Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 14, 2017

POTLUCK DENGAN KAWAN2 LAMA

Reunion tanpa dirancang
Asalnya nak buat minggu ni 
Alih2 ada pulak yang offer nak buat hujung minggu lepas
Sebabkan lokasinya dekat je dengan rumah
So boleh la aku pun join berpotluck
Sesekali bila dapat jumpa kengkawan memang best la

Lokasi kami di rumah seorang kawan di Bandar Baru Sentul
Mak ai.... duduk condo kome wei...
Bila nak masuk pepaham je lah karenahnya
Nak ambik pas le, nak register la
Jenuh la kawan aku tu turun naik lif sebab nak bawa masuk kengkawan yang datang
Ate nak masuk kawasan lif pun kena pakai pass card

Kengkawan lain ada yang naik public transport
Ada juga yang naik grab/uber
Aku sebab kena usung anak2 so aku rela drive sendiri je
Senang kalau anak2 nak tido ke apa kat belakang tu
Maklum la perjalanan kira jauh le jugak.. sejam dari rumah aku
Walopun google maps aku stuck pula tetiba, alhamdulillah selamat juga aku sampai ke destinasi...hahahahaha
Nasib tak sesat..

Aku & the gegirls only... Adib tak ikut.. Dia pun tak minat nak join aktiviti2 pompuan ni
Btw, aku aku pakai tudung AJ 3 rengget  🙊


Sampai kat sana ingatkan aku ni le yang lewat
Rupanya jadi 1st guest
Rumah kawan aku ni besaq.... kondo la katakan
Yang paling teruja tengok cermin beso dia [termasuk peti ais gedabak &  washing machine cum dryer yang gedabak juga]
Ala2 studio aerobik dah... haiiii puas selfie la jawabnya

Masa ni kami bertiga je yang dah sampai
Sempat le selfie depan cermin
Tuan rumah tengah sibuk goreng nugget ☺


Tak lama pastu baru la makin ramai yang tiba
Masing2 bukak bekal masing2 le

Ni antara juadah yang dibawa
Memang kenyang & puas makan la


Kalau dah berjumpa tu tau2 je lah
Macam2 benda diborak, digosip
Makan-sembang-makan-sembang je le kejenya

Sempat lagi posing mengadap cermin....


Dari tengahari menmbawa ke petang kami melepak kat sana
Amira dengan Jasmin pun dah berapa kali ajak balik
Aku je suruh diaorang pi main dengan anak2 kawan aku
Deme ralit main, boleh la mamanya sambung menjoyah kan..
Aleeya cam biasa kena jadi camerawoman la...
Nasib la ko nakkkk

 Tuan rumahnya tu yang berdiri tu le....



Full korum yang dapat hadir menggamatkan rumah kawan aku ni
Thank you Ija sebab sudi ajak kami datang rumah


This week ke Seremban pulak.. Insya-allah!





2 comments:

hainom OKje said...

Seronok dapat gader gader gini. Ladies gadering gitu. Awak bawak apa Syani?
Sporting laki si tuan rumah kan....

idzwa kamaruddin said...

best nyer wehhhh aku dah lama tak lepak dgn member2