Wednesday, June 22, 2011

PENGALAMAN BERSAMA AMWAY

First of all aku bukan la dealer Amway ye tapi aku merupakan salah seorang pengguna barangan Amway. Rasanya Amway ni merupakan salah satu syarikat MLM yang agak2 lama jugak bertapak di Malaysia. Orang kata barangannya bagus terutama supplementnya tapi so far aku tak pernah la lagi try consume segala makneka vitamin keluaran Amway ni.


Dealer Amway ni memang payah nak jumpa. Ye la kan, selain dari faktor kos nak jadi member yang mahal tu [RM80 kalau tak silap], tu yang menyebabkan tak ramai yang nak join. Lagipun barang2nya pun agak2 mahal jugak kan berbanding dengan kompeni MLM macam Cosway atau Avon. Again, maybe sebab kualiti barangannya tu la kot.

Aku diperkenalkan dengan Amway oleh salah sorang schoolmate aku. Tapi masa tu aku tak berapa berminat dengan menatang2 direct selling ni. Plus lagi masa tu pendapatan aku kecik je.. Tak mampu nak beli pun produk2 tu.  Since last year opismate aku lak cadangkan aku pakai sabun G&H Complexion Bar disebabkan struktur muka aku yang semakin ditumbuhi jerawat [sampai buruks muka aku]. Disebabkan opismate aku ni memang member Amway so aku suh dia je la yang belikan untuk aku. Masa tu butik Amway tu memang dekat sangat dengan opis aku kat Wangsa Maju nun.


Sejak pakai sabun tu, Alhamdulillah la ada la perubahan sikit2. Walaupun tak hilang segala jerawat di muka tapi ianya dalam keadaan terkawal la jugak [ada masanya luar kawalan jugak]. Pastu opismate aku ni pun resign sebab dapat keje tempat lain. Makanya dah takde dealer Amway. Masa tu kalau kitaorang nak beli barang kitaorang guna je la no akaun Amway dia. So, memang dah banyak kali la kitaorang ni shopping kat Amway tu gunakan no akaun dealer2 lain.

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas, aku singgah butik Amway tu. Memula aku gunakan je la akaun sorang kakak ni. Aku bukan beli banyak pun, cuma beli sabun tu jer sekotak. Pastu budak kaunter tu tanya sape punya akaun Amway tu. Aku cakap la mak sedara aku. Pastu budak tu kata kalau ikutkan bukan dealer tak boleh beli tapi budak tu punch jugak le benda yang aku nak beli tu.


Selang seminggu lepas tu aku singgah lagi butik Amway kat Wangsa Maju tu. Nak belikan sabun tu untuk opismate aku. Sekali bila aku bagi no akaun, dia kata nak membership card. Aku cakap le takde. Pastu dia minta IC. Kantoi la aku kan sebab aku bukan dealer. Pastu budak tu kata bukan dealer tak boleh beli. Walaupun aku cakap aku nak guna akaun kawan aku tu, dia kata tak boleh. Even aku cakap kalau tak dapat harga member pun aku sanggup bayar, still dia kata tak boleh. Bengang tul!

Pastu aku bebel2 la, selalu tu boleh je kenapa sekarang ni cerewet benar.  Lagipun member aku ni duk jauh takkan la nak suruh dia yang belikan sedangkan aku ni ada berhampiran je. Dengan muka yang menyakitkan hati aku dia kata kalau akak nak beli barang akak kena oder dengan kawan akak tu la. Tah apa2 Amway ni, aku nak bagi duit pun depa tak nak. Hampeh tul. Aku dah hangin satu badan masa tu. Kalau tak sebabkan barang tu untuk opismate aku, dah lama aku blah  dari situ. Tak beli pun takpe.

Last2 aku mintak tolong ngan sorang aunty cina tu nak guna  kad dia. Dia kata you jadi member bawah saya lo.. Aku mintak tolong ko dia sebok dok promot suh jadi downline dia pulak dah. Eksyen lak tu.. Sape yang hingin nak jadi downline ko! Tak padan dengan tua. Memang dealer Amway ni kena belagak ke??? Pastu aku tanya la orang yang berbaris belakang aku tu. Sorang mamat Cina yang tak berapa nak hensem. Aku cakap aku willing nak bayar for customer price pada dia. So dia pun kata no problem. Pastu baru la budak kaunter tu nak key in barang yang aku nak beli tu. Lepas je bayar pada mamat cina tu, aku pun blah dari situ sambil sumpah2 aku takkan beli lagi barang kat Amway kat situ.

Pelik la aku  ngan sistem Amway ni. Rasanya dalam banyak2 barangan MLM yang pernah aku beli, ini la yang paling payah. Selama ni aku beli barang Avon-Cosway- DCL-etc tak pernah le ada masalah walopun aku pakai akaun mak aku. [Mak aku kat Ipoh lak tu]. Bila aku dah jadi dealer jugak, selambe je aku bagi no member aku kat orang & diaorang pun berjaya membeli barang tanpa masalah. Just bagi je no akaun, terus boleh beli. Lagipun bukan semua dealer senang nak pegi stokis untuk ambil barang kan??

Ini hanya luahan perasaan aku jer. Kalau ada dealer2  Amway yang terasa tu aku mintak maap le. Cerita aku ni terjadi di kedai Amway di Wangsa Maju. Kat area lain aku tak tahu le.. Patutnya, kalau orang dah bagi no akaun tu  key in je la. Dealer pun dapat jugak point kan?? Lagipun aku bayar duit bukannya dapat free sebab guna no ahli orang lain. Kalau difikir2kan balik cemana la ye kalau nak ambilkan barang untuk downline kalau segala bukti nak kena tunjuk???  Cara macam ni memang telah menyebabkan aku tak rasa nak join Amway...

57 comments:

kakngah said...

skemanya..
sampaikan nak bayar harga customer pun tak boleh. camne nak bisnes camtu..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

leceh jugak mcm tu erkk..

syariza09 said...

org nk bagi duit pon tak mau ka..pelik tul depa ni

Anonymous said...

memang merepek la amway nie. my fren pon dah give up wt them. dia ex-amway dealer. nak cari down line macam mcam dorang pujuk. barang dorag pon bukan bagus sangat. kat kedai lagi macam macam benda yg lagi bagus. business bodoh bodohkan org.

Bionic women said...

X Ppernah berurusan atau menggunakan produk amway, tapi ada ler memb er duk call hari2 suh jadi downline dia. huh...seb bek ler kan...

Anonymous said...

salam,
apa susahnya nak jadi ahli,setakat rm85,bukan kita sorang je boleh pakai sabun malah,kawan2 yang jauh pun boleh jugak membeli sabun dengan mudah.

kad pengenalan x boleh ditukar ganti sepertilah kad ahli amway.itu bermakna bukan saja barangan yang berkualiti namun setiap ahli jugak terjamin keselamatan.ini ibarat bukan sekadar untuk melakukan barang tetapi sangat menjaga hak cipta ahlinya.

kalau sudah menjadi ahli,tidak perlu bersusah payah ke stokis kerana secara online barangan boleh dihantar hanya dihujung jari sahaja barangan sudah ada di hadapan pintu walaupun rakan anda berada jauh di pendalaman.

Sikap orang kita mmg suka ambil kesempatan terhadap orang lain walau dah tahu,barangan berkualiti nak guna barang bertahun-tahun tapi setakat menjadi ahli pun susah.Mengapa perlu menggunakan nama orang lain atas kegunaan kita sendiri.Inilah yang dikatakan taking advantage at other people.

renung2 kan lah dan fikir2 fikirkan
selamat beramal :)

Anonymous said...

to anon : kalau x guna barangan amway janganlah kata x bagus,yang penting kalau kita dah cuba x serasi dan sesuai,boleh pulangkan semula dan dapat pulangan wang bukan seperti di kedai bila dah beli dan pakai 2/3 daripada barangan tidak boleh dipulangkan.mana ada kedai atau pasaraya menerima barangan yang telah digunakan.amway money back guarentee,dalam katalog byk pilihan barangan daripada dalam rumah sampai lah keluar rumah,dari dalam badan sampailah ke luar badan.semuanya ada.

jika kita beli barangan nya pula dan digunakan maka akan dapat pulangan wang ataupun point value(PV) mungkin saudara-saudai di sini hanya sekadar mnjadi pelanggan atau mungkin bukan.hanya suka mengomen..

kalau hendak mengkritik perlulah jelas dalam barangan tersebut.dont judge the book by its cover.

SYANI said...

Marah pulak cik Anon ke-2 orang cakap barang amway tak bagus hehehe... Mesti dealer amway ni kan?? Jangan marah2 ok...

Memang la tak susah nak jadi member tu tapi nak kena bayo sedangkan pakai barang setahun sekali je rasanya cam rugi lak. Dah le kena renew tiap2 tahun.. Kalau yang mampu takpe la kan.. Kalau cam aku, baik aku masuk sspn anak aku jer..hahahahah

Anonymous said...

kalau pakai barang tu setahun sekali kenapa... amway ada mcm2,
LOC,DISH DROPS,PENCUCI BILIK AIR,ARTISTY,NUTRILITE..dan byk lagi..
yg sekarang tengah hangat NOXXA PRESSURE COOKER (periuk ajaib)..

barang2 tu mcm harian..terutama nutrilite..
x rugi sebenarnya..coz ada pencen utk ahlinya...

kalau nk tau betul2 tentang amway,kena cari org yg khusus...

x boleh celup2 jer...nanti jadi mcm ni laaaa.... :)

Anonymous said...

Saya rasa cik Syani ni umpama kata org "sour grapes"...

Memang Amway kuatkuasa siapa nak beli barang di kedai dia kena tunjuk kad ahli.

Simple je, kalau nak diskaun, jadi ahli lah. Kalau tidak, jadi pembeli, beli lah pada harga retail/runcit. Apa nak kecoh sangat?

Kalau cik Syani kata, pakai barang setahun sekali, takkan kedekut nak harga ahli. Kasi lah ahli tu buat untung sikit, kasi support la dia berniaga.

Kalau pakai barang amway selalu, lebih baik jadi ahli. Rasanya yuran daftar ialah RM90 , tapi renew tiap tahun cuma RM45 je.

Kalau kecoh sangat, pergi la beli barang lain, pe hal kecoh, mcm bodo pula.

Anonymous said...

kalakar la awak ni..ikut suka hati la diorang nak jual barang kat awak ke tidak..tu kan barang dia.. awak taknak jadi member ikut suka hati la..tapi dia tanak jual kat awak tu ikut suka hati dia la.. tu barang dia.. jangan ingat duit awak besar sangat sampai orang kebulur nak jual dengan awak..

orang nak tolong awak siap kutuk hina orang pulak tu..malu je dengan orang cina.. orang melayu tak ada adab..

kalau tak paham cara orang berniaga jangan komen..tak pasal2 kena kutok..memang amway tak jual dengan bukan member..untuk sistem adil bagi yang ada membership..

Anonymous said...

lawak gila kata tak ramai yang join..sales amway paling tinggi la dol..700juta dalam malaysia.. bengap

Subaidah said...

Assalamualaikum, salam sejatera

cik syani

Amway nak jaga hak ahli Amway supaya setiap ahli dapat untung runcit

so if beli kat kedai lain mcm dr avon u gune no ahli kawan macam mana kawan nak dpt untung runcit dan mcm mana dia nak maju????? mcm tu ajelah kan .. adil ke???

so untuk mempertahankan hak ahli Amway buat mcm tu ... adil utk ahli dia dan customer kalau nak beli harga ahli jadi ahli ajelah ... byk brg lain kat Amway ni hebat ... dari ujung rambut ke ujung kaki u blh pakai

5 benefit u dpt
1. jimat
2. product dia pekat tahan lama
3. money back gerenti
4. mesra alam
5. pelbagai guna

biasanya org yg tau Amway tp tak semua yg faham Amway

cik adik ni tak faham Amway
wassalam

Anonymous said...

Salam...
Ada gak yang sentap kot. mesti dealer Amway la tu.. Relax ye sis Syani, saya pun pernah kena lebih kurang cam sis.

Tak payah la nak marah2 tuan blog tu.. dia cuma nak luahkan perasaan je tu.. Daripada korang nak marah dia, baik la elok2 ajak dia jadi downline korang.. baru betul..korang pun untung kot2 terbuka hati dia join korang.

Setuju dengan penerangan Subaidah. Terang elok2 baru la sis ni paham. Pastu tak reti2 promote tinggal kontek no. ke apa??

Just my 2 cents... Jangan ada yang sentap lagi sudah...

ariyon ariyon said...

salam kak syani..saya azizi..kak syani better faham betul2 sistem amway ok..wat kajian betul2 tentang amway..amway ada sistem pencen utk anak2 kita..amway sangat berbeza dgn syarikat direct selling lain..amway dah 52 tahun di dunia dan di malaysia dah 36 tahun..tapi smpai hari ini sales amway makin hari makin meningkat..sebab apa??itu kak syani kena wat kajian..apa2 bleh add saya di fb.. dunspeak_iknow@yahoo.com..tq...bersabar je ek sbb ada yg trus tembak kak syani..ok..tq..adioss..

Read said...

Asslamualaikum.betul kata ariyon ariyon...saya join Amway pun pasal ada pencen,kalu x saya xjoin.Sistem die memang ketat untuk menjaga hak kami sebagai distributor.

Hasiah Hashim said...

Assalamualaikum cik syanie...modal nak join amway hanya RM90 je. Dgn RM90 tu kita dah ada pasar raya sendiri sbb everything u need and use everyday ada di kedai amway. But...if u want to start a business like pasar raya, berapa modalnya? U beli barangan bertroli2 kat pasar raya ada dia bg u bonus? U hny dapat penat bawa beg barang2 u je. Kalau u x tahu dan x faham about amway then ask your friend la...dealer amway x kedekut ilmu utk berkongsi dgn org yang x tahu dan x faham mcm u ni...

Ahmad Bukhari Nor Azizi said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Bukhari Nor Azizi said...

Assalamualaikum..

Wah.. seronok pulak aku dengar luahan perasaan tuan blog dengan si komplen komplen yang lain.. hehehe.. Cabaran untuk orang Amway tuh!Aku tak salahkan cik syani bab takleh beli barang kat amway tu.. Memang amway kuatkuasa hanya Member sahaja yang boleh beli barang di Kedai Amway..

Tujuan UTAMA dia.. kalau semua ahli just suruh customer beli sendiri pakai No Ahli Amway.. macam mana ahli lain nak cari makan? Kalau ada yang terer internet, buat promosi gila-gila pastu suh beli pakai No ahli dia je kat kedai amway.. agak2 kan yg buta IT bleh tak cari makan?
So, Amway just nak jaga member agar tiada ahli yang tidak mengikut peraturan DSAM.

Soalan lain saya.. Kalau Amway tak bagus, kenapa usia dia lebih 50 tahun?
Kalau barang dia tak bagus, kenapa produk mcm Nutrilite merupakan PENERAJU DALAM BIDANG SUPLEMENT? Artistry Top 5 dunia? Penapis Air no 1 dunia, dan mempunyai paten dari NSF? Dan last soalan saya, kalau beli barang setahun sekali, maknanye ape ye? barang tak cukup bagus ek? tak jimat ek? Amway ada polisi, tak puas hati.. Pulangkan balik barangan Amway dapat balik duit kak.. Bagi saya, cara dealer amway yang berurusan dengan cik syani dengan tu yang salah..

Amway merupakan bisnes perhubungan di antara satu sama lain.. Dan pesanan saya.. bagi mereka di luar dunia Amway, kalau taktau ttg amway just dengar cakap orang je, janganla kata apa-apa.. Anda berada diluar pagar.. kalau nak tau apa itu Amway, buka pagar tuh dan masuk untuk dengar ttg Amway..!! Belum dengar Amway, dah buat keputusan yang Amway itu, Amway ini.. Hehehe.. Dulu saya mcm korang semua.. tgk dengan mata kasar!! dan bukan mata hati!!

Itu pandangan saya, dan anda bebas memberikann pandangan.. Pada kak syanie, tahniah sebab anda pernah menggunakan produk amway dan sikit sebanyak tau mengenai kualiti dia.. tapi saya simpati atas apa yang berlaku pada cik syanie kat kedai amway wangsa maju tu..

p/s Saya merupakan Ahli baru Amway dan boleh tengok perkembangan saya di blog http://arazinfahmi.blogspot.com
p/s mana tahu dari kejadian yang dialami oleh cik syani kita boleh berkawan pulak dan lihat sendiri bagaimana orang Amway yang sebenarnye.. hehehe..
Wassalam

Firdaus Suib said...

assalammualaikum..
saya terbaca blog ni dan saya rasa sya patut beritahu..
ye memang nak masuk amway ade bayarannya.. dlu RM 80, sekarang RM 90.. tapi x rugi pun.. amway bagi tempoh setahun untuk mencuba bisnes amway.. kalau rasa tak nak buat amway, pulangkan starter kit dalam tempoh setahun dan RM 90 akan dikembalikan..
jadi bisnes amway ni tak ade risiko, modal pun boleh dikembalikan..
dan kalau kita renew setiap tahun dengan harga hanya RM 43, kita sebenarnya aktifkan insuran kemalangan peribadi bernilai RM10,000 setiap tahun untuk dua orang.. jadi bagi saya, takda ruginya kalau jadi amway dealer..
mana ade satu syarikat yang boleh bagi macam ni, modal boleh dikembalikan, bagi insuran lagi, bagi kita peluang untuk buat bisnes amway secara global.. lebih 90 buah negara..
dengan hanya modal yang serendah RM90, saya rasa sepasang kasut kita lagi mahal dari itu, telefon bimbit kita lebih mahal dari itu.. setahu saya, saya tak penah dengar orang nak buat amway kena buat loan bank sebab mahal sangat modalnya..
dan tentang beli barangan, memang siapa yang bukan ahli amway tidak boleh beli, melainkan melalui dealer amway.. ini kerana amway menjaga hak dealer amway..
lebih 40% kerajaan labur saham dalam syarikat amway antaranya :
-KWSP
-LEMBAGA TABUNG HAJI
-BURSA SAHAM
-VALUE CAP
dan macam-macam lagi.. ini kerana syarikat amway, satu-satunya syarikat yang tidak mengalami kejatuhan dari segi keuntungan tiap-tiap tahun..
sasaran amway pada tahun 2015 keuntungan sebanyak RM 1 billion..
dan pada tahun 2015 juga semua ganjaran untuk dealer amway akan digandakan 2 kali ganda..
sebagai contoh, seorang diamond pada tahun 2015 keuntungan setahun ialah RM800,000.. mana ade orang gaji stahun RM 800,000.. tapi amway ade.. dengan modah yang sangat kecik iaitu RM 90 boleh jana pendapatan yang banyak..
dan pendapatan ini ialah pendapatan pencen dan boleh diwariskan kepada anak-anak dan keluarga kita..
saya amway dealer, sudah setahun saya buat amway.. saya join amway lepas spm.. dan sekarang saya menikmati ganjaran yang amway janjikan.. dengan itu, sekian sahaja perkongsian saya.. saya cuma ingin memberitahu, bukan untuk menyinggung siapa-siapa.. maaf atas salah silap saya.. saya hanya insan biasa yang ingin berubah, merubah masa depan diri dan keluarga.. sekian sahaja..
sure to gain nothing to lose
buat amway tak ade risiko, kerana modal rendah dan boleh dipulangkan
buat amway tak ade stress sebab atas xde boss bawah xde kuli
buat amway kita akan dapat unlimited potential income..
berapa banyak kita nak, kita yang tentukan dan amway akan berikan sekirannya kita berjaya..
yakin boleh pasti boleh..
wasalam.. :)

Firdaus Suib said...

assalammualaikum..
jikalau nak tahu lebih lanjut tentang amway, boleh add facebook saya Firdaus Suib atau hubungi saya di talian 014-2671397 atau emel saya excutivediamond_93@yahoo.com.. kita boleh chat dan saya akan terangkan ape sahaja..
13 dan 14 oktober ini saya akan ke KL, PWTC.. ade program amway.. Y ME RALLY.. guess speaker dia, diamond muda thailand.. umur 26 tahun dah jadi diamond, kalau kt Malaysia income bulanan diamond ialah RM 30,000 sbulan.. sekian sahaja.. wasalam.. :)

Fareez rio said...

assalammualaikum,,,,,
banyak2 besnes kt malaysia ni,,, contoh, DCL,, AVON,, COSWAY,, DN LAIN2,, kenapa AMWAY saja yg ade di dlam busa saham malaysia,,,,, itu menunjuk kn AMWAY lagi bagus dri besnes len,,,,

Nor Farizah said...

Tertarik dengan point ni:

1-Biasanya ramai orang tahu Amway tetapi tidak semua yang faham dengan Amway

2-Amway ada sistem pencen utk anak2 kita (cuba wat kajian sikit-mana tahu ade biz lain mcm ni kan..)

3-After 1 year renew kita ade insurans cover.. walaupun as user.

4-Amway disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia

5- Jika produk tidak bagus boleh pulangkan dan dapat duit semula

6-Tukar konsep membeli di luar yang hanya dapat point sahaja, tetapi beli dengan amway pula , dapat point dan dapat duit masuk tiap-tiap 15 haribulan (kalau makan gaji masa ni duit dah habis kot)

7- Sistem sangat ketat semata-mata untuk menjaga hak distributor di luar sana

8-Lihat dengan mata hati bukan dengan mata kasar

9- Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga

~Where Life Gets Better~
Email: kasihkudurrani@gmail.com

Rashid Musa said...

Salam...cik syahni
Dalam pemerhatian saya, memang betol kadang kadang kita alpa dlm setiap percakapan mahupun perbuatan. tetapi dalam kes ni... secara tidaklansung menunjukkan kesalahan cik syahni sendiri,kerana membuat spekulasi tanpa usul periksa. Kenal dengan mengenali adalah satu konteks perkataan yg berbeza. kalau sekadar kenal tapi tidak mengenali sesuatu pekara.. lebih baik jangan membuat keputusan.
Saya sedih dan malu andainya berita yang saya war war itu berpunca dari kesalahan sendiri rupanya. AMWAY adalah satu perniagaan yang adil. biarlah orang cakap kita kurang bergaya..tetapi jangan kurang ilmunya... ini sekadar renungan..
Bukan untuk menjatuhkan sesiapa..
Orang yang berjaya biasanya bermula dating kesilapan yg pernah dia buat..

Ikhlas dari saya
Rashidputra
Distributor AMWAY

jebatmalaya said...

salam... saja nk komen skit... niat nk guna brg amway tu bagus tp cara beli xbetul... dalam hal ni saya xsalahkan cik syahni... ini salah didikkan oleh distributor cik syahni... senang cerita... kita xrela ada pihak lain guna ic atau lesen kita... semoga think positive atas komen ini... xkenal maka xgunakan produk...

Kong said...

Aku ni Amway Distributor jugak... sering pergi Wangsa Maju tu..

Amway produk memang bagus .. dan sistem Amway memang adil.

Yes banyak orang tak faham sistem Amway, tapi banyak orang pernah dengar Amway syarikat ni.

ok.. kalo kak nak tahu selanjut dalam khusus sistem Amway dan . kak boleh la .. telefon aku 017-2835115 Jason untuk keterangan lanjut. Kita bukan nak cari gaduh.. hanya nak 'share' pasal Amway je.. kalo kak nak tahu macam mana nak buat Amway boleh call aku. Sistem dia memang rumit dan bukan semua orang faham. Mula2 aku pun benci ... direct sales. Apabila dah buat research banyak2. Baru la.. faham Amway ini.

Honey Hani said...

Salam,sory sy mencelah,untuk pengetahuan saudari,amway merupakan syarikat yang adil.ini kerana wang keahlian hanya rm 90,tahun seterusnya rm 43,(cover untuk lesen perniagan ahli,penghantaran amagram bulanan dan amway memberi insuran pa kepada ahli dan pasangan.) hebat kan.

Di sini saya mengatakan amway sykt mlm yang adil kerana sesiapa sahaja (18tahun ke atas)ingin join amway kena bermula dgn wang keahlian rm 90.ok jika cth sykt lain spt cosway/farmasi cosway,sesiapa yang ada rm5000 boleh buka cwangan(dapat untung yg berganda),tapi untuk sesiapa tak ada modal byk tu, join ahli beli brg dari kedai(untung sikit)x adil kan.Amway, jika awak jutawan pun, awak kena join rm 90(bermula dari membawa katalog,menjual,menaja dll),jika awak seorang student pun bermula dgn rm 90.adil kan. Lagi satu,pangkat dalam amway tidak boleh dibeli oleh sesiapa,semuanya kena bermula dari asas,siapa buat dia dapat....

Ikhlas dari,
Hany

Izwan Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Kevin Lim said...

Inilah kita panggil sistem... Mak saya pernah beli Calcium Powder Nutrilite kat Amway minggu lepas, tapi dia dapat beli walaupun bukan ahli. Itulah, jika nak diskaun, tentulah kenalah bawa kad keahlian sendiri. Takkanlah guna orang lain punya.

mumy ariellas said...

Menarik cerita amway ni....saya rasa macam nak join amway juga hehe

ayza said...

Salam...sy aiza adalah distributor amway..sejak 2003 saya memakai produk amway...sehingga sekarang tak pernah bertukar kpd produk lain lain....satu rumah kami 100% adalah dari amway...Kenapa?Memang betul kata2 semua distributor2 amway di atas..amway The Best Business In The World...Keistimewaan amway?Terlalu banyak..anda tak akan dapat dari perniagaan2 lain di luar sana..dalam alam pekerjaan lagi jauh panggang dari api. Saya sayangkan n Cintakan perniagaan amway saya...Sya sentiasa berdoa n bersyukur kerana Allah memberi rezeki Amway kepada kami..dri saya bujang sehinggala anak 4,amway sentiasa bersama saya. Ia merupakan Perniagaan Lubuk EMAS bg saya...kerana ia sangat2 istimewa...tolong..selami dahulu Amway...produk amway...sistem perniagaan amway....baru you boleh faham...kebanyakn org kita...Melayu...byk yg menghadapi AIDS..AMWAY INFORMATION DEFICIENCY SYNDROME....di mana mereka yg komen lebih2 pasal amway kerana Sindrom kekurangan maklumat Amway....kesian...tapi nak buat mcmna...sebelum seseorang berkata2...komen...kita patut kaji dulu,supaya tidak menonjolkan kesalahan diri sdiri...maaf ya...tak berniat untuk menyakitkan hati anda2 yang mengutuk amway..cuma sy jadi lebih bertanggungjawab sebagai distributor amway untuk explain kan dgn jelas pd orang2 diluar sana yang tak memahami nilai...value yg tinggi dalam perniagaan Lubuk Emas..AMWAY ini...kalau ada berminat mahukan n tau apa itu Amway...boleh contact saya..0192209828..thanks..

ayza said...

Salam...sy aiza adalah distributor amway..sejak 2003 saya memakai produk amway...sehingga sekarang tak pernah bertukar kpd produk lain lain....satu rumah kami 100% adalah dari amway...Kenapa?Memang betul kata2 semua distributor2 amway di atas..amway The Best Business In The World...Keistimewaan amway?Terlalu banyak..anda tak akan dapat dari perniagaan2 lain di luar sana..dalam alam pekerjaan lagi jauh panggang dari api. Saya sayangkan n Cintakan perniagaan amway saya...Sya sentiasa berdoa n bersyukur kerana Allah memberi rezeki Amway kepada kami..dri saya bujang sehinggala anak 4,amway sentiasa bersama saya. Ia merupakan Perniagaan Lubuk EMAS bg saya...kerana ia sangat2 istimewa...tolong..selami dahulu Amway...produk amway...sistem perniagaan amway....baru you boleh faham...kebanyakn org kita...Melayu...byk yg menghadapi AIDS..AMWAY INFORMATION DEFICIENCY SYNDROME....di mana mereka yg komen lebih2 pasal amway kerana Sindrom kekurangan maklumat Amway....kesian...tapi nak buat mcmna...sebelum seseorang berkata2...komen...kita patut kaji dulu,supaya tidak menonjolkan kesalahan diri sdiri...maaf ya...tak berniat untuk menyakitkan hati anda2 yang mengutuk amway..cuma sy jadi lebih bertanggungjawab sebagai distributor amway untuk explain kan dgn jelas pd orang2 diluar sana yang tak memahami nilai...value yg tinggi dalam perniagaan Lubuk Emas..AMWAY ini...kalau ada berminat mahukan n tau apa itu Amway...boleh contact saya..0192209828..thanks..

Fatim Amirah said...

stokis dekat terengganu boleh je pakai ID org lain .

Prekash Limggam said...

Salam 1 Malaysia. Sayu tidak mahu ulang apa yang saudara saudara beritahu tetapi hanya satu yang saya mahu beritahu disini adalah...Amway dealer adalah sebagai satu keluarga, tiada seorang pun akan mengalah dan itulah sahabat sahabat saya Amway dealers. Mereka semua berkata dengan satu ayat dengan satu hati.

Saya setuju dengan saudara En.Firdaus Suib. Dia telah beritahu apa kah sebenarnya konsep perniagaan Amway. Cuba fikirkan kalau lebih 40% kerajaan labur saham dalam Syarikat Amway dan mengapa Syarikat Amway adalah satu satunya Syarikat direct selling yang dapat tempat dalam Main Board Bursa Saham...? Fikirkanlah.

Kalau kita asyik membebel dan dengan adanya fikiran negative, sampai bila bila pun kita tidak akan berubah dan tidak akan maju.

Mari sama sama kita maju kehadapan.

Terima Kasih

Abdullah Jefri Ghani said...

Saya bukan dealer Amway. Saja research pasal produk Amway. Tapi terkejutlah baca bahasa dalam blog ni. Tengok gambar blog dimiliki oleh wanita bertudung, tapi bahasa sangat tak mencerminkan perwatakan. Dah tentu kesalahan tu bukan pada Amway.. Dah sistem dia macam tu, kalau kita taknak follow system itu hak mereka untuk deny. By the way, bila kita cari produk untuk kecantikan, kena juga cantikkan peribadi juga.

Wani said...

ada sapa2 nak jual kt aku harga bukan ahli utk deodorant x? tak padan nk jd ahli rm90 per year semata2 nak dapatkan deodorant harga rm24 yg bleh tahan 6 bulan.

Unknown said...

Sy pernah dgr supplemen amway ni bgs. Mmg kena jd ahli dlu ke br blh beli produk amway? Amway xde harga utk ahli n bkn ahli ke? Pastu kalo jd ahli mmg kena buat bisnes ke? Boleh je kan kalo nk guna utk diri sendri n family.

Unknown said...

Sy pernah dgr supplemen amway ni bgs. Mmg kena jd ahli dlu ke br blh beli produk amway? Amway xde harga utk ahli n bkn ahli ke? Pastu kalo jd ahli mmg kena buat bisnes ke? Boleh je kan kalo nk guna utk diri sendri n family.

Zul Qarnain said...

Hanya org yang xtahu dsebalik amway akan berkata demikian.. Dalami ilmu Amway dulu baru faham kenapa itu kenapa ini

Zul Qarnain said...

Sy pengedar Amway
zulqarnain 012-9358780

Suplement ade 2jenis dipasaran
Organik dan sintetik..
Yang jelas diluar sana banyak yang sintetik(dihasilkan dlm makmal)
Supplemen Nutrilite Amway adalah ORGANIK sejak 1934.

Sy nak tanya puan/en kalau ayam..ayam organik atau ayam yg dah dicucuk hormon lebih baik?

Amway memang ada harga ahli dan bukan ahli.

Tak semestinya join amway kene buat business Amway..pakai barang sendiri pon boleh..tak menjadi masalah..

Mesej fon sy jika ingin lebih lanjut..

Ikhlas dr sy Zul

Zul Qarnain said...

Sy pengedar Amway..

Cik/puan wani boleh hubungi sy zulqarnain 012-9358780
Ikhlas dr sy zul

Zul Qarnain said...

Sy pengedar Amway..
Betul bukan patut amway yg dipersalahkan..

Serupa dengan agama islam kita..dah cukup indah tetapi kadang2 org muslim tu sendiri tidak membawa watak yg sepatutnye ditunjukkan..
Ikhlas dr sy zul

Zul Qarnain said...

Itu telah melanggar peraturan.. Dan sy percaya ahli Amway itu tidak akan kekal lama dalam perniagaan amway..

Konsep amway memerlukan kejujuran dr ahlinya sendiri

Ikhlas dr sy zul

Zul Qarnain said...

Nasib baik?

Lebih baik cik/puan lihat dulu apa yang amway boleh beri pada kehidupan kamu..

In shaa Allah cik/puan xkan menyesal seumur hidup

Ikhlas dr sy zul 012-9358780

Zul Qarnain said...

Sy pengedar Amway
Zul 012 9358780

Amway mempunyai barang yg banyak.. Dari keperluan rumah, keperluan diri, supplement dan macam2 lg..
Insuran cover percuma setiap tahun.. Jadi bg sy memang berbaloi renew setiap tahun sbb dapat beli brg dengan diskaun 30% dan insurans cover lg..
Lihat dulu amway baru boleh berbicara.. Sekadar surface cik/puan xmampu melihat amway..

Ikhlas dr sy zul

Unknown said...

Amwayy???perghh...dahsyat lah dealer2 amwayyy ni,takott i,,,apa kata korang dealer amwayy ni bagi cadangan suruh tutup semua kedai dalam malaysia pakai amwayy jerk??taksub sgt korang sal produk u.s.a nak hentam palestin ni pehal??siap cakap semua dealer amway ni satu keluarga!!,kalau mak ko bukan dealer tu bukan keluarga ke??dalam kubur munkar nakir tanya soalan ape???pergi tanya ustaz Don tu,ke ustaz mana2 korang suka,janji ustaz betul..aku nak termuntah dgn amwayy ni,,ada kawan aku sampai paksa2 aku jd dealer,bila aku reject,siap putus kawan..ikutlah sunnah Rasullullah,eratkan sillaturrahim atas Agama Islam bukan atas nama amwayyy...lagipun,Rasullullah pn tak pakai amwayyy,baca sejarah nabi,sgt bersederhana...tolong jgn kutuk Rasulullah jika anda dealer amwayyy tak setuju dgn saya.tq..jazakallah

Nad Azmi said...

kpd dealer amway.. jgn laa pergi hentam org just kerana tidak berpuas hati dengan sistem amway.. tu cuma crita dari kak syani.. jgn taksub pula korang menyokong apa- apa keterlaluan.. da cam gaduh laa korang .. Trlalu mengagung agungkan pon ada.. sy pnguna amway... produk nya ok.. tapi bagi pndangan saya.. sistemnya menyusahkan pembeli tambah2 student cam saya..

lowProfile said...

kepada "unknown 21 apr 2014"..
janganlah kaitkan amway dengan hidup mati n rasulullah.. benda ni xde kena mengena dgn agama.. Allah bg kita otak yg berakal utk cari pendapatan masing2 utk terus hidup..n beramal jua. tapi xsemestimya dgn cara berbisnes..x minat bisnes? g la bercucuk tanam.. xpayah jual kt org.. kalau xminat jgak? masuk la kerja kerajaan :) kalau xnak jugak? jadilah awak manusia tanpa apa2 kebaikan awak beri pada umat lain.. benda ni xperlu dikait-kaitkan ngan hal politik n agama.. itu bkn pemikiran org yg inginkan kedamaian di negara.. ni jenis org yg suka nak bermusuh2.. kalau awak pernah kecewa ngan kawan awak sendiri yg jadi dealer amway n mnta putus kawan sbb awak xnak masuk amway jer? awak xpayah marah2.. tadi pun awak merujuk pada nabi n sunnah2 nabi.. nabi pun xde nak marah org yg penah sakiti dia bahkan nabi bersabar.. bukannya dengan cara melontarkan kata2 yg xelok didengari n dibaca.. sedarkah anda bahwa kata2 awak boleh mengguris org lain? kalau xminat just diam je.. sy bukanlah pengguna no 1 amway cuma tidak selesa bila awak mengaitkan produk ni atau mana2 produk lain ngan hal agama @ nabi.. itu bukan juga berdakwah.. tapi awak menunjukkan perilaku x baik seorang muslim muslimin.. maafkan sy atas teguran ni walhal sy dan anda tidak berkenalan sekalipun.. ini pendapat sy ttg pendapat awak.. pendapat saya..jika awak xberpuas hati pada sesuatu pergilah mendapatkan kepastian tetapi bila anda xsuka.. diamkan saja apabila perkataan yg dikeluarkan anda lgsg xmembantu dan x mendamaikan mana2 pihak.. Islam adalah agama ketenangan..jgn menjadi agama itu alasan utk membuktikan amway ni xbagus.. kerana zaman dulu xda amway.. skrg ada.. hiduplah mengikut sunnah nabi seiring di zaman ini.. faham2 kanlah maksud saya ini..
asslmkm..

slimout said...

kpd tuan blog..saya faham ape awk rasa..saya pun pernah kena..saya cari kedai amway ke main susah..dah sampai memang nak belu harga retails..takde niat pun nak beli harga ahli..tapi diorg tak bagi .cakap ahli je boleh beli..rasa macam bodoh pun ya..nak cari ahli dia kat kawasan saya xtau kat mana..sekurang2nya update la list stokis ke dealer ke kat web or fb..so senang org beli kt mereka kalau sibuk sgt nk suruh org support ahli..ni amway sendri tak support ahli utk sediakan listing macamana?saya suka deodorant amway sgt bgs..pakai tahan setahun. murah pn murah..tp tu je la satu2 nya yg saya suka..xberbaloi la kalau nak satu brg je tp nk jd ahli bagai n renew lagi. kalau seumur hdp ok la jgk kan..memang la amway byk produk tp harga tak boleh blah..kdg2 bnda yg sama kat luar lg murah..tak kan lah semata2 nak naikkan expenses diri semata2 dah jd member..balun shopping atoz kt amway..sampai pokai?hahahaha

Yanti Juneaida said...

Saya setuju..dgn sistem pembayaran mcm itu lah Ranking in global Amway No .1
TEGAR BERSAMA AMWAY..

Atie Imran said...

Salam... barangan amway mmg bagus2..saya suka pakai barangan amway... kalau cik nak beli barangan amway boleh call saya 012-3606861...saya akan htr sampai ke tangan cik sendiri...mcm2 produk amway yg bagus untuk kita... sekarang ni periuk amway kegilaan ramai sebab senang masak dan sekejap je masak...

SYANI said...

Tak sangka after 3 years entry ni masih ada yang nak komen...

Terima kasih para pengkomen semua.. Saya bukan nak hentam Amway, cuma masa entry ni dibuat, saya mendapat layanan yang tak best oleh sorang dealer & budak jaga kaunter di sana.

Mungkin dalam 3 tahun ni dah ada perubahan. Lagipun saya dah tak jejak kaki ke butik Amway tu. Apapun best of luck pada semua dealer Amway. Semoga Amway terus maju.

Suriati Mohd Saadon said...

Tergerak hati nak baca psl amway perbahasan yg menarik hehe

Suriati Mohd Saadon said...

Tergerak hati nak baca psl amway perbahasan yg menarik hehe

Founder LOB said...

sy pon bru dpujok jd downline amway..tp kot mana pon sy x sokong perbuatan mna2 cashier or perniaga2 yg x ad adab..xtau ka duit yg depa mkn tu customer yg bg..regardless cikit ka byk ka..biasanya dlm world of bisnes..nk dpt tender ka..ranking no 1 ka..lobbying is a must kat negara barat..sy tolak ja amway nie..sebab family kawan yg promote benda nie pon byk penyakit..kalah oqg kampung..

roseliza abdul hamid said...
This comment has been removed by the author.
cikgu ctiey said...

Saya bukan dealer amway. Tapi saya pengguna tegar amway. Haha x minat nak jadi ahli tapi sangat MINAT dengan semua produk Amway. Dari deodorant, iron steam, spray daki baju, sabun basuh baju hingga la ke bread maker semua saya beli amway punya. Sebab di sekolah saya ada dealer amway yg sangat proaktif. Kami shopping dengan dia aje wpun harga customer beb. Yg penting jimat masa. Cuba dulu produk dia sangat bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...