Wednesday, August 12, 2009

Salah aku ke???

Semalam hasben aku MC. So aku kena drive sorang la balik nanti. Kebetulan abang ipar aku pun MC so biras aku terpaksa la tumpang aku balik. Tak kisah la at least ade gak member nak bersembang. Dekat pukul 6 aku ambik dia kat depan JJ Wangsa Maju. Bila dah sampai Taman Melati tetiba gear kereta aku stuck. Gabra giler... Sib baik ade Petronas kat situ. Sempat la masuk ke Petronas tu sebelum kena tolak ngan Mat Bangla yang kerja kat situ. Dah le henpon aku dah habis kredit so takleh nak call abang. Mintak tolong la K.Ti call kan hasben dia tanya apa nak buat. So dia suh tutup enjin pastu try start enjin balik. Alhamdulillah... boleh pun. So teruskan perjalanan balik tanpa masalah lagi.

Sampai kat rumah hasben aku tengok kereta pastu dia tanya kenapa ade calar kat bonet belakang. Aku cakap mana la aku tahu. Aku mana ade langgar apa2 pun. Pastu dia start la bising2. Pastu dia tanya lagi camne getah lat pintu belakang tu tercabut. Mana la aku perasan bila benda alah tu hilang. Lagipun pintu belakang tu jarang dibukak. Entah2 dah lama hilang tapi tak perasan. Bila semalam je nak bising2 kat aku. Aku pun bukannya 24 jam mengadap kereta tu. Kalau dah hilang masa kat parking nak buat camne.... Tension tul!!! Asal kalau tak calar sikit kereta tu semuanya salah aku. Yang dia tu buat calar balar kereta aku tak pulak aku nak bising2. Menyampah betul!!!


Ni gambar pinjam kat Pakcik Google... Getah pintu kereta yang hilang tu macam dalam gambar ni la, cumanya dalam gambar ni getah pintu depan yang takde tapi kereta aku getah yang pintu belakang punya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...