Asyik malas nak update blog tu yang semua cerita trobek je le jadinya
Tapi nak kena buat entry jugak sebab nanti2 senang la nak refer
Satu hari tu (Selasa), lepas ambik anak2 kat pengasuh
pengasuh ada cakap yang badan Jasmin naik bintik2
Tapi masa tu ada 2 bintik je.. so aku andaikan just bintik2 biasa je
Tau je le budak2 kan.. Main tah apa2 kot2 la kena gigit dengan apa2 ke kan
Tapi pengasuh kata kot2 chicken pox
Aku pun macam dah lupa dah cemana rupa chicken pox tu😅😅
So aku cakap tengok esok cemana.. kalau ada naik lagi baru bawa gi klinik.
Esoknya (Rabu), lepas maghrib, Jasmin cakap ada bintik2 baru kat badan dia
Aku pun tengok la.. Haah la.. ada lagi 2-3 bintik baru kat badan dia
Takleh jadi ni.. so siap2 terus bawa dia gi klinik
Sampai klinik doktor cek, SAH!!!! CHICKEN POX le
Malam tu jugak terus wasap cikgu Jasmin, inform yang Jasmin tak datang sekolah esoknya sebab kena ciken pox.
So Jasmin direhatkan le dari sekolah selagi ciken pox tak baik
Tapi still la aku kena hantar juga dia ke rumah pengasuh
Harap2 idak le dia jangkitkan pada budak2 lain (termasuk Amira) kat rumah pengasuh tu
Tapi doktor cakap ikut ketahanan budak2 tu jugak la
Kalau lemah memang boleh jangkit pada diaorang
Dah makin banyak bintat2 kat badan dia
(Masa ni hari ke-4 dah- Jumaat)
Esoknya (Khamis) aku hantar Amira pi sekolah
Lepas tu singgah beli sarapan
Masa kat situ la borak2 dengan sorang parent sekolah Jasmin
Rupanya anaknya pun kelas Jasmin & kena ciken pox juga
Patut le berjangkit kat Jasmin pulak
Hahahaha...
Esoknya (Jumaat), pagi2 ada sorang parent kelas Jasmin juga whatsapp aku
Katanya anaknya pun kena ciken pox juga
Mak.. ai.. berjangkit satu kelas gamaknya
Tak lama pastu cikgu kelas Jasmin pun update la kat group kelas
6 orang budak je yang datang hari tu
satu kelas tu ada 15 orang.. So separuh kelas kena ciken pox... Adoi la...
Minggu depannya tu memang sepanjang minggu aku tak bagi Jasmin pegi sekolah
Nak2 ada pulak lagi seketul kat kaki dia tu taknak pecah2 pulak
Geram je tengok
Luckily chicken pox Jasmin ni tak tebal sangat macam Adib dulu
Memang kesian tengok Adib
Jasmin ni tak ketara sangat.. Kat muka pun ada 3-4 bintik je
Adib dulu sampai menggerutu kepala penuh bintik2, dalam mulut dalam hidung semua ada.
Jasmin ni ok la.. Demam pun tak sangat.. Takat dedar2 badan je la.
Dah hampir baik dah ni..
Minggu ni aku dah suruh Jasmin pergi sekolah
Bintik2 masih ada lagi tapi semua dah kering
Maintain sapu ubat untuk hilangkan parut2 tu je
Pastu ciken pox ni kan pantang kena hujan kan
(dah le musim hujan pulak 2-3 menjak ni😅)
Memang kena hati2 le kalau dia ada kat luar rumah
Nampak cam nak hujan cepat2 suruh masuk
Kalau ikutkan dulu2, kalau ada orang dalam rumah kena ciken pox, menggoreng pun tak boleh kan.. Tapi kalau tak masak, nak makan apa pulak kan.. Tapi so far aku goreng ikan ke apa ke idak le pulak efek apa2 kat Jasmin. Kicap pun orang kata jangan bagi makan, tapi aku letak juga le sikit kalau dia nak makan. Budak ni nak makan kena ada kicap. Alhamdulillah takde la pulak hitam2 parut dia tu. Cuma bab pantang kena air hujan tu memang aku ikut sungguh2.. sebabnya aku dah kena dulu.. memang tinggal parut sampai sekarang tau..hahahah.. nasib la bukan parut hitam..
No comments:
Post a Comment