Thursday, August 13, 2009

Merajuk Dengan Opah

Ahad lepas babysitter aku buat kenduri menyambut puasa. Aku bawak la si Aleeya ikut aku. Dulu kan ke si Yaya tu K.Mah yang jaga. Bila dah keluar si Adib dia dah tak nak pegi umah K. Mah tu (sebab sepanjang aku berpantang asyik duk umah Opah je). Start masa aku deliver si Adib dia dah tak nak duduk kat umah babysitter. Tapi sejak aku bawak dia gi kenduri tu esoknya dia mintak nak duk umah Mak Mah (panggilan untuk babysitter). Masa tu aku just ye ye je la. Esok pagi aku tak hantar pun ke umah babysitter. Dia punya la melalak depan pagar umah Opah masa aku hantar dia pagi tu. Aku pujuk bawak masuk umah Opah & terus masuk kereta.

Petang tu Cik Besah a.k.a Opah a.k.a my MIL cakap Yaya merajuk + mogok. Tak nak makan, tak nak mandi, tak nak cakap ... Kalau Opah tanya langsung tak nak cakap. Kalau Atuk yang tanya dia cakap pulak. So malam tu aku tanya dia , "esok Ya nak gi umah opah ke umah Mak?". Dia cakap nak gi umah mak. So pagi esoknya aku hantar la dia umah Mak Mah. Kata K.Mah so far dia OK je duk sana. Maybe sebab si Adib ade kat situ kot. So ade teman nak bermain. Cumanya dia tak nak tido siang je. Makan, mandi, gosok gigi semuanya OK. Abah dia tanya kenapa Ya tak nak pegi umah opah . Dia cakap Opah marah Ya & pukul Ya. Bior betul?????

Sebelum dia tidur, aku tanya dia the sama question, kenapa tak nak pegi umah Opah. The same answer dia jawab. Aku citer la ngan hasben aku. Betul ke??? Konfius aku. Masuk hari ni dah 3 hari duk umah babysitter. Kang apa lak kata MIL aku. Kot2 dia pikir aku yang menghasut anak aku jangan duk umah dia lak.... Pening kepala den..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...