Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 24, 2009

Bercuti lagi... (Part 3)

Hari Kedua- aktiviti pertama lepas bersiap, mandi & breakfast adalah menuju ke Tanah Rata. Kak Ti la yang nak gi sana sebab nak cari purse strawberry. Cari kat sana sebab semalam tak singgah ke Pasar Malam. Jumpa la kat gerai2 kat situ. 3 for RM10. Kat situ banyak la cenderamata yang dijual. Kitaorang tak beli apa pun sebab tak banyak choice. Cuma belikan Adib & Aleeya sorang sepasang T-shirt & bola strawberi.

Family picture versi tak cukup korum kat Tanah Rata..

Jalan2 di Tanah Rata.... Yaya with abah & atuk

Lepas ke Tanah Rata, pegi ke Arked Peladang kat Brinchang. Nasib la orang ak ramai lagi. Selalunya area ni memang ramai orang & susah nak cari parking. Tapi alhamdulillah ade parking untuk kitaorang.
Gambar sumbangan blog sapetah???
Yang tak syoknya, Adib tido lak masa tu. So hubby yang tunggu. Cik Besah & Cik Zul (my MIL & FIL) pun tak nak ikut sebab sakit kaki (orang tua la katakan, tak larat nak jalan lama2). Yang jenjalan kat arked tu hanya aku, Yaya, Syahir, Heri, K.Ti & Amin. Memang rambang mata kalau ke itu cumanya si Yaya tu dah boring so ajak balik cepat2. Tak habis pun tour aku kat sana sebab kat atas arked tu ade park lagi. Next time kalau datang lagi kena singgah la kat arked tu. Tak puas jalan...


Depan entrance arked

Syahir, K.Ti & Aleeya
Kebetulan masa nak jalan tu kereta abang ipar aku rosak la pulak.... So kena turun ke Tanah Rata balik untuk hantar ke bengkel. Dah alang2 ke situ singgah le ke rumah caretaker banglo Maybank kat sana. (Kitaorang stay kat situ masa trip ke CH yang sebelum ni - ade kat older entry). Lepak kat situ ade la dekat setengah jam sementara menunggu abang ipar aku balik dari bengkel. Kereta dia kena repair & siap sebelah petangnya. Memandangkan hari pun dah kul 2 lebih so kitaorang beli barang nak masak lunch & borong some durian...

Menunggu penuh kesabaran..


Yaya dengan baju barunya... lepas beli terus pakai...

Posing dengan durian yang baru beli..Balik apartment, masak lunch (sempoi je - ikan bilis goreng (untuk my FIL), sambal ikan masin, sayur campur, sup sayur & telur dadar). Lepas makan & pekena durian semua pakat tido - sejuk giler..... Petang tu turun balik ke Tanah Rata sebab nak ambil kereta abg ipar aku. Aku ajak diaorang ke Taman Permainan bawak budak2 main. The kids apa lagi...main sampai puas. Si Adib sampai tak mau balik la. Lepas kat sana sampai le ke Maghrib.



For dinner, Cik Besah kata tak nak makan nasi. So Amin (kawan sekerja hubby aku- dia ni selalu ikut trip kitaorang) offer nak buat kuetiaw goreng. Ok la dia masak cuma tawar sikit la.. K. Ti lak tak sudah2 ngan goreng cekodok. Ade lagi lauk pauk masa lunch pun kitaorang perabihkan. Lepas makan semua pakat tido la sebab esok dah nak balik..

No comments: