Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 16, 2013

CERITA RAYA KORBAN 2013

Raya korban tahun ni kami sambut kat Ipoh
Dah 2-3 tahun dok sambut kat Batang Kali je
Lagipun tahun ni Cik Besah takde buat korban & cuti pun agak panjang
So aku ajak hasben aku balik Ipoh je la...
Lagipun dah sebulan lebih tak balik sana

Itupun kami balik petang Ahad sebab hari Sabtu tu hasben aku keje lagi
Dah le shif malam kan
Pastu pagi Ahad tu dia nak pi mengayuh pulak
So petang dalam pukul 3 camtu baru bertolak
Alhamdulillah cuaca pun elok, jalan pun tak jem

Sampai di Ipoh dalam pukul 6 petang

Adik beradik aku tak semua balik pun
Yang ada hanya adik bongsu aku je
Angah & Ateh pun tak balik Ipoh
Angah katanya balik Kedah, Ateh pulak raya kat Klang.
Acik pulak tak datang rumah mak aku hari tu

Malam tu kami makan biasa2 je
Pastu aku suruh Aleeya tepon abah aku
Nak suruh dia balik la kan.. kalau tak asyik dok sebok dengan hal2 JPAM dia tu je
Sambil2 tu adik aku yang bongsu tu suh Yaya cakap kat atok belikan sate...
Hambek ko.... sungguh la abah beli sate... walhal kamiorang dah kenyang makan nasi...
Tapi sebab dah beli makan je la..[next time nanti dia tak nak beli pulak dah kalau tak makan]
Tapi sebab dah kenyang, luak sikit je la sate tu...
Kita carry forward buat breakfast esoknya pulak.

Esoknya pulak, pagi2 Acik & family dia dah datang
Tetiba mak aku dapat call dari Mak Lang Kuantan katanya anaknya Faten accident kat Tapah
Dia suruh mak aku gi tengokkan anaknya tu sementara dia sampai
Dah siap2 mak aku keluar nak gi ambik abah aku kat tempat keje
Tak lama pastu mak aku balik rumah
[aku pun pelik, takkan le dah balik?? Cepatnya gi Tapah...]
Rupanya, si Faten tu dah transfer ke Hospital Ipoh.. so tunggu je la dia sampai

Sementara tu sempat la prepare benda2 nak masak untuk raya 
Lepas Zohor Faten call kata dia dah boleh balik
Katanya dia tak cedera teruk cuma mulut je kena jahit, gigi 4 batang patah
[eksiden lori ngan bas kat highway PLUS]
Mak ngan Acik pun pi la ambik Faten kat spital
Bila sampai rumah, aku suruh dia pi rehat kat bilik
Katanya dari malam lepas eksiden tu dia tak tidor2.

Dalam kul 4 petang Mak Lang & Pak Lang pun sampai dari Kuantan
Nak mengambil si Faten balik ke Kuantan 
Sian pula tengok si Faten, bengkak2 kat mulut tu
Nak makan minum pun payah... 
Mak aku suh Pak Lang & Mak Lang tidur Ipoh je, tapi deme nak balik juga
Maklum la esoknya nak raya kan....
[Katanya deme sampai Kuantan kul 11.30 malam]

Hari raya pulak, idak le semeriah cam raya Aidilfitri kan
Bangun cam biasa je...
Hasben aku lak dah bangun awal, tapi tak mandi2 lagi nak pegi sembahyang raya
Aku dah cakap dah kat sini sembahyang raya awal
Dia tak caya cakap aku..... last2 bila sudah mandi, dengar orang dah start sembahyang dah kat masjid
Kesudahnya idak gi sembahyang raya la.... 
[lain kali buat la llengah2 lagi ye bang...]

Juadah hari raya, cam biasa la - Nasi impit, kuah kacang, rendang, ketupat daun palas & kek kurma
Dah sudah makan baru nak tangkap gambar
[tak senonoh tul gambo ni]

Tengahhari pulak, mak masak LaksaMee...
Aku la yang mengidam nak makan
Memula aku cakap tak payah la masak sebab makanan banyak
Tapi ye la. mak  kan.. kalau anak dah request, takkan la tak buat
So mencekik lagi la tengah hari semalam
Serius sedap!!!

** Rugi kome tak balik Angah & Ateh...hahahaha
[saja nak menjeleskan deme yang tak ada..hahaha]


1 comment:

Nafira usof said...

alahaiii.. memang sedih kalo ade kemalangan dekat2 nak raya kan~
trus rasa suram sambutan hari raya.
Alhamdulillah lah sepupunye cedera ringan jer.

saya pon keje makan je masa hari raya.. diet dah kelaut dalam dh.. ahaKS~