Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 30, 2017

LAKSA SARANG

Benda dah berkurun viral
Aku je tak kesempatan lagi nak cuba
Biasa la.... aje gemo ketinggalan

Balik Ipoh baru ni baru la dan merasa makan Laksa Sarang
Kat Ipoh yang femes laksa sarang ada kat Taman Botani
Takpun kat Manjoi
Sebab Taman Botani tu jauh beno, try yang kat Manjoi je la
Kebetulan pulak singgah Mydin Manjoi
So dah dekat sangat dengan kedai Laksa Sarang ni
Kalau nak google tempat ni kome search je Laksa Saranghae Manjoi

Plannya nak makan kat kedai tapi ramai pulak orang
Last2 aku beli bungkus je la
Makan kat rumah lagi selesa
Nak2 pulak dengan kekanak kecik kan
Kalau tumpah ke, kena baju ke senang le nak cuci
Anak aku pesennya kalau makan , tak tumpah tak sah!

Ni dia rupa laksa sarang
Disebabkan kami beli bungkus idak le cantik presentationnya
Kalau kat kedai memang lawa nampak sarangnya dia letak dalam mangkuk


Ni versi nampak sarang
Sarang tu just telur goreng je
Digoreng sampai jadi macam sarang...



Tengah menikmati laksa...hehehe

Pada aku not bad la laksanya
Takde la sedap sangat
[sedap lagi laksa mak aku...hahahaha]
Tapi takleh blah la makan tang sarang tu
Banyak minyak.... last2 sarang tu aku letak tepi je

Nanti nak try yang kat Taman Botani punya pulak
[Dekat dah dengan rumah mak tiri aku...hahahahaha]
Next time balik Ipoh boleh singgah.




Wednesday, November 29, 2017

HARI ANUGERAH CEMERLANG ANAK²

Cerita backdated ni sebenarnya
Hari Anugerah Cemerlang ni dibuat minggu lepas
Minggu terakhir sekolah kan
Alhamdulillah Adib dapat jugak Hadiah Intensif
Dia dapat no 2 dalam kelas dia
[Hahaha.. malas2 kamu ni, dapat juga no 2 yer...]

Ni anak bertuah mama


Majlis dibuat di Dewan Dato' Abdul Hamid
Tak buat kat dewan sekolah
Nak lebih selesa agaknya
Bebudak lain yang tak terlibat direhatkan
Aleeya tak dapat apa2 anugerah so dia la yang teman aku pi dewan

Ekceli cuti tahunan aku dah habis dah pun
Tapi sebab nak meraikan anak2
Ku sanggup la ambik unpaid leave...
Kang kecik hati lak anak2 kan...


Masuk2 dewan dah berhias indah le pentasnya..


Sambil duduk tu baca la buku tentatif 


Tengok result Adib ni nampaknya tahun depan dia dapat naik kelas
Harap2nya dia makin tekun la belajo


Aleeya yang setia teman mama..



Adib tengah terima hadiah 
Dapat gambar belakang je le
Sebab mama duduk jauh juga kat belakang


Ni la hadiah yang Adib dapat
Jadi le untuk kenang2an


Sebelah petang pulak Majlis Anugerah di sekolah agama
Tapi Aleeya yang ada naik pentas
Adib tak dapat apa pun..

Tahniah Aleeya
Dapat anugerah Murid Cemerlang


Ni la hadiah yang Aleeya dapat


Apa2pun cemerlang ke idak, korang tetap anak2 mama
Dan mama always akan support korang 
Janji korang rajin belajo & dengar cakap mama...hehehehe





Monday, November 27, 2017

PENDAFTARAN / KEMASKINI BR1M 2018





PERHATIAN!!!!!


Untuk penerima2 BR1M yang layak, mulai 27/11/2017 dah boleh buat pengemaskinian maklumat & juga permohonan BR1M untuk tahun 2018. So sapa yang layak mohon boleh la memohon & yang masih layak terima BR1M sila kemaskini maklumat anda kalau nak dapat BR1M untuk tahun depan.

