Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 8, 2012

TALKING TOM

Sapa ada gajet Android, korang ada tak donload game Talking Tom ni?
Bebaru ni anak2 aku ada donlod game ni dalam tab cap ayam depa tu
Kelakar la game ni... sebabnya kucing tu akan folo balik apa yang kita cakap
[Patut la waktu anak aku main, aku terdengar ada sore budak lain]


Friday, October 5, 2012

PASRAH! BABY AKU MEMANG BERISIKO DAPAT JAUNDICE

Masa aku pi check up hari tu, aku kena dengar ceramah penyusuan susu ibu
Tak kisah la tu.. walopun dah ada experience, tapi ilmu tu kena la sentiasa dipolish kan
Al-maklum la dah tua... lagipun urat dah banyak putus [dah 2x beranak kan...]
Tu tak masuk lagi yang termakan semut ..hehehehe

Aku tak tahu la sebelum ni aku pernah dengar ke atau aku yang terlupa
[atau sebenarnya aku yang buat2 tak dengar masa misi dok bagi ceramah dulu]
Dah nak masuk anak ketiga baru aku tahu kenyataan ini..Teruk kan??
Nurse tu kata 
kalau ibu darah O memang risiko tinggi untuk baby kena jaundice a.k.a demam kuning
Yes.. aku memang berdarah O +ve dan dua2 anak aku memang ada jaundice
Selama ni aku mengandaikan semua baby yang baru lahir mesti kena kuning
Cuma antara kuat dengan tak je la

Aleeya dulu memang kuat kuning sampai kena duduk bawah lampu
Kesian la sebab everyday kena ambik darah kat tapak kaki
Camni la rupa Yaya masa kena duk bawah lampu.. kesian ooo
-gambar uncle google ni-

Adib pulak sikit je kuningnya... masa bawak balik rumah, pagi2 jemur jap bawah matahari
Pastu ok la...

Melalui blog2 yang aku baca katanya kalau tak nak bagi baby kena jaundice, elakkan makan fastfood masa pregnant. Ye la.. fastfood pun bukannya baik sangat untuk kesihatan kan.. Dan diakui masa aku mengandungkan Aleeya dulu, memang aku selalu makan fastfood & ternyata jaundice dia memang kuat la. Masa Adib dulu, aku not so pampered dengan fastfood ni. Maklum la.. hidup di KL , kena jimat cermat. Nak2 pulak masa tu gaji kami laki bini bukan banyak mana pun. Lagipun duduk ulu banat kan.. mana la nak jumpa KFC, Pizza, McD dsb.. So memang jarang la nak dapat makan fastfood. Alhamdulillah Adib kena jaundice yang rendah je.. Tak tahu la benda ni memang ada kaitannya @ cuma kebetulan je.

Lagi satu melalui pembacaan aku, kalau anak kena jaundice, kena kerap susukan dia dengan susu ibu. Bukan dengan susu formula, air masak, mahupun susu kambing. Sebabnya lagi kerap baby berak, lagi cepat la kuning tu keluar dari badan. Kalau yang biasa susukan baby dengan susu ibu, kan everytime lepas dia nyusu dia akan berak kan??? Normal la tu.. [So takyah membazir pakai pampers mahal2 lagi masa ni]

Korang ada tak tips2 nak elakkan anak kena jaundice?? Meh share dengan aku kat sini..Thanks!




IBU - WAJAH TERINDAH

Dah lama aku tak berpeluang tengok forum perdana kat TV1
Sebabnya kat rumah aku channel TV1 memang tersangat la hazab.. jangankan gambar, suara pun tak dapat
Almaklum la orang takda ASTRO 

Alhamdulillah, ada teknologi berukband sekarang ni membolehkan kita tengok siaran2 ulangan
especially kat youtube
Sedih pulak aku tengok forum yang satu ni
Tersentuh hati tau... siap dengan panel2 semua sebak & bergenang air mata
Share la dengan korang  pepagi Jumaat ni kan..


Thursday, October 4, 2012

NAK YANG SEDAP AJE

Semalam sementara hubby aku OT, aku sempat la singgah GIANT Batu Caves
Nak beli beberapa barang dapur yang tak sempat nak beli kat Econsave haritu
Salah satunya syampu anak2 yang dah habis
[Kat econsave tu tak jumpa pulak brand yang aku selalu beli tu]

Bila dah selesai shopping, tengok jam masih awal lagi
So jalan2 la kat kedai2 yang ada kat luar tu
Dengan tak semena2 tersinggah kat Secret Recipe
[terrrrrrr la sangat padahal memang nak pegi pun]
Rasa cam dah lama tak pekena kek Secret Recipe
Oh.. nafsu makan aku mencanak2 lak masa ni
Akhirnya terbeli jugak satu slice...
 Ce teka aku beli kek apa??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*

*
Chocolate Indulgence la menjadi idaman tekakku....

SEMAKIN EFISYEN

Entry tanpa motip... layan je la yer
Ni masa aku gi cek up kat Klinik Desa Batang Kali hari Selasa lepas
Abaikan je la keling 2 orang tu
Aku cuma nak kabo, jam belum pun pukul 8pg tapi nombor dah start running
Aku pegi kul 7.45pg, ambil no [dapat no 5]
Pastu timbang berat & tekanan darah [berat dah naik 1.3kg]
Pukul 8.05 dah siap urusan di makmal tu
[cek darah & air kencing ---> Hemoglobin jatuh merudum berbanding bulan lepas]
Pukul 8.45pg dah siap & boleh balik
Kalau ikutkan dah boleh siap pukul 8.30pg tu tapi sebab kena dengar ceramah penyusuan susu ibu
Tu yang lewat 15 minit...

** Kalau efisyen cenggini, tak jadi la nak tukar tempat cek up ke Klinik Desa Genting Malek kat Sungai Masin tu..

JANGAN SAMPAI KITA TERLUPA


Peringatan untuk diri sendiri..