Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 24, 2009

Cuti Lagi... Final part

Trip kali ni banyak part lak. Ni part yang last la kot sebab last day kat CH. After siap semuanya (makan, mandi & packing) kitaorang check out dari apartment dalam kul 12tgh. First destination is Strawberry Park & Ladang Kasimanis. Actually gi sini sebab Cik Besah nak cari pokok bunga tapi takde yang dia berkenan kot sebab aku tak nampak pun dia usung pokok bunga masuk kereta. Kat tepi2 tu ade la jual pelbagai makneka strawberry. Semalam dah janji dengan Yaya nak belikan dia payung. Sebab dah berjanji maka aku belikan jugak la payung untuk dia... Sib baik ade jual kat situ. Beli payung panjang for RM12.

Ni la Kasimanis Strawberry Park
Mama & Yaya (Payung tu la yang baru beli tu)- She is addicted to pink already
Next stop ingatkan nak singgah Kea Farm tapi punya la sesak. Jalan sampai jem kat sana. Parking usahlah harap nak ade time2 macam tu. So teruskan perjalanan sampai kat area Tringkap kot. Cik Besah la ni nak beli sayur2 buat jiran2. Aku malas la nak beli sayur2 lagi sebab aku kan ke jarang2 masak. Each time pegi CH asyik2 beli sayur, sure babysitter aku dah boring dapat buah tangan sayur je dari aku. So aku belikan aje teh cameron valley kat dia sekotak. Aku beli 2 kotak so dapat la harga RM15. Pastu aku beli Cameron Apple. Sekilo 6 hinggit. Aku ingatkan banyak la dapat rupanya dapat 3 bijik je.. hampeh tul.. Si Yaya lak sempat gak rembat sepit2 strawberry & cermin mata butterfly kat sana...
Apple Cameron ..... 3 bijik ni RM6 (sekilo)..


Jambu Kristal.. 3 bijik sepeket RM12. Tak beli pun sebab last time dah pernah beli


Teh Cameron Valley untuk K. Mah (babysitter)
Wajah2 dalam perjalanan pulang....

Yaya dengan spek butterfly yang baru beli...

Adib Aiman la dudut..... (dia suka sebut but still I don't know what he means by "dudut")

Syahir letih sampai kena dukung dengan abahnya (my BIL)
Dah habis shopping teruskan perjalanan. Nasib baik Adib tido sepanjang highway tu. Kalau tak sure dia montah monggek lagi. Habis kotor kereta tu... Sampai Simpang Pulai aku ajak diaorang singgah Ipoh (umah mak aku)... Lepas makan petang dalam kul 5.30ptg kitaorang pun bertolak balik. So far perjalan ok tapi banyak berenti sebab Aleeya nak berak la, nak kencing la dsb... Last2 sampai rumah kul 11.30 malam. Patut esoknya aku kerja tapi sebab ter"overdose" tido sampai aku terbangun lewat, akhirnya gi klinik mintak MC je... Hehehehe.... Sekian je la cerita aku tentang trip kali nih...

No comments: