Tuesday, September 8, 2015

REUNION GENG 1996

30/08/2015
Tercatit sejarah untuk kami bekas2 pelajar 
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH
untuk batch SPM'96
bersua muka untuk kesekian kalinya
Pergh... seronok wei jumpa kawan2 lama
ada yang dah 19 tahun tak jumpa [since we left school]

Tu dia lambang sekolah aku...
Sapa dok Perak harus tahu kewujudan sekolah ni tau...
[bajet glamer]

Entry ni banyak gambar tau...
Pening nak pilih gambar mana nak tepek
End up jadi banyak juga le even lepas ditapis2
Nak buat collage cam tak puas mata memandang.. kecik2 nau..
So bertabah la korang untuk skrol laju2...hahaha

Program dijadualkan bermula pukul 9pagi
Tapi start dalam 10++ gak le
Aku ni pun antara yang terawal jugak le sebab aku tumpang member yang bawa makanan untuk catering 

Venue kami kat kantin sekolah je
Dah lain dah kantin ni
Dulu ada meja ngan bangku panjang tu je
[typical kantin2 sekolah kat Mesia ni]


Beberapa minit selepas itu, ahli2 reunion makin ramai
Meriah kome... hingar bingar usah cerita 



Antara makanan2 yang dihidangkan
Macam2 ada
Tapi paling laris brownies ngan macaroni cheese tu la

Ahli dah ramai terus le ke agenda baca doa, start makan & sembang2
Berulang makan-sembang-gelak-minum air-makan-sembang-minum
Ha tu je la dok ulang2... Sambil2 tu posing2 la dengan kengkawan lama kan

Bergroup2 bersembang... macam2 topik

Sebelah aku ni la tokey kek & brownies
Memang sedap brownies dia
Sampai ke hari ni orang dok cerita kesedapan brownies yang dia bawa haritu

Dapat door gift dari sorang member
Limited untuk berapa orang je 
Sapa yang datang awal, dapat le..
Thanks Afifah Sahaman!


Satu2nya ex-roomate RKBK yang datang
2 orang lagi tak dapat nak hadirkan diri



Ni pulak ex-tablemate masa form 4 & 5
Korang mesti ada kenal MakcikRehan ni kan...



Dalam majlis tu ada buat acara tukar2 hadiah
Bila ahli2 dah cukup so acara tukar2 hadiah pun bermula
Hadiah2 yang terlibat



Aku dapat hadiah dari member aku yang cam Teddy Bear ni
Sedap peluk tau!
Thanks Hedzlin..



Hadiah aku pulak dapat ke kawan aku ni
Aku malas nak bungkus hadiah so masukkan je dalam kotak
Terimalah hadiah aku yang tak seberapa tu Jemi.



Habis2 acara tukar hadiah, makan sembang tu, kami pakat nak gi tour kawasan sekolah & asrama
Dah banyak perubahan dah pun
Tak sama cam zaman kami dulu
Sekarang dah cantik dah

Surau pun dah tak pakai carpet
Sekarang semua bertiles
Siap ada aircond lagi tau
Untung budak2 sekarang.



Dewan besar merangkap dewan peperiksaan
Bawah tu gambar Dewan Makan
 [pintunya dah mengalahkan pintu rumah banglo kan?]



Surau dari bahagian luar



Tangki air TAAYAH yang gah tu



Salah satu bangunan asrama 
Bilik aku yang terakhir yang bangunan ni la


Cop tiang...


Rombongan Cik Kiah datang melawat
[tah mana satu Cik Kiah pun tak tau...wakakakaka]



Sempat lagi posing sebelum menumpang solat di musolla [surau]


Pokok mangga yang dah besar pun nak kagum ke???
Ye la, dulu zaman kitaorang tak wujud pun pokok tu..hahahaha
Kawan aku siap tunjuk pokok tu dah ada buah lagi...hehehehehe


Port wajib tangkap gambar untuk budak2 asrama
kat tangga asrama


Uish... baldi & perkakas mandi semua tersusun elok je
Siap ikut kaler lagi lak tu...
Ada SOP kot..kami dulu cacamerba je


Tetiba tersama tema lak
Tak rancang nak pakai sama
Tak rancang nak bergambar bersama
Dah tangkao gambar baru perasan tersama tema...hahahaha



Sebelum balik, bergambar secara berkumpulan itu WAJIB
Bila lagi dapat berkumpul kan



Sebelum balik, tapau dulu makanan yang tak habis
Pastu sambung lagi posing...
Hai.. mentang2 dah tak pakai kodak kan
Hantam la bergambar selagi mahu


Ni la geng2 aku kat dalam kelas
Tak cukup korum sebab patutnya ada lagi 2 orang
Tapi this will do la..


Ni salah sorang member yang aku agak kamceng dulu sampai sekarang
Blogger juga dia ni dulu.. tapi dah jarang update blognya
Comel baby dia [sebaya Jasmin]


Last kopek sebelum balik
kena bergambar kat port yang paling penting


Zaman aku dulu bangunan yang belakang kami tu takde lagi
Penting perkataan TAAYAH tu wei...
Ni pun korum tak cukup sebab sebahagian ahli reunion ada yang dah balik
Ni sapa yang stay sampai petang je le yang sempat bergambor


Yang wakil dari kelas aku dulu, tinggal ramai ni je
Jadi la daripada takde
Baru perasan barisan yang atas tu semuanya bekas pengawas...hahahaha
[tak dirancang okeh!!!]

Masa gathering tu, kami ada beli sticker kereta
token untuk perjumpaan kami
Design pun by batch aku juga.. wallawey...

Tu dia.. kawan aku ada yang dah tampal
Proud sangat...wakakakaka
[Jangan caruts aku na...]

Itu je la cerita reunion kitaorang
Nasib hasben kasi green light & sudi jaga anak2 kat rumah
Insya-allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye kengkawan semua.
Muah Ciked!!!!




3 comments:

SSulieana said...

tq kak sbb buat entry ni...terubat rindu walaupun 3 tahun je dok taayah...untungnya surau dh ada econ...teringat dulu time solat esp solat terawih basah ketiak peluh2...kantin pun cantik dah...tp rasanya best lg meja panjang dulu...heheheh

SYANI said...

SSulieana,
Kan... dulu kalau kat surau cop kat tiang yang ada kipas.. Kalau tak kena kipas, rengser la berpeluh2.

eima said...

rajinnye korang wei ... mesti byk gossip tak kering bercerita kan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...