Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 9, 2013

BULAN FESTIVAL - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah... semalam dah diisytiharkan yang esok kita akan menyambut Bulan  Ramadhan
Masih lagi diizinkan Allah untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini

Bulan Ramadhan yang datang setahun sekali ni adalah satu bulan festival untuk kita semua
Festival apa??? Bukan festival makan mahupun shopping raya
Tapi festival ibadah... kerana apa sahaja ibadah yang kita lakukan akan berkali ganda pahalanya
Rugilah kita mensia2kan waktu yang ada dalam bulan ni
Kena dimanfaatkan sepenuhnya

Azam aku tahun ni nak khatamkan Al-quran yang dah lama tertangguh
Semoga kesampaian kali ni
Tahun ni jugak masih tak berkesempatan bersama2 nak solat tarawih berjemaah di surau sebab ada anak kecik
[Tarawih kat rumah dengan anak2 je la..]
Dan diharapkan Allah izinkan aku dapat berpuasa penuh lagi tahun ni... AMIN!!!!

Adib pun dah nak start belajar puasa tahun ni..


Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada korang semua
Dan aku juga nak mohon ampun dan maaf atas segala salah silap sepanjang kita berkenalan ni
Sama2 kita tingkatkan ibadah kita, perbaiki diri dan maafkan semua orang [pesan Prof Muhaya]



ROMPERS & TIGHT UNTUK AMIRA

Aku geram tengok baby pakai rompers & tight ni
Nak2 pulak kalau baby tu jenis tembam2
Rasa nak cubit2 je....

Dah ada anak sendiri ni, haruslah mengigih nak ada juga
Anak2 yang dulu mama tak reti lagi benda2 gini
Lagipun dulu mana glamer lagi online shopping ni
Tambahan pulak mama & abah dulu bajet ciput2 je

Dah Allah bagi rezeki lebih, ada jugak le rezeki untuk anak2
So aku belikan Amira rompers & tight kat Shamreen Baby Closet
Ok la murah juga... [sila terjah sendiri la yer]
Tujuan asal cuma nak beli tight je, tapi bile tengok romper yang comel2 terjebak jugak beli
Amira bergaya dengan outfit baru..hoyeh!!!!
[Anak tak tembam pun nampak tembam pakai benda ni..hehehe]

Nanti nak try beli busha/leggng pulak..

Monday, July 8, 2013

HANYA YANG EXPERT SAHAJA

Aku adalah fail kalau nak masukkan 2 biji kereta sekaligus kat porch rumah aku. Nak2 pulak reverse parking..
Dah le porch rumah aku tu kecik so kena pandai2 ejas la
Itupun berpeluh2 aku nak ejas kasi ngam2...
Kalau salah ejas, pintu takleh buka pulak
Takpun tergeser lak dengan kereta satu lagi..
Mencabar tau!!!

Memandangkan aku bukan expert, kita serahkan je la pada yang pakar
Tak lain tak bukan suami aku la...
Dia je yang reti nak muatkan 2 biji kereta tu kat porch
Kalau harapkan aku sejam pun belum tentu lagi
Camni la keaadaan porch bila dimasukkan 2 biji kereta kitaorang.

Nampak tak kerapatan kereta ni??? Ko mampu???
Memang orang takleh celuih pun...
Kalau nak guna kereta hitam tu, kena keluarkan dulu kereta kelabu tu

So setiap kali balik keje, aku parking kat tepi rumah je kereta tu
Nanti hasben aku la yang masukkan bawah porch..hehehe

Friday, July 5, 2013

PANDUAN PEMILIHAN UBAT GIGI

Baru tadi terbaca dalam fb
tu yang nak share dengan readers semua

Selama ni aku tak pernah heran pun dengan kod2 warna kat ubat gigi ni
Sebenarnya tak perasan pun ada kod warna tu
[tetiba hari ni baru tau]


So apa rahsia kod2 warna tu??? Jom kita tengok


Sekarang ni aku pakai brand Colgate.. aiseymen...
Nampak gayanya kena la cari brand lain lak under kod hijau @ biru pasni
Korang pakai ubat gigi apa??

Masalahnya kalau gi kedai, ubat gigi tu dalam kotak kan
Cemana la gayanya kita nak tengok kod warnanya tu kan
Kena beli dulu la baru tahu, ye dak??

** Balik rumah karang cek ubat gigi masing2 yer.. Pastu komen kat bawah ye..

AKHIRNYA NUFFNANG PANDANG JUGAK AKU

Dah tengah tahun baru la nak merasa BE dari Nuffnang
Tau la blog aku ni blog tak femes cam hangpa semua
Dapat ni pun mujur la weh... alhamdulillah
[berganda lagi lak tu]


Syukur walaupun blog aku ni masih di tahap ala2 gitu..
[Hoi cik kak.. blog ko ni dah 5 tahun tahu tak????]


** Bulan June hari tu genap la blog aku ni 5 tahun....Alhamdulilah!

Thursday, July 4, 2013

BOLEH MINTAK UPAH RUPANYA

Pagi tadi buka fb terbaca la artikel ni
Suka aku....so aku share la kat sini...
[untung2 suami aku baca...hehehehe]


Boleh mintak upah dari suami rupanya...
En suami sila paham2 le makna surah ni ..


Happy breastfeeding! 


Kononnya isteri nak mintak upah dari suami
Alih2 suami pula mintak 'upah'dari isteri.. cemana tuh???