Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 8, 2013

DAH BANYAK AKAL DAH DIA....

Semenjak dua menjak ni si Amira dah tunjuk peel terbaru dia
Dia dah takmo terletak kome
Asyik suruh orang angkat / dukung je
Kalau letak atas toto, dalam bouncer, dalam carrier memang terus melalak
Tapi bila angkat elok je diam siap boleh senyum2
Semput mak ko ni tau tak....

Hujung minggu baru ni memang terkejar2 le
Sementara dia tido boleh la aku buat keje
Bila dah bangun, aku nak makan pun tak senang
Nak prepare breakfast pun terkejar2

Ahad lepas dia bangun awal pulak
Aku baru nak masak kat dapur
Suruh Yaya & Adib yang jaga,
deme ralit tengok citer Tipah Vavavoom kat TV
[tension tul aku.... dah le laki keje]

Sementara aku masak, kena le letak dia dalam bouncer
Sambil mengadap luar rumah
Suh dia tengok2 la alam sekitar sikit
[ada la dia diam dalam 5 minit]


Tak lama pastu, bila dah bosan
Start la menggeliat pastu melalak

Waaaaa... kelam kabut aku masak
[Nak masak pun kena keadaan tenang kan???]
Nasib tak hangus la sambal tumis aku dalam kuali...



3 comments:

(^_-)V said...

haha, kalau jaga anak+memasak memang super penat..kalau kat behrang, memang sha x penah masak, malam2 makan roti+minum ESP [diet sket], kalau wiken rela makan kat luar, tapi kalau hari2 makan kat luar kopak..

Qhaifa Nur said...

selesa letak bawah agaknya Syani..nak berdukung tak kena masa sayang...tunggu mama relak ok..

Nafira usof said...

dh besar ler.. tau bosan kalo duk setempat. memang haru kalo anak tak mo duduk nih. nak masak pon x senang. hehehe