Permohonan & kemaskini boleh dilakukan secara manual [pergi ke mana2 cawangan LHDN @ UTC LHDN] dan juga secara online di laman web 





Tarikh Pendaftaran/Pengemaskinian Mulai 
27 November 2017 hingga 31 Disember 2017



Thursday, November 23, 2017

GRADUASI ALEEYA

Trend sekolah sekarang bila dah nak habis sekolah
Mesti ada graduation day kan untuk bebudak yang nak tamat sekolah rendah
Zaman aku dulu tak mandang le benda2 ni semua
Tadika je le kot merasa pakai jubah konvo
Pastu kalau nak merasa konvokesyen tunggu la habis belajo kolej ke universiti ke 

La ni jangan kata tadika, prasekolah
Tamat darjah 6, tamat tingkatan 5
semua dah merasa berkonvokesyen bagai

Isnin lepas sekolah Aleeya punya hari graduasi darjah 6
Tapi takde jemput parents pun
Bajet tak cukup katanya
Gambar2 pun courtesy cikgu kelas je le melalui group whatsapp

Majlis di buat kat dewan Dato Abdul Hamid
[dewan sekolah tak sesuai nak buat]


Ni gambar kelas Aleeya


Free style pulak



Dalam banyak2 gambar yang cikgu letak kat group
ni je yang ada gambar Aleeya
Ok la... Mama dapat tengok anak mama pakai jubah konvo☺


Aleeya & kawan2nya
Ada la jamuan untuk meraikan anak2 tahun 6 lepas majlis graduasi tu




** Hari ni keluar dah result UPSR. Pada semua anak2 yang ambil result, Tahniah!




Tuesday, November 21, 2017

PSRA : ALEEYA DAPAT JAYYID JIDDAN

Result PSRA dah keluar minggu lepas
PSRA ni kalau tak silap hanya Negeri Selangor je yang ambil
[PSRA = Penilaian Sekolah Rendah Agama]
Negeri2 lain mungkin lain nama ujian sekolah agama ni

PSRA ni lain tau dari UPKK
UPKK ni under JAKIM & hanya untuk pelajar darjah 5 [seluruh Malaysia]
PSRA ni pulak under Jabatan Agama Islam Selangor [JAIS] & hanya untuk murid darjah 6

Inilah result PSRA Aleeya
Alhamdulillah

-Gambo goyang sebab mamanya neves tengok result anak...hahaha-



Walaupun tak dapat Mumtaz, tapi Jayyid Jiddan tu dah bagus dah pada aku...
Zaman2 aku dulu aku ambil 4 Thanawi
Nak dapat mumtaz tu pun susah ya amat.. 
Dapat Jayyid Jiddan pun dah sujud syukur...hahahahaha
4 Thanawi i dapat JJ ye...☺



Gred2 PSRA ni:

MUMTAZ - CEMERLANG
JAYYID JIDDAN - SANGAT BAIK
JAYYID - BAIK
MAQBUL - LULUS
MUSSAADAH - PERLU BIMBINGAN
ROSIB - GAGAL [la ni dah mansuh.. diganti dengan Mussaadah]


Tahniah ye pada anak2 korang yang dapat result PSRA.

** Lepas ni tunggu result UPSR pulak.

PENEMPATAN KE TINGKATAN SATU

Tak lama lagi Aleeya dah nak masuk sekolah menengah
Macam tak percaya je dah ada anak dah nak masuk 13 tahun
Cepat tul masa berlalu

Minggu lepas dah dapat surat untuk buat pengesahan ke Tingkatan 1
Dah le surat dapat lambat so within minggu tu jugak le kena settlekan


Surat ni pihak sekolah yang akan pas melalui anak2
So kita siapkan je le dokumen2 yang diperlukan
Dah buat salinan pergi dapatkan pengesahan kat pejabat sekolah rendah
Kat sekolah anak aku ni Guru Besar @ PK HEM akan cop pengesahan


Nak dapatkan pengesahan kat sekolah kebangsaan ni kejap je
Tak sampai 10 minit dah settle


Lepas dah dapatkan pengesahan, kena la bawa semua dokumen2 tu ke sekolah menengah pulak
Nasib baik la sekolahnya dekat2 je
Setentang je sekolah menengah tu dengan sekolah kebangsaan
Tapi kena menapak tu letih la jugak...
Sebabnya pintu masuknya jauh juga

Tu ha sekolah menengah dari pintu pago sekolah kebangsaan
Pintu masuk ke sekolah menengah tu nun hujung sana
Kira jauh juga la nak menapak tapi kira exercise je le pepagi tu

Urusan di sekolah menengah pun kejap je
Hantar borang & tandatangan
Pastu dah... pejabat akan bagi borang profil pelajar untuk diisi
dan submit masa hari orientasi nanti [hujung bulan 12 nanti]



Monday, November 20, 2017

HARI LANJUT USIA

Baru je lepas menyambut hari lanjut usia pada 18/11/2017
Adoi terasa ketuaan dah..hahahaha
Namun syukur masih dilanjutkan usia hingga hari ini
Untuk meneruskan amanah & tanggungjawab
dan masih diberi kesempatan untuk bertaubat 😇

First thing to do menjelang birthday
ialah renew lesen memandu
Memandangkan birthday jatuh hari Sabtu
So kena la renew hari Jumaat

Alhamdulillah dah settle
Renew untuk 3 tahun terus
sebabnya malas nak ulang post office tetiap tahun...
Tahun 2020 nanti baru renew lagi

Malam tu pulak adik aku datang rumah
Adik aku ni memang rajin datang rumah aku kalau hujung minggu
Tapi malam tu dia datang bersama surprise

Masuk2 rumah terus nyanyi Happy Birthday to you
Siap ada kek & lilin2
Ha.... terperanjat kakak kau ni
Advance sungguh walopun birthday aku adalah hari esoknya
Pastu dapat present jubah Bella Ammara lagi..
Thank you & love u sis😍😍

Kek birthday dari adinda tersayang
Sweet 38 tu tak menahan...


Syukur tahun ni meriah juga celebration birthday
Memang terharu....



Tuesday, November 14, 2017

POTLUCK DENGAN KAWAN2 LAMA

Reunion tanpa dirancang
Asalnya nak buat minggu ni 
Alih2 ada pulak yang offer nak buat hujung minggu lepas
Sebabkan lokasinya dekat je dengan rumah
So boleh la aku pun join berpotluck
Sesekali bila dapat jumpa kengkawan memang best la

Lokasi kami di rumah seorang kawan di Bandar Baru Sentul
Mak ai.... duduk condo kome wei...
Bila nak masuk pepaham je lah karenahnya
Nak ambik pas le, nak register la
Jenuh la kawan aku tu turun naik lif sebab nak bawa masuk kengkawan yang datang
Ate nak masuk kawasan lif pun kena pakai pass card

Kengkawan lain ada yang naik public transport
Ada juga yang naik grab/uber
Aku sebab kena usung anak2 so aku rela drive sendiri je
Senang kalau anak2 nak tido ke apa kat belakang tu
Maklum la perjalanan kira jauh le jugak.. sejam dari rumah aku
Walopun google maps aku stuck pula tetiba, alhamdulillah selamat juga aku sampai ke destinasi...hahahahaha
Nasib tak sesat..

Aku & the gegirls only... Adib tak ikut.. Dia pun tak minat nak join aktiviti2 pompuan ni
Btw, aku aku pakai tudung AJ 3 rengget  🙊


Sampai kat sana ingatkan aku ni le yang lewat
Rupanya jadi 1st guest
Rumah kawan aku ni besaq.... kondo la katakan
Yang paling teruja tengok cermin beso dia [termasuk peti ais gedabak &  washing machine cum dryer yang gedabak juga]
Ala2 studio aerobik dah... haiiii puas selfie la jawabnya

Masa ni kami bertiga je yang dah sampai
Sempat le selfie depan cermin
Tuan rumah tengah sibuk goreng nugget ☺


Tak lama pastu baru la makin ramai yang tiba
Masing2 bukak bekal masing2 le

Ni antara juadah yang dibawa
Memang kenyang & puas makan la


Kalau dah berjumpa tu tau2 je lah
Macam2 benda diborak, digosip
Makan-sembang-makan-sembang je le kejenya

Sempat lagi posing mengadap cermin....


Dari tengahari menmbawa ke petang kami melepak kat sana
Amira dengan Jasmin pun dah berapa kali ajak balik
Aku je suruh diaorang pi main dengan anak2 kawan aku
Deme ralit main, boleh la mamanya sambung menjoyah kan..
Aleeya cam biasa kena jadi camerawoman la...
Nasib la ko nakkkk

 Tuan rumahnya tu yang berdiri tu le....



Full korum yang dapat hadir menggamatkan rumah kawan aku ni
Thank you Ija sebab sudi ajak kami datang rumah


This week ke Seremban pulak.. Insya-allah!





Thursday, November 9, 2017

SESUNGGUHNYA AKU | OST DRAMA RED VELVET



Sesungguhnya aku dah terjebak dengan drama Red Velvet ni
Kiut je si Alif Satar  dengan Neelofa tu
Drama dah terjebak, makanya dengan soundtracknya sekali dah tersuka pula
Soothing pula suara si Alif Satar ni..







Wednesday, November 8, 2017

SALE AIDIJUMA RM3

Sesekali Aidijuma (AJ) buat sale
Memang roh shopping datang le...
Murah gile wei......
Sepanjang aku kenai AJ, ni lah sale besar2an paling murah
RM3 je sehelai
Dulu pernah juga ada jual RM3 sehelai tapi untuk 1 design je
Kalau tak silap aku masa tu yang jenis 2 tone punya
aku siap order dengan Anje a.k.a Mama Balqis  lagi..hahahaha
Masa tu AJ tak buat sale untuk online, kena pi walk in kat butik je

Kali ni semua design for RM3 sehelai
Di butik & juga kat web
Rambang mata.. nasib la gaji dah masuk
Ni memang betul2 nak clear stock

Macam tak caya je...





Bila tengok kat web.. eh..eh.. memang betullah
Semua RM3
Harus la target beli yang mahal2 tu kan
Baru la berbaloi2 membelinya...


Aku siap memborong dengan opismate lagi
Belikan untuk adik beradik lak tu
Diaorang siap kirim2 lagi...
Mementang la keje kami dok mengadap PC je...hahahaha


Inilah hasil borongan AJ
Banyak ni tak sampai RM50 pun masuk postage
Murah kan??????


Tengok kat IG Aidijuma, kat CS pun licin kosong kena borong dengan customer
Mesti pasni nak keluar design baru pulak..









Thursday, November 2, 2017

BULAN BIRTHDAY

Baru masuk bukan November udah dapat surprise
Tu dia... tanda ingatan diri makin tua
Sampai hati ingatkan I tau
I ingat birthday I lambat lagi...huahuahua


Ni la surprisenya
Dapat by pos lak tu


Kad ni ejen Prudential yang bagi
Mementang la deme ada rekod birthdate kita kan
Awal lagi dah hantar kad kat client
Walhal birthday aku 2 minggu lagi

Opps... tarikh birthday maknanya lesen I pun dah nak kena renew dah
Jangan sampai masanya I terlupa sudah!!!!
Makin tua ni makin pelupa lak jadinya...😅
Nasib tak nyanyuk je lagi...


Ramai  ke yang birthday bulan November ni??




Wednesday, November 1, 2017

MIRABELLE ADDICTION

Sejak 2 bulan sudah dah terjebak dengan bawal brand Mirabelle pulak
Ni kawan aku la ni pi pengaruh aku
Kan aku dah terjebak... 
Nasib la designnya lawa2...

Ni antara koleksi tudung Mirabelle  yang aku ada
Kumpul2 dah ada 10 helai
Ada potensi nak tambah lagi ni..


Ni baru sampai.... hahahaha

Tetiap bulan ada je new release
Rambang mata memilih wei...
Kalau ada banyak duit nak je borong semua design yang ada
Tapi duit limited so kena limitedkan la pilihan di hati kan...
Hahahaha

Tudungnya idak le mahal sangat
RM25 je sehelai.. tapi kainnya sedap pakai & senang bentuk
Tak kejung sangat & tak lembik sangat


Tunggu design yang release bulan Nov pulak 😛