Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 30, 2017

LAKSA SARANG

Benda dah berkurun viral
Aku je tak kesempatan lagi nak cuba
Biasa la.... aje gemo ketinggalan

Balik Ipoh baru ni baru la dan merasa makan Laksa Sarang
Kat Ipoh yang femes laksa sarang ada kat Taman Botani
Takpun kat Manjoi
Sebab Taman Botani tu jauh beno, try yang kat Manjoi je la
Kebetulan pulak singgah Mydin Manjoi
So dah dekat sangat dengan kedai Laksa Sarang ni
Kalau nak google tempat ni kome search je Laksa Saranghae Manjoi

Plannya nak makan kat kedai tapi ramai pulak orang
Last2 aku beli bungkus je la
Makan kat rumah lagi selesa
Nak2 pulak dengan kekanak kecik kan
Kalau tumpah ke, kena baju ke senang le nak cuci
Anak aku pesennya kalau makan , tak tumpah tak sah!

Ni dia rupa laksa sarang
Disebabkan kami beli bungkus idak le cantik presentationnya
Kalau kat kedai memang lawa nampak sarangnya dia letak dalam mangkuk


Ni versi nampak sarang
Sarang tu just telur goreng je
Digoreng sampai jadi macam sarang...



Tengah menikmati laksa...hehehe

Pada aku not bad la laksanya
Takde la sedap sangat
[sedap lagi laksa mak aku...hahahaha]
Tapi takleh blah la makan tang sarang tu
Banyak minyak.... last2 sarang tu aku letak tepi je

Nanti nak try yang kat Taman Botani punya pulak
[Dekat dah dengan rumah mak tiri aku...hahahahaha]
Next time balik Ipoh boleh singgah.




2 comments:

Nieyla Nadia said...

salam singgah petang...
nieyl dah makan dah last week mak mertua nieyl beli... :)

BANkami Blog said...

NICE!