Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 4, 2015

TIPS MEMILIH JAM TANGAN WANITA





Ada yang mengatakan bahawa memilih seutas jam tangan boleh dianggap sebagai satu keputusan mendalam yang melibatkan peribadi seseorang. Kini di luar sana terdapat begitu banyak jenis jam tangan untuk lelaki dan wanita yang anda boleh dapatkan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda sentiasa beringat untuk mencari jam yang sesuai dengan stail gaya anda. Tetapi bagaimanakah caranya ataupun tips memilih jam tangan wanita yang terbaik?

Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada anda suka jenis analog yang klasik ataupun jenis digital yang tampak lebih moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun anda sendiri haruslah tahu jenis jam bagaimanakah yang anda suka?

Dalam blog post ini saya akan berkongsikan dengan anda beberapa tips mudah untuk mencari jam tangan wanita yang cukup berguna.

  • 1. Pertama sekali anda haruslah tahu apakah jenis jam tangan yang anda mahukan, yang sesuai dengan cita rasa serta stail anda sendiri. Adakah ianya analog? Digital? Ataupun kedua-duanya sekali? 

  • 2. Soalan yang kedua adalah jenis tali jam tangan mana yang anda lebih gemari? Rubber? Polyurethane? 

  • 3. Selepas itu barulah anda boleh beralih ke soalan yang seterusnya iaitu rangkaian harga yang anda selesa, agar tidak melebihi bajet anda. 

  • 4.   Stail jam tangan amatlah penting untuk diambil kira. Jika anda mahu gaya yang sofistikated, anda mungkin perlu dapatkan jam tangan ‘silver’ dengan rekaan yang ‘sleek’. Manakala jika anda mahu tampil menarik dengan gaya yang ‘classy’ pilih jam analog ‘meta’. 


Ok sekarang dah dapat tips2 mencari jam tangan wanita pilihan hati, apa lagi... jom la kita shopping!!!!!! Malas nak keluar kita shopping online saja.. Tapi lagi puas hati kalau dapat belek di kedai.. dapat belek puas2 kan..





1 comment:

eima said...

ooo ni ek job zalora tu ye ..anyway tahniah