Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Wajib Hujung Minggu

Seperti orang lain, asal hujung minggu je mesti ade aktiviti kekeluargaan yang dibuat. Sama la ngan family aku. Memandangkan umah aku ni rumah tepi dan ade tanah luas sekangkang gajah & cepat sangat penuh ngan lalang maka aktiviti utama hujung minggu ialah menebas rumput & lalang. Orang yang paling rajin bab-bab memotong rumput sape lagi kalau bukan Encik Somi & Cik Besah la.... Ni "ceplos" dua ekor ni pun biasa la nak mengenteprem aktiviti menebas...
Gigih sungguh En. Amat motong rumput (masa ni CikBesah tak sampai lagi...Tak leh nak candid gambo dia)
Ni anak dara aku ni... sebok ngan rambut senget dia... bila aku candid gambo abahnya dia pun nak menempel... (disebabkan stail rambut senget ni Cik Besah selalu panggil dia Noor Kumalasari... Hahahah)

Sikudip ni bila kakaknya mengikat rambut dia pun sama nak ikat rambut. Rambutnya dah le sejemput.. Tang sejemput tu je la yang boleh ikat pun... Dah jadi macam ninja sesat lak... (Tapi kata pendekar bujang lapok... Jin Pakai Tonceng)
Bila dah diikat rambut, dia suruh bukak pulak... Sampai menangis..... Pas2 suh buat rambut pacak.. Ko tau tak rambut ko tu alahai... rope Tok Najib je... Last2 rambut pacaknya dah macam rambut Goku Dragon Ball.. haiya!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...