Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 13, 2016

S.E.P.I

Mood sedih la
Nak2 pulak kalau dengar lagu2 rock kapak
sebab lagu2 tu banyak arwah suka nyanyi
Kalau dengar kat radio mula la aku tacing

Tadi baru dengar cakap Dr Fadilah Kamsah kat radio
Hanya masa yang akan mengubati kesedihan ini
Aku pun tak tau berapa lama masa akan aku ambil untuk membiasakan diri
dengan situasi ni..





Berulang kali ku mencuba
Memujuk hati lupakan semua kenangan
Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau tiada di sisi

Ku berpegang pada janji
Tercipta antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah begini

Ku belayar di lautan tidak bertepian
Sesekali disedarkan ombak yang mendatang
Aku seperti hilang punca arah dan tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu



Tuesday, July 12, 2016

GARA² RAYA

Kalau time raya2 ni takde benda baru taksah kan
Time2 ni la semua pun nak melingkup
Macam2 hal..

Tahun ni memang takde apa2 yang bertukar pun
Langsir pun aku tak basuh [hahahaha.. pecah rahsia]
Tapi ada juga benda2 yang terpaksa ditukar baru

Tudung saji lama udah pecah
terkena kipas siling..
ate udah diangkat tinggi sangat sampai terkena kipas yang tengah ligat berpusing
mau tak pecah tudung saji tu
[ok la tudung saji yang rosak, dari kipas aku tu yang rosak... nangis nak ganti tu...huhuhu]


Ampai kain pun mintak baru juga
Sebabnya yang lama tu memang dah tahap wajib tukar
kebetulan adik aku nak menyidai kain petang tu
udah terus menyembah tanah 
penyebab je tu nak suruh aku beli baru kan...hahaha

Dari arwah suami aku ada lagi udah pernah rebah 2-3 kali
dah memang mereput pun
Memang cadang nak tuko tapi peel aku ni selagi boleh pakai, aku guna je
siap guna cable tight nak ikat palang2 besi tu
Nak jimat sangat kekdahnya
Last2 memang kena tukar jugak le
Tak dibeli  cemana pulak nak sidai kain kan
Nasib la ada kedai cina yang bukak time2 raya ni..





Monday, July 11, 2016

CERITA RAYA 2016

Masing2 dah pulun up cerita raya kat blog masing2 kan
Aku pun taknak ketinggalan la
Peram lama2 nanti dah  takde mood nak cerita pulak

Raya tahun ni, raya dalam kesedihan
Tak macam tahun2 sebelumnya
Yang simple2 sahaja untuk keluarga kecil kami
9 tahun dulu pun raya dalam kesedihan juga selepas kehilangan arwah nenek yang dikasihi
Tapi masa tu tak terasa sangat la.. sebab masih dikelilingi suami, anak & ibu bapa
Tapi kali ni paling terasa sebab yang kehilangan tu seorang yang bergelar suami
Yang kenal kita luar & dalam 
[yang even mak ayah sendiri  pun tak kenal kita macam mana dia kenal kita kan]

Taknak la cerita sedih2 ni 
Tengok je la gambar2 raya kitaorang yang tak seberapa ni
Tahun ni aku tak balik Ipoh pun
Adik bongsu aku pun beraya di rumah aku sebab dia terlepas tiket keretapi
Sian ko... takpe la..merasa la ko tak beraya dengan mak abah di hari pertama kan...

Makanya raya pertama kali cam biasa la dimulakan dengan aktiviti makan
lepas tu salam jemaah...
Pastu ada la tangkap2 gambar
Sayangnya tahun ni tak cukup korum nak bergambar 
sebabnya si Adib ada kat rumah opahnya masa kami bergambar tu
Dia balik rumah takat salin baju raya je pastu pi balik rumah opahnya...

Nak tangkap gambar pun payah dengan budak2 ni
Si Jasmin bukannya nak duduk kat sofa
Dia nak duduk beriba kat aku...
Pastu banyak gambar tak jadi.. salah satunya cam gambar ni
Dan cun2 duduk, mata kami tertengok tv pulak
[dah le citer hantu kat tv masa tu]

Akhirnya, dapat jugak gambar senonoh sikit
Tukang tangkap gambarnya adik aku le...


Pastu salam2 mintak maaf
Plus bagi duit raya la kat budak2...


Jenuh suruh si Mira ni salam
Si Jasmin usah cerita.. tu asyik berkepit kat tepi aku je


Lepas salam2 tu, baru la kami pi rumah Cik Besah
Beraya rumah Opah pulak
Pun suasana kat sana hambar je...
Terutama mak & bapak mertua aku tu... tacing la bