la pakai baju kurung, boleh la kaver kan..

So kami lepak by the river.. ada satu bangku kat bawah pokok
Best dok situ.. berangin2...
Dok jauh2 tau.. aku mana reti dating2 ni.. first time kot... kekok lagi
Masa tu pun dah petang.. dah asar kot so takde la dating lama2
Sebab pastu aku nak kena balik rumah.. 
Ipoh-Parit pun dah ambik masa 1 jam masa tu

Lebih kurang camni la bangkunya



Dulu Taman Cempaka Sari tak le lawa cam sekarang
Takde apa pun kat situ.. takat nak tengok sungai Perak boleh la
Pastu ada satu pulau kat tengah sungai tu
Masa dulu kalau nak ke pulau tu, kena naik bot/sampan
Ada jeti kat situ
Tapi la ni dah ada jambatan dah.. tak payah dah susah payah nak naik sampan bagai

Tu la pulaunya
Ni pemandangan dari seberang sini
Tempat aku dating tu la..


Ni ada rahsia aku nak bagitau...
First time aku jumpa pakwe aku tu
dalam hati aku terus reject dia tau
Sebabnya...... dia pendek, gelap & tak hensem...hahahahahaha
[tah apa2 kan aku ni... pengaruh novel sungguh]
Pastu sepanjang perjalanan balik, aku cakap kat diri sendiri aku taknak layan dia dah la...konon2 nak reject sangat la
TAPI..... malam tu dia call dengan gediknya aku menjawab telefon... 
dasarrrrrr sangat kannn..hahahaha
Itu le kalau dah jodoh ye... akhirnya kami ke jinjang pelamin juga
Adoi Syani... ko ingat ko lawa sangat ke sampai nak reject2 dia???Wakakakakaka.



3 comments:

Qhaifa Nur said...

Itulah kan Syani, org kata...
Org yg kita tak suka rupanya jodoh kita
Tasik tu tak pernah jejak wlau kak nur org perak huhu

eima said...

SEMOGA BERKASIHS EMULA DISYURGA NANTI SYANI ... TERASA RINDU AMAT SGT KAN BILA MENGGAMIT KENANGAN INDAH MCM NI KAN ....

Norhayati Mohd Isa said...

Salam aidiladha Syani..
Senyum sendiri akak baca entri Syani ni..
Semoga berdating semula di jannah nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...