Friday, October 11, 2013

BELI OVEN KAT LAZADA

Ni kali kedua aku shopping kat LAZADA
Sebenarnya aku prefer beli barang elektrik kat kedai berhampiran rumah aku je
Sebab senang nak komplen kalau2 barang rosak
Nak repair pun senang

Tapi semenjak dah ada baby ni, memang kekangan la aku nak gi shopping
Kalau ada masa rehat kat opis pun aku rasa cam tak cukup masa je
Shopping dengan perasaan terkejar2 adalah sangat tak best okeh!!!!
Dulu waktu aku pegi balik keje dengan hasben, sementara dia OT sempat la aku gi menshopping
Tapi sekarang tidak lagi

So solutionnya... online shopping!!!!
At least terlampias jugak le napsu aku kan..hehehe
Selain takde masa nak jamu mata kat kedai letrik, pilihan kat kedai letrik pun amat terhad juga
Nak2 kat Batang Kali ni, kedai hanya jual brand yang orang ramai beli je
Dah le tu jarang2 ada offer murah2

Dan... hasil tinjauan ke Lazada, aku telah terjebak beli oven 
Dan tah kenapa aku cam tak ragu2 je nak beli
[sebenarnya dah kuar masuk website Lazada dok survey oven tah berapa ratus kali.. sebabnya asyik dok pospon je hajat dihati tu]
Biasa la cheapskate cam aku, tentu la nak yang berbaloi dengan duit yang aku keluarkan
Nak besar, nak lawa, nak canggih TAPI nak murah [boleh camtu???]

Hari Selasa haritu dah selamat sampai ke pintu opis aku
[aku buat alamat opis je... senang cerita]
Sikit punya besor kotaknya
Malu aku nak mengusung kotak tu
Nasib la ada colleague aku tolong angkat letak dalam kereta
Lagi satu aku dah risau kot2 tak muat nak sumbat dalam kabinet aku

Nah, ini dia.. final decision, oven yang aku pilih adalah cap BUTTERFLY
Aku ambik yang 28 liter punya
Nak beli beso lagi kang takde space pulak dalam kabinet aku
Beli main agak2 je  saiznya ni
Aku beli harganya RM169.00. Murah tak???
Ok la pada aku sebab kalau tengok brand lain yang sama besar pun harganya tak lari dari 200++
[yang penting ianya dalam bajet aku]


TADA!!! Muat2 je dalam kabinet.
Lega... sebab aku memang dah plan nak letak semua kitchen appliances dalam kabinet je

Malas nak sepah2 atas countertop.
Bukannya guna selalu pun...

** Dah ada oven, harus la aku belajo baking2 kan....




3 comments:

NurWanZ Abd Halim said...

Awmak, lepas nie boleh boleh la bako kek yeee..

♥ ROS ♥ said...

Wah bestnyer.. Brand ni femes dulu... Buat kek mmg jadi :)

Qhaifa Nur said...

lepas ni sure rajin bakar membakar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...