Wednesday, July 22, 2009

Bercuti Lagi... (Part 1)

Dah lama tak berentry dalam blog ni. Ni nak citer pasal percutian aku ke Cameron Highland(balik2 tempat ni... macam takde tempat lain nak pegi). Kalau ikutkan dah naik jemu aku nak ke sana memandangkan baru lagi pegi bulan 5 hari tu. Anyway, sebab cam biasa di support oleh abang ipar aku, nak tak nak ikut je la... This time tak duduk banglo tapi duk kat apartment.
Kali ni pegi Adib muntah 2 kali. Aleeya pun yang tak pernah2 muntah dalam perjalanan, tetiba muntah lak kali ni. Maklum la, tak makan pagi. Hanya minum Milo je pagi tu. Sian budak2 tu. Konon nak berenti kat Simpang Pulai for breakfast tapi tak jadi. Terus je sampai ke CH. Bertolak dari Batang Kali dalam kul 7 pagi & sampai CH dekat kul 12. This time dapat bilik yang agak kecik dari apartment yang pernah kitaorg duduk cuma furniture dia better than before. Management dah tukar maybe tengah upgrade facilities kot.


Kitaorang stay kat Villa Dahlia kat area Brinchang


View dari bilik aku...depan tu Padang Golf


Masuk je apartment, masuk bilik, tukar baju & terus buat preparation untuk lunch. Makan sempoi je - telur dadar, sardin & sayur campur (semuanya K. Ti yang masak). Aku cam malas nak masak kat sana sebab biasa la mulut K. Ti tu kuat komplen. (Macam la dia masak tu sedap sangat). So aku just masak air & bancuh air je la (keje paling senang). Time makan tu aku rasa sardin tu rasa macam hanyir & nak termuntah lak. Ntah le... perubahan cuaca @ mulut aku yang rasa camtu. Aku lalu makan nasik 1 senduk je....(gara2 sardin yang aku rasa lain dari biasa-uwekkkk).


Ni gambo bilik aku... abaikan makhluk yg tido tu.... (bilik tu kecik je so tak leh nak snap full angle)


Lepas makan semua pakat tido, bebudak lak layan astro (balik2 channel 611, 612, 613).. BORING!! Sampai satu stage tu aku ajak hubby keluar... Dah boring tahap cipan dah duk dalam apartment. Aku ingat kalau depe semua tak nak keluar aku nak turun bawah round2 kat padang golf depan apartment tu. Aku siap sound lagi takkan datang CH nak duk dalam bilik je... bosan... Bila aku dah bising2 baru la semuanya bersiap. Kat mana kitaorang gi, part 2 aku sambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...