Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 6, 2013

KITCHEN KABINET FINAL REVEAL

Alhamdulillah, kabinet dapur sudah siap dipasang
Dan adalah sangat2 puas hati dengan hasilnya
Baru la semangat nak memasak [ye la sangat kan..]

Mesti korang pun dah teruja nak tengok rope dapur aku kan???
Jeng..jeng..jeng... 
Kalau nak puji sila  le puji
Kalau nak kutuk, kutuk diam2 sudah ha....
Dan ingin dimaklumkan, kualiti gambar tak elok sangat
Pakai henfon je.. itupun bila dah siap kemas sikit2...

Abaikan sepah2 tu ye.. aku main letak je
Takdan nak kemas elok2 lagi

Yang ni tall unit sepenuh dinding
Ada 5 pintu semuanya
Kat tepi peti ais tu ada satu pintu lagi
Kat area sini konon2 nak buat pantry la..

 Kabinet bukak atas... nak ada gak..

Aksesori yang aku add
[kecuali utensil tray tu je dapat free]

Kat bawah dapur ni dia bagi rak bentuk L kat sebelah tong gas tu
Ok la kan daripada membazir ruang tu
Ada shelf ni bolah gak boh periuk & kuali
[lesung batu & batu tungku pun aku sumbat dalam tu]

 Nak kasi dramatik, aku suh deme letak lampu kat bawah kabinet ni

 Ini le mudroom aku
Tak kemas lagi
Senang nak gantung jaket, tudung, kardigan
Henbeg, kunci, beg susu  pun aku parking kat sini bila balik dari keje


Semangat nak mengemas dapur, kami laki bini tidur pukul 4pagi.. Ngantuk gile  kat opis dibuatnya... Itu pun tak habis kemas lagi. Malam ni lak sambung..


Wednesday, June 5, 2013

MUD ROOM

Masa aku buat design untuk kitchen kabinet kan aku ada buat satu kabinet betul2 sebelah dengan pintu dapur . Kat situ cadangnya aku nak buat mud room la.

Ada yang tanya mud room tu apa? 
Mud room tu sebenarnya banyak terpakai kat rumah omputih je
Ala, tempat untuk gantung2 coat, letak kasut & beg sebelum masuk dalam rumah
Ala... aku pun nak bajet cam omputih gak
Lagipun pintu dapur aku tu la sekarang jadi pintu masuk utama rumah aku
Pintu sliding kat ruang tamu tu kadang2 je aku guna....
Orang keluar masuk rumah aku pun selalu guna ikut pintu belakang..hehehe

Ni adalah contoh2 mudroom




Ada banyak lagi design mudroom yang cantik2
Korang google la sendiri..

Macam aku punya mud room ni, kecik je sebab aku nak utilize space tu
Laki aku suruh buat pintu, tapi kalau letak pintu dah macam wardrobe lak jadinya
So biar la open camtu... tapi kena susun cantik2 la kan.. idak le sakit mata memandang nanti..kui..kui..


Pastu aku kena buat jenis hanging sebab kadang2 kat bawah tu selalu leaking kalau hujan lebat.. Nanti ingat nak buh bakul/bekas plastik kat bawah tu..



Tuesday, June 4, 2013

KEMAS KEMAS KEMAS

Disebabkan KC dah nak pasang, so kena la keluarkan segala perkakas2 dalam dapur kan
Nasib baik la ada stor yang baru buat tu.. boleh la sumbat sebahagian dalam tu
Hujung minggu lepas, ini la projeknya...
Mengosongkan dapur sedikit demi sedikit
Dapur aku ni takde la besar mana pun tapi barang punya la banyak..

Ini le rope dapur aku yang berselerak...[buruknya...]

Penyumbang kepada penyempitan & kesemakan dapur..

Barang2 tu semua telah dialihkan sebahagian ke ruang meja makan kat bahagian tengah rumah  [sila abaikan mamat enteprem ni]

dan jugak dalam stor yang baru....

Sekarang.....
Tinggal dapur je [baru la nampak luas dapur aku]
Anak2 suka la main aci kejar kat sini.. siap bergema2 suara
Dah 2 hari gantung kuali & periuk belanga bagai...
Makan minum main beli kat kedai Cik Ana belakang rumah @ rumah Cik Besah je
Takat bancuh2 air buat la kat depan

Peti ais tu aku cuma tolak ke depan mesin basuh sebab aku nak pakai plug
Kang tak pasal2 rosak lak stok susu aku dalam tu
Lagipun kat ruang tu takde nak pasang kabinet pun.

Semangat nak buat transformasi dapur, laki aku suh beli hud ni
Walhal aku tak biasa pakai pun benda alah ni
Sure jadi gajah putih je menatang ni... buat eksyen je
Hud ni orang kabinet akan pasangkan nanti

Tomorrow dapurku akan bertukar wajah menjadi seperti ini...

Lenguh pulak badan aku lepas kemas2 ni
Malam minggu tu aku berurut dengan akak yang urut aku masa bersalin hari tu
Sakit giler..... katanya badan aku ni dah banyak angin
Alignment pun dah lari sikit.. bila nak betulkan punya la sakit [sampai hari ni rasa sakitnya tu].. Rasa cam dalam pantang pulak!



KITCHEN CABINET : MY BIGGEST CONCERN

Masa orang WIRA KITCHEN datang ambil ukuran dapur kat rumah aku
aku ada mention kat dia yang ada saluran air aircond kat dinding dapur
dah le kat dinding yang nak buat tall unit tu
 Nampak tak saluran aircond tu???


Buat masa ni air aircond ni ditadah menggunakan botol ni
Tapi kalau lama buka aircond, memang kena tadah pakai baldi ko...
Thats why kitaorang jarang pakai aircond ni
Dah tu memang takde altenatif nak buat saluran tu ke luar melainkan kena buat saluran lain kot
Suggestion orang KC tu katanya memang kena tebuk kabinet la untuk ruang air keluar ni & buat space untuk letak baldi dalam kabinet tu... Sabo je la...

Another concern aku ialah tempat sidai tuala
Buat masa ni, rak tuala ni la yang kami guna untuk sidai tuala & kain telekung
Kan aku plan nak buat ala2 mudroom kat sini
Kalau buat mudroom kat mana pulak nak sidai tuala kan???
Kalau toilet ada kat tingkat atas, memang sah2 aku suh semua sidai tuala kat bilik masing2
Tapi kalau tak buat mudroom, cam aku tak utilize ruang2 yang ada ni pulak...
Haiyo... cemana ek???? Idea please....

Monday, June 3, 2013

PROJEK MEGA 2013 # 2 : KITCHEN CABINET

Yo! Yo! Yo!
Akhirnya... impian aku membuat kitchen cabinet [KC] terlaksana juga
Ye la kan.. sebelum ni asyik berangan je
Akhirnya jadi nyata juga

Memula plan nak buat benda lain [rahsia]
Tapi last2 tak jadi so aku cadangkan kat laki aku buat KC je la
Dan..... dia setuju juga untuk pergi sevey KC

Aku ni kalau berangan memang la nakkan KC yang cun melecun cam dalam majalah tu
Tapi nak buat caner... ada gak bajet constrain.. kena jimat2 gak le
Tak kisah le tu.. janji ada kC.. yey..yey..

Kami tak servey jauh2 pun.. cuma ke Rawang je
Dan tak banyak kedai pun kami pegi.. letih la 
Last2 kami decide buat dengan WIRA KITCHEN je
[tu yang paling murah & menepati bajet kami]

Mula2 dapatkan quotation dulu, [kena tau la keluasan dapur korang tu dulu]
pastu bayar 10%, baru la orang akan datang ukur kat rumah
Pastu baru dia sketch gambar 3D [aku suh dia email je kat aku]
Kalau tak puas hati, boleh la oter mana2  sampai puas hati
Kalau dah puas hati, baru la dia proceed & kena bayar part payment

Ini la gambar 3D untuk KC aku
 Pandangan dari atas


Semua kabinet ni aku buat full height sampai siling
Dan juga full satu dinding dengan tall unit 
[jangan ingat wardrobe pulak]

Nampak tak satu kabinet tu dia letak cermin kan
So aku cakap aku takmo cermin walaupun dia bagi frosted glass
Sebabnya, aku ni tak suka nampak benda2 dalam kabinet tu
Aku ni pulak bukannya reti mengemas lawa2 dalam kabinet tu
So aku suh dia oter & aku mintak satu kabinet yang pintu tolak atas tu

Design yang telah dimodified...
Aku tak ambik banyak accessories pun
Accessories KC ni yang buat mahal kan
Aku cuma ambik dishrack & 2 pull out basket

Pastu gedik2 suh orang tu design sekali untuk buat island

Cun jugak ek ada island ni
TAPI.......
Bila fikir2 balik, kalau aku buat island, aku terpaksa korbankan meja makan yang sedia ada
Dah le tu kitaorang memang suka makan kat dapur je
Malas nak kecah2 kat formal dining table tu
Even island tu boleh berfungsi cam meja makan, tapi dia punya kemesraan tu tak sama cam bila ada meja makan kan.. 
So hasben aku cakap tak payah la buat island tu
[ok gak tu kan.... kurang lagi la bajet buat KC]

Oh ye.. ni kat sebelah pintu dapur aku
Aku buat satu cabinet kat sini supaya senang nak gantung baju/jaket/ tudung dsb
Konon nak buat mudroom gitu..

Overall dah konfem la dengan orang tu design cenggini
Kaler kabinet bukan le cam dalam gambar ni
Aku pilih kaler lain... Rabu ni diaorang datang pasang.... tak sabarnya!!!
Apalah hasilnya ye.. harap2 idak le mengecewakan aku..


** Bab mintak quotation & design tu dibuat 2 minggu lepas. Part payment dah bayar seminggu sebelum KC dipasang. Masa buat part payment tu la pilih kaler untuk KC.

STOR UPDATE : PARA

Hari ke-9 baru la stor ni betul2 siap
Aku siap mintak kontraktr tu buatkan para dalam stor tu
Senang aku nak menyusun barang2 dalam tu
Baru la nampak kemas sikit ye dak??

Gara2 nak membuat para ni pun ada cerita gak
Bajet buat para ni tak termasuk dalam bajet buat stor ni pun
So memang kena top up la sikit kan...
Ada ke kontraktor tu mintak RM200 untuk buat para bodo cam ni???
Mahal giler kan??? Terus aku cakap kat dia "Mahal tu bang... bukannya saya nak para cantik2 pun"
Last2 aku cakap RM100 boleh la.. 
[kalau ikutkan kalau buat sendiri tak sampai pun harga camtu kan??]
Tapi nak buat cemana, laki bini masing2 keras tangan.. kena gak le suh orang yang buatkan..

Gambar selepas masukkan barang, lupa nak tangkap
Nanti aku apdet la [kalau aku ingat]
Dah tua2 ni asyik lupaaaaaaaaaaaa je..


** Gara2 buat stor ni la aku tak dapat balik Ipoh cuti Wesak tempohari.. Tak dapat nak kumpul ramai2 adik beradik.. tunggu raya la pulak kot!