Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 17, 2018

KENDURI KAHWIN SEPUPU

Masya-Allah punya la lama tak buat entry
Entry ni pulak dah lama dok buat tapi tah pesal tak publish2..
Takpe.. walopun entry basi akan ku publish juga hari ni
Baidewei, apa2 pun aku nak wish dulu Selamat berpuasa kepada korang semua
[Hari ni kan 1 Ramadhan uolssss]

Ekceli kenduri kahwin sepupu aku ni masa awal bulan April haritu
Dah lama beno tak pergi kenduri kahwin rasanya
Nak2 pulak kalau kenduri saudara mara sendiri
Dulu2 masa muda2 tak suka pergi kenduri
Tapi dah tua2 ni masa kenduri kahwin ni la masa kita dapat jumpa sedara mara yang lain kan



Sepupu aku ni adalah anak kepada adik mak aku yang bongsu
Diaorang duduk kat Sutera Damansara
Tapi kenduri kahwinnya buat di Paya Jaras 
Memandangkan aku ni aku ni agak dekat, so sangat la tak wajar kalau tak pergi kan
Lagipun mak aku dah wakilkan aku pergi kenduri tu
Mak aku masa tu ada kat Jepun.. pi trip dengan kengkawan dia


Aku pergi agak lewat le.. malas nak pi awal2
Dalam kul 12.30 tgh baru aku bertolak
Masa sampai jam dah pukul 1.30.. elok2 je la pengantin pun baru sampai
Itupun adik aku yang update kat whatsapp
Gambar2 pun dapat dari group whatsapp je
Aku ni mana sempat nak tangkap gambar.. kiri kanan dok pegang anak je
Nasib la Aleeya ikut.. boleh la tolong2 tengok adik2.

Sindrom remaja sekarang... kalau nak tangkap gambar dengan parent asyik je taknak.. cuba kalau dengan kengkawan dia..huh!

Budak ni pulak sentiasa je jari di mulut...sabo je le.


Dewan agak luas & orang pun tak berapa ramai
so selesa la nak makan minum
Sedara mara aku pun tak ramai yang datang.. memasing ada hal kot
Yang aku sempat jumpa cuma keluarga Pak Ngah & Pak Lang aku je

Pelamin untuk pengantin..


Pengantin dah bersanding di pelaminan..


Aku duduk pun tak lama... anak2 dah merengek nak balik
Rasanya tak sampai le sejam pun kat kenduri tu
Sembang kejap2 dengan sepupu2 aku yang lain, adik aku yang Ateh pun ada datang.. sembang kejap je le sebab diaorang pun dah nak balik. Nak pulak diaorang dah datang awal dah. Tapi sebelum balik sempat la gi tangkap gambar dengan pengantin

Ni je sekeping gambo yang ada.. Aleeya la yang jadi photographer
Sebab dia tak suka bergambar, bior dia yang tangkap gambar..


Selamat pengantin baru untuk sepupuku
Selamat menempuh asam garam berumahtangga
dan semoga berbahagia hingga ke jannah






No comments: