Monday, July 27, 2009

Tadika oh Tadika...

Aku tengah pening nak cari tadika untuk si Yaya. Tahun depan dah 5 tahun tapi tadika aku tak survey lagi. Tapi aku tengah dalam dilema la sekarang... Macam mana nak buat ni????


Dilema aku macam ni.. Aku & biras aku ade anak2 yang sebaya, membesar bersama, main bersama, makan bersama & segala2nya bersama. Sama2 dijaga oleh mak mertua aku. Last week apa yang aku jangkakan memang dah berlaku. Biras aku dah gi servey tadika untuk anak dia si Syahir tu. Pas tu dia tanya aku kat mana nak hantar Yaya. Aku cakap tak sure lagi sebab aku tak servey lagi. Katanya dia dah survey tadika dekat kawasan rumah kitaorang. There is one tadika yang orang kata bagus. Tadika Bistari kat kawasan "rumah pulau". (Actually ade sorang doctor yang selalu kitaorang visit (Klinik Sentosa), dia kata tadika tu bagus & dia pun hantar anak dia kat situ.)AKu rasa biras aku ni dah terpengaruh la dengan kata2 doktor tu. Pastu dia dah gi tengok tadika & tanya pasal registration & fee. Of course la orang kat kindy tu kata tadika dia bagus (takkan la orang tu nak kata tak bagus lak kan???). Petang tu K. Ti tunjuk la pamphlet tadika tu.Mak aiiii... dah le RM120 sebulan pastu fee2 lain bayar ikut semester. Kira2 semuanya ade la dalam RM2,200 setahun (boleh buat 2 kali road tax & insurance kereta ni).

Malam minggu lepas dia ungkit lagi pasal tadika tu. AKu bukannya tak setuju nak hantar ke tadika tu, cumanya bagi la chance kat aku nak pilih sendiri kindy yang terbaik untuk anak aku. Tak payah la ko yang buat keputusan untuk anak aku. Bengang tau.. Everything pun korang yang nak decide. Kitaorang lak kena jadi macai ikut cakap korang je....Walhal, Yaya tu anak aku and it is related to my daughter's future. Depa pandai, siap guna back up mak & bapa mentua aku. Kalau kitaorang tak setuju mula la hantar Cik Besah suh slow talk ngan kitaorang. Yang hubby aku lak kalau dengan mak dia mula la "kalah". EEEE... Hello!!!! Kalau ko nak hantar anak ko kat tadika yang ko kata BAGUS sangat tu go ahead la. Aku tak kisah. K. Tie siap cakap lagi kalau boleh dia tak nak Yaya & Syahir dipisahkan. A.Zam siap kata kalau kitaorang tak afford nak bayar yuran kindy tu dia siap nak tolong top up lagi... Seboleh2nya depe nak si Yaya & Syahir under one roof.

Alasan2 lain yang depe bagi:

  1. Kesian kat abah (my FIL). Kalau satu tempat senang la nak ambik & hantar.
  2. Kesian kat mak (Cik Besah). Kalau satu tempat senang nak tunggu kalau apa2 hal.
  3. Kesian kat Yaya/ Syahir – at least kalau satu tempat they have each other to depend on(macam kembar lak depe ni)
  4. Homework boleh buat sekali – takde la Yaya bukak buku lain, Syahir buku lain.
  5. Senang nak monitor budak 2 orang tu.
  6. Takut salah seorang tak nak ke sekolah kalau sekolah lain2 tempat.

Alasan di pihak aku:

  1. Fee tu agak mahal. Kalau boleh aku nak cari yang murah sikit... Sesuai dengan bajet aku & hubby.
  2. Kalau boleh aku nak daftarkan di tadika Islam --- nak tanamkan nilai2 Islam seawal yang mungkin. (Tadika Bistari tu mostly like Smart Reader la. Basically English Medium)
  3. Reason ke tadika Islam – boleh start mengaji sewal yang mungkin & boleh mengingati mama & abah yang sering lalai & leka dengan urusan duniawi
  4. Pemerhatian aku terhadap anak K.Ti yang sulung, bila dihantar ke tadika & tuition yang terlalu menekankan akademik sedangkan subjek agamanya lemah. (Aku taknak anak aku jadi cenggitu)
  5. Kalau aku hantar ke tadika mahal, si Adib pun aku kena hantar tadika mahal jugak. FYI, after Yaya habis tadika, si Adib lak start tadika. Non stop tadika for 4 years.... Adoi!!!!

So macammana... adakah aku ni terlalu pentingkan diri sendiri? Salahkan aku kalau aku nak buat yang terbaik untuk anak2 aku? Takkan la sebab K.Ti dah pernah ada pengalaman anak ke tadika masa anak sulung dulu sampai aku terpaksa akur dengan keputusan dia yang kononnya terbaik, terbagus.. Parenting skill depa laki bini bagus sangat ke sampaikan anak2nya mulut kurang ajar???? Tak de langsung penekanan agama – mengaji, sembahyang tah ke mana2... Itu ke yang terbaik???? Aku try nak semaikan Islamic culture dalam family aku, please don't interfere... Aku bengang tau....HELP!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...