Sunday, August 2, 2009

TADIKA PILIHAN

Sebelum ni dah aku ceritakan dilema aku nak menghantar Si Aleeya ke tadika. Pagi tadi dah survey tadika2 yang boleh dijadikan pilihan tadika untuk Yaya. After dishortlistedkan, aku dah pilih 2 tadika.

Tadika 1 - Tadika PASTI AL-TAQWA
  1. Pendekatan Islamik
  2. Yuran bulanan RM70 - termasuk makan (ini dalam bajet aku nih)
  3. Pendaftaran RM380 (sekali sahaja)... so total setahun RM1,150.
  4. Subjek - BM,BI, Arab, Jawi, Sains, Iqra, Matematik
  5. Satu kelas maximun 20 orang jer
  6. Ada 2 sesi (pagi & tengahari)
  7. Cikgu 5 orang (ustazah semuanya)
  8. Start kul 8.00 tu 11.30 pagi.
Tadika 2 - Tadika Alphanumeric Bestari
  1. English Medium
  2. Yuran bulanan RM90, kalau campur makan RM120
  3. Pendaftaran RM380 pada Januari, April RM 140, July RM155, September RM160 (Bayaran ikut semester)....total setahun RM1,965.
  4. Subjek- BM, BI, Sains, Matematik & Jawi
  5. Satu kelas maksimum 20 orang
  6. Baru nak start 2 sesi
  7. Cikgu 3 orang (1 laki 2 pompuan)
  8. Start kul 8.30 - 11.30 pagi

Buat masa ni, inilah 2 sekolah yang menjadi pilihan. Actually sekolah ni tak jauh mana jaraknya antara satu sama lain sebab same row. Satu corner lot belah kiri satu lagi corner lot belah kanan. Kalau ikutkan kalau Cik Besah menunggu pun boleh nampak both kindy. Still my FIL hantar the same direction. Cumanya yang jadi masalah bila Yaya bukak buku lain si Syahir lak buku lain.. Camno ni??? setakat ni belum discuss dengan hubby lagi... Tapi aku nak buat entry dulu.. Kalau aku berat ke tadika 1. Ok tak??? Please somebody give a comment.....


2 comments:

Yankum3~ said...

tadika othmaniah sudah...
dekat umah mak mah..
huhuhu

cookiesbrownies said...

my sister hantar anak dia p Tadika Pasti. i rasa bagus sgt la bg budak umur 5 tahun dah pandai azan, baca doa makan, baca al-fatihah..etc. skg anak my sis ni dah darjah 1. i tgk dia lebih pandai dalam hal agama. kalau ada peraduan solat, baca quran, peraduan azan, cikgu kat sekolah dia mesti pilih dia as one of the contestant. if dia balik rumah my dad, sebelum tidur i notice dia ambik wudu' dulu, then baca alfatihah, 3 kul baru tidur. One day, kalau i ada rezeki beranak, i pun nak hantar anak i ke tadika pasti. Bagus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...