Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 28, 2020

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Sekarang tetiba lak viral roti cheese korea ni
Nak2 pulak ada cara yang lagi senang pakai roti burger je
Resepinya pun takde la complicated sangat 

Kebetulan kat rumah memang ada stok roti burger
Cream cheese pun ada stok lagi
Beli cream cheese tu pun asalnya konon nak buat kek batik indulgence
tapi sampai sudah tak buat😆 
So kita guna je la cream cheese tu untuk buat makanan viral ni

Aku ni tak pernah makan pun roti ni
Tah cemana rasanya pun tak tahu
Harap2 menepati la citarasa tekak anak beranak
Kalau tak membazir cream cheese aku

Ni la hasilnya roti viral tu
Ok la kot sebab kali pertama
Cream cheese aku tu agak cair jadinya tu sebab tak cantik kejadian cheese tu kat roti
Bila letak lebih2 dia meleleh pulak ke tepi
Ditambah lagi dengan skil aku nak piping cheese tu memang kelaut


Budak ni memang tak sabar2 la nak makan
Amira & Jasmin bukan lagi kagum dengan mama diaorang
Hebatnya mama.... pandainya mama..
Korang ingat mama korang rajin nak buat roti tu???? Hahahaha
Nasib la roti beger berlambak jual kat kedai

Adik aku pulak kata kurang rasa garlic 
Ermmm.. nanti akan diimprove lagi
Tah bila la nak rajin buat lagi tu

So far Alhamdulilah rasanya boleh diterima tekak
Tapi takleh gak makan banyak2... muak juga sebab cheese2 tu kan
dalam muak2 tu 3 ketui jugak aku makan...hahahaha







1 comment:

Syaz Rahim said...

nampak sedap sangat! of course anak2 bangga dengan mama diorang ;)