Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday Adib...

DUA BUAH HATI MAMA & ABAH


Sedar tak sedar hari ni dah 15/9/2009, bersamaan dengan buffday anakandaku si Adib Aiman yang ke-2. Macam tak caya je sikudip ni dah genap 2 tahun (ikut tahun omputih). Maka dah 2 tahun jugak la arwah nenek aku meninggal... Sedih masih terasa sebab tak sempat nak tengok tok untuk kali terakhir (sebab masa tu aku dalam pantang). Semoga arwah tok tenang di 'sana'- insya-Allah....

Berbalik pada si Adib, semalam babysitter dah belikan dia birthday present kat dia. Sepasang baju kemeja & seluar jeans (tak sempat nak tangkap gambo). Kiranya merangkap la sekali sebagai baju raya tu.... He..he... murah rezeki ko Adib... Alhamdulillah... Malam ni nak celebrate sikit birthday dia ngan Cik Besah & the geng. Ingat nak belikan small nice cake for him, (biasa la kalau birthday kalau takde kek tak meriah)... Abah dia dah orderkan sate untuk malam ni lepas berbuka nanti. Makin gemuks la mama ko ni Adib, asyik melantak je....



Hepi Birthday 2 u
Hepi Birthday 2 u
Hepi Birthday dear Adib
Hepi birthday 2 u.


Ni lagu feveret Adib

Allah selamatkan kamu (dia sebut- Allah ta amat tan tamu)
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Adib Aiman
Allah selamatkan kamu...


[Semoga kau menjadi anak yang soleh & menjadi kebanggaan ayahanda & bondamu.... AMIN!!!]
Adib dulu.....

Adib sekarang.... dah kureng comel... yang tetap maintain rambutnya yang sikit tuh...

1 comment:

iChAm said...

HAPPY BIRTHDAY...