Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 3, 2012

BABY BLUES - WEEK 16

Alhamdulillah.. sudah complete 16 minggu kandungan aku
Kejap je dah nak masuk 4 bulan
So far pergerakan baby tak rasa lagi
Cuma ada geli² kat tummy kadang²... tak tau la itu baby @ angin dalam perut


WW 2012 #40

Pemberian ibu mertua..

Tuesday, October 2, 2012

PILIH LEMBU

Sekarang dah masuk bulan Oktober uols..
Seperti yang sedia maklum hujung bulan ni kita akan menyambut Raya Korban
[Cuti 3 hari tu....]

Sempena raya haji kali ni, abang ipar aku bercadang nak buat korban
3 bahagian dia sedekahkan pada aku & anak2
[Alhamdulillah.. abang ipar aku ni tang bab sedekah jariah memang la dia suka sangat]
Hasben aku dah ambil bahagian korban tahun lepas
Tu yang dia pas bahagian tu kat aku...hehehehe

Petang Ahad lepas, kami semua anak beranak pi la pilih lembu untuk korban
Kalau ikutkan aku malas nak pegi, tapi dah Cik Besah beria2 ajak, so folo je la
Kami pi booking lembu kat Selayang je
[tempat ni dah memang selalu sangat kami booking lembu untuk korban & akikah]

 Posing dulu la dengan background lembu

Lembu ada banyak la jugak tapi banyaknya dah dibooking dek orang
Ingatkan kami dah awal, rupanya ada lagi yang lagi awal
Antara lembu2 yang ada tapi dah dibooking


Dalam banyak2 tu inilah yang jadi pilihan
Aku ni tak reti sangat tengok lembu yang mana ok, yang mana tak ok
Aku ikut je la mana2 yang deme pilih..

Close-up sikit lembu pilihan.. 


 Anak buah aku pun tak nak lepaskan peluang bergambar dengan lembu secara jarak jauh...
Busuk katanya.. 

Sudah pilih, sekarang masa untuk menanda...

Brader tu tanda dengan tali biru ni dulu sebelum dia spray tanda kat badan @ kepala lembu tu.

** Korang buat korban ke tahun ni?

Monday, October 1, 2012

STOK IBU MENGKANDUNG

Untuk kesihatan ibu mengandung & anak yang dikandung
Serta anak2 kandung yang lain
Termasuk la bapa kandung

** Stok buah untuk minggu ini..

AKTIVITI HUJUNG BULAN

Memandangkan dah gaji, so aktiviti wajib setiap bulan ialah
BELI BARANG DAPUR...
Dan memandangkan pasaraya yang selalu aku shopping tu dah terbakar
[Pasaraya YST la tu]
So aku terpaksa la beli barang kat Econsave
Tak suka la beli barang dapur kat situ [dan semua hypermarket spt TESCO & GIANT]
Sebabnya susah nak beli barang sebab terlalu banyak pilihan
Dan lagi satu akan banyak membuang masa sebab tempatnya luas sangat sampai tak larat nak jalan
And lagi satu waktu nak membayar tu, punya la barisan panjang berjela
Tak suka..tak suka... [bila la YST nak back to business??]

Ni la antara barang dapur yang dah dibeli
Adib masih belum diaperless... WAJIB beli la pampers setiap bulan
Hopefully Adib dah tak pakai pampers before "adik" dia keluar tahun depan.


Wajah2 seronok dapat gi shopping..
Mama upah lolipop sorang 2..hehehehe

LEPAS MENGIDAM

Alhamdulillah.... sebelum masuk bulan baru, tercapai semua yang diidam
Terima kasih hasben sebab setia memenuhi permintaan isteri

Alkisahnya, aku dah lama mengidam nak makan murtabak kat pasar Batang Kali
Sedap sangat ke yang sampai mengidam tu???
He..he..he... kalau ikutkan idak le sedap sangat
Tapi kalau dah mengidam tu, yang tak sedap pun jadi sedap kan
Sejak lepas bulan pose aku teringin beno nak makan
Tapi malangnya asal aku pegi pasar, pakcik tu tak meniaga
Ahad pulak laki aku duk sebok mengayuh basikal...

Akhirnya semalam, dapat juga permintaan aku dipenuhi
Sebabnya semalam hasben takde acara kayuh mengayuh
Aku suh dia pegi pasar cari murtabak
Siap tambah satu lagi request nak putu mayam..hahahaha

See.... tercapai sudah apa yang diidamkan di bulan September.. muahahahahah

Bulan ni nak mengidam apa pulak ek???