Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 7, 2015

KEJUTAN

Ekceli ni cerita semalam
Bangun sahur pagi semalam benda first yang aku cari ialah spek mata
Orang2 rabun macam aku ni spek mata tu memang dah jadi bff la kan

Raba atas meja takde
Raba tepi bantal takde
Raba atas tilam takde
Bangun gi cari kat kabinet, dapur & bilik air... pun takde
Tak puas hati aku raba pulak kat sebelah Amira
Jumpa TANGKAI spek je
Dah agak dah spek aku mesti patah dah ni


Cari lagi di kawasan sekitarnya
Akhirnya spek ada terperosok bawah sofa
Udah mata tak nampak
Nak tak nak pakai juga le spek patah tu..

Settle la bab sahur2 dulu, baru aku fikir pasal spek
Kat opis baru sempat ambik gambar spek
Ini dah kali ke berapa tah spek aku patah
Hai la anak.... mak redho je le

Memang kalau ikutkan pun disebabkan kecuaian aku gak
Malam sebelum tu memang anak2 aku tido lewat
Aku pulak dah terlelap tanpa buka spek dulu
Sebab aku dah terlelap tu, syok la si Amira  kepakkan spek aku tu
Akhirnya camtu la jadinya

Ingatkan skru je yang dah hilang,so boleh je pi kedai kasi repair sikit kan
Tapi ni tempat letak skru tu pun dah patah sekali
Memang kebarangkalian kena buat spek baru  amat tinggi sekali
DUIT lagiiiiii.... 




Tak sempat lagi nak ke kedai spek untuk buat spek baru
Tunggu la hujung minggu ni Insya-Allah.


1 comment:

Lynn Hamzah said...

aduhai...sabarlah kak...dugaan ramadhan...