Thursday, September 17, 2009

Shopping Raya

Lagi 3-4 hari dah nak raya tapi aku tak beli lagi baju raya untuk diri sendiri. Baju anak2 semua dah ready before pose lagi [ sebabnya tak nak bershopping di bulan pose - letih!!!]. Orang lain baju raya semua dah ready... cik besah pun dah beli baju raya dia. Tak boleh jadi ni...

Se semalam aku half day untuk pegi cari baju raya. Tak pegi jauh pun just singgah K4 Wangsa Maju jer. Punya la banyak pilihan dari mahal hingga le ke murah. Jenuh jugak nak membelek baju2 yang ada. Sempat la aku rembat 2 pasang baju kurung biasa. Habis la seratus lebih. Teringin gak nak beli yang grand2 gitu tapi bile menengok harga... lemah semangat... Pada aku mahal la sangatnya... Banyak lagi benda aku boleh beli daripada berabih 2-3 ratus untuk sehelai baju.. heheheh [ alasan nak menyedapkan hati...wakakaka]

Dah belek2 baju sempat lagi rembat kasut & selipar. Tetiba teringin nak beli wedges so beli je la sepasang. Tengah offer. Pastu lalu kat satu kedai jual selipar singgah lagi, sempat la ambik sepasang selipar RM15 sajork. Sebenonya takde rasa nak beli pun tapi saje 'menerai' pastu ade sorang makcik tu kata cantik bila aku pakai satu selipar tu. Kena dengan kaki aku sebab kaki aku putih katanya. So aku pun beli la kasut tu [pantang kena puji...ceh!!!] Sorry yek taknak paste gambo sebab nanti korang tau la kasut & baju raya aku... Heheheh.. Tak best la tak surprise... [actually malu nak tunjuk]

Adik aku sempat pesan belikan dia selendang hitam. Jenuhnya la aku mencari kat sana. Sekarang kan trend tudung ekin tu. Zaman selendang2 ni dah ketinggalan zaman . Sampai kesudahnya tak berjumpa jugak. Sorilah ye cik kepun, aku tak dapat belikan tudung ko tu. Kat Ipoh la nanti kita cari.. Tapi aku ade belikan ko brooch kecik2 yang ko nak tu...

Dalam dok sebok2 shopping raya tu baru teringat driving lesen aku dah expired. Kebetulan kat K4 tu ade post office & orangnya tak ramai sempat la aku renew lesen aku. Kang tak pasal2 aku kena saman lak.. Sekarang kat polis & JPJ suka buat operasi... Bahaya!!!! So semalam dengan bangganya aku dah berjaya menghabiskan duit sebanyak RM300 (termasuk duit lesen, baju, kasut & beberapa bahan sampingan lain...] Sure laki aku bising ni... tak pe la ye bang raya kan setahun sekali....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...