Tuesday, September 15, 2015

BERKONVOI KE MELAKA

Terobek cerita minggu lepas
Minggu ni mood kelaut tul nak apdet blog 
Apsal tah le...
Jerebu kot..ahaks

Sebelum makin banyak cerita tergendala, meh nak cite pasal trip ke Melaka
Short trip je 2 hari 1 malam
Pegi Sabtu balik Ahad 
Pergi pun sebenarnya ikut konvoi kelab kereta abang ipar aku
Dah hasben aku ajak kan.. so nya kita folo je la... asal dapat jalan kan...

Sabtu pagi tu dah siap2 nak bertolak kul 5 katanya
Aku pukul 4 dah bangun nak masak nasi Jasmin & kemas barang
Alah.. dengan diaorang ni takde maknanya pukul 5
Mau pukul 6 baru bertolak.. janji Melayu kekdahnya

Lepas Subuh kami bergerak
Janji dengan ahli konvoi yang lain tunggu kat Sungai Besi
Dalam kul 8 jugak le menunggu kat situ, sampai cukup ahli konvoi
Tunggu menunggu


Sebiji kereta dapat la stiker ni



Sementara menunggu diaorang borak2 la bagai
Aku anak beranak duduk je dalam kereta
Sambil tu selfie je le kejenya...hahahaha

Pelik si Jasmin tengok Aleeya..



Bila dah cukup korum kami pun bertolak ke Melaka
Perjalanan idak le jauh pun.. dalam 2 jam je
Dalam pukul 10 tu dah sampai dah Melaka
Kami exit tol Simpang Ampat tu je


Lepas exit tol, baru la deme gi cari tempat nak brekfes
Aku dah kebulur juga.. dalam kereta makan roti je
Dah jumpa kedai makan berenti la situ makan apa yang ada
Kebetulan kat situ ada toilet, aku mandikan je Amira ngan Jasmin kat situ
Pastu bagi Jasmin makan kenyang2... ha idak le meragam kan

Tok laki pun nak berselfie juga...
ok..kasi can la...hehehehe


Kami stay di Hotel City Park Melaka
Masa ni nak cek in pun belum boleh lagi
so jenjalan la slow2 ke Bandar Melaka
Melaka pun berjerubu kome...
Walopun tak panas terik tapi bahang panasnya tu terasa

Dalam pukul 1 kami pun sampai la kat hotel
Betul2 tengah bandar, sampai berpusing2 cari hotel..
Ini le rupa hotelnya
Ok jugak le walopun bukan 5 star
tempat parking banyak



Ni ha alamatnya, kalau2 korang nak stay kat sini
Kat hotel ni WiFi free tau..
[Selamat data aku..hahaha]



Jom tengok bilik pulak...
Biliknya so-so je la
Agak kecik untuk family aku
Hasben pilih yang katil single2 sebab bila cantum jadi lagi besar dari katil Queen
Toilet pun bersih & airnya kuat [nak mandi best aje]

Yang tak bestnya, ruang untuk solat sangat sempit
Pastu kau bucu tu [tempat nak sujud], busuk bau habuk rokok
Nak pengsan tahan bau..
Kalau kat gambar tu ruang solat tu kat tempat yang ada beg kuning tu le
Muat2 untuk sorang le solat

Lagi satu takde peti ais pulak..
Demand ko... bukan apa, sebab aku kan perah susu badan
so kena la ada tempat yang sejuk untuk simpan susu
Nak harapkan beg ais aku tu bukannya tahan 48 jam
pastu pulak aku kan ada masak nasi Jasmin
 [masak terus untuk stok 2 hari tu]
So kalau tak simpan peti takut basi pulak

Last2 hasben terpaksa mintak tumpang peti ais hotel
Peti ais tu kat lobi lak tu
Bilik aku kat tingkat 2...
Jangan terkejut tengok peti ais yang aku tumpang tu
Tu dalam bulatan tu bekas makanan & susu perahan
Siap bubuh dalam plastik hitam takut orang ambik / buang..

Dalam kul 4 petang camtu baru keluar balik nak cari makan
Walhal aku dah kebulur sangat
Makan nasi lemak kul 10 tu je la tadi
Maklum la ibu2 menyusu ni kan cepat lapo...hahaha

Aku meng"imejin", keluar makan2 kat Pantai Klebang pastu gi makan ikan bakar @ asam pedas... fuhhhhhhh sedappppnyaaaaaaaaaaaaa
Tup2 deme bawa ke area Bandar Hilir
ermmmm mana sangat la nak makan kan 
Kesudahnya ke sini je


Sorry to say, makanan kat sini tak le sedap pun
Mahal tahap cekik darah lak tu
Aku is kecewa, oder nasi goreng ikan masin
Yang dapatnya nasi goreang biasa pastu ikan masin tu ditabur2 je atas tu
Cemana la meniaga gitu.. 
Memang tak habis aku makan

Makan luar dari waktu makan yang biasa
perut pun dah masuk angin sampai aku pun dah sakit kepala
nak muntah pun ada..haish..
Spoil mood nak jalan2..

Bersambung.....
[panjang meleret2 dah citer aku ni]



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...