Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 5, 2012

WW 2012 #36

Sudah buka buku pink semalam
[Yang atas tu buku lama, yang bawah tu buku baru]

** Later aku citer pasal check up semalam

Monday, September 3, 2012

BROWN & CREAMY

Sudah cuba Nescafe baru ni? 
Yang iklan ada Afdlin Shauki tu ler....
Aku baru je try masa beli barang dapur bebaru ni
Sebelum ni asyik beli Nescafe yang pek kaler merah tu
[aku jarang dah minum 3-in-1, tapi beli untuk stok laki aku je]

Dah alang2 ada kat rumah, aku pun try la minum sepeket
Lagipun adik aku pernah tulis kat blog dia pasal nescafe ni
katanya sedap.. tu yang teruja aku nak try tu
TAPI.... memang sedap pun!!!

SUKAN PASTI 2012

Hari Merdeka baru ni, tadika Adib buat sukan tahunan
Ok la tu, buat waktu hari cuti, senang mak bapak nak hadir
Kali ni sukan tak buat kat dewan cam sebelum2 ni
tapi buat dekat padang yang dekat dengan rumah aku
dekat je la.. jalan kaki pun boleh.

Adib rumah kuning..

Biasa la mula2 sure kena masuk perbarisan dulu
Disebabkan hari tu hari Merdeka, dapat la deme bendera sorang satu
sebabnya lepas tu ada perarakan hari merdeka

 Siap sedia untuk  mulakan perarakan mengeliling padang & kawasan sekitar

 Nampak tak si Adib?? [Yang tak pakai kopiah tu la]

Lepas habis berarak, masuk balik padang untuk acara ikrar, doa & nyanyi lagu Negaraku 
Tak dan nak tangkap gambar sebab ramai sangat mak pak yang kerumun kat tepi padang
Tapi sempat la tengok Adib tu.. masa bada doa & ikrar tu bukannya dia dengar pun
tapi dok sebok bersembang dengan kawan dia.

Acara Adib yang first sekali --tarik bola dengan gelung
 Shoot terbaik yang aku dapat...
Pasukan Adib dapat no 2.

Sementara tunggu acara sukan habis, Adib tengok la dari tepi padang...

Dalam kul 11.30pg tu sukan pun habis
Ada la upacara penyampaian hadiah... Adib dapat la hadiah alatulis
Suka sangat la dia...
Patutnya lepas habis acara tu semua ada jamuan hari raya
tapi aku malas nak pegi dah.. baik aku balik rumah makan nasi
perut pun dah lapo sebab pagi tu cuma minum air  & makan sekeping roti je..

BAKO HANTU DI MALAM MERDEKA

Malam menjelang merdeka [Khamis lepas la tu]
Cam biasa la  aku pi ambik laki aku OT
Bila sampai kat depan kilang tu, aku nampak cam ada kontena terbakar
Siap ada lilin dipasang sepanjang jalan tu
Ingatkan ada orang tunjukkan perasaan ke apa

Sementara tunggu laki aku kuar, aku snap la sekeping dua gambar
tapi al maklom la.. kamera cap ayam tak setaraf dslr aku ni
tak seswai nak tangkap gambar pegun malam2 ni
so kome layan je la gambar blur aku ni
[harap2 kome faham la apa yang aku cakap kontena terbako tu] 
Nampak tak lilin2 di sepanjang pagar kilang tu??

Tu la kontena yang terbako tu.. tak le besar sangat.. tapi memang betul2 kat pintu masuk kilang

Lepas hasben aku sampai, aku tanya la kenapa ada bakar2 tu
Bakar sampah ke apa? Tapi kenapa buat kat main entrance kan??
Pastu kata laki aku, hari ni ada upacara halau hantu 
[ikut kepercayaan kaum cina la kan]
Kilang tempat laki aku keje tu kan ke tokeynya orang cina..
Lor... aku ingatkan ada orang tunjuk perasaan sampai nak bakar kilang ke apa..heheheheh

Pastu sepanjang jalan tu rupanya memang ramai yang buat upacara bako membako ni
Sepanjang jalan segambut tu kan ke banyak kilang & bengkel orang cina
Habis terbako la kot semua hantu2 malam merdeka tempohari...hehehehe




Thursday, August 30, 2012

I AM SO BEWITHCHED

Tak tau la korang pernah tengok citer ni ke tak
Kalau movie tu maybe la korang pernah tengok 
[yang Nicole Kidman berlakon tu]

Citer ni aku layan masa aku memula mengandung Yaya dulu
[dulu duduk kat rumah mak aku , senang la nak layan ASTRO]
Sejak dah duduk rumah sendiri ni dah tak layan dah
Kalau teringin nak tengok, aku tengok kat youtube je
Best tau citer ni..

Citer ni citer pasal Samantha yang merupakan seorang witch tapi kahwin dengan manusia biasa. Cute sangat bila dia goyang2 mulut dia tu. Citer ni start dari memula dia kawin sampai la dia beranak pinak. Tapi start dari season 3 kot, watak Darrin [suami dia] dah tukar dengan orang lain, so cam tak best sikit.  

Suka dengan Samantha sebab dia  lawa sangat. Mak dia si Endora tu pun best gak [walopun mekapnya dahsyat beno tang mata tu]. Tapi bukan nak kata la, orang zaman 60-an ni ramai yang cantik2 kan..Ala2 natural beauty. Nampak feminin gitu! Zaman la ni je ramai yang 'plastik' kan??

KELAUT

Hari ni takde mood nak buat entry
Perut tak sedap dari pagi tadi
Nak kata salah makan, pagi tadi minum Nescafe cicah biskut kering ke

Bila perut tak sedap ni serba serbi rasa tak kena kan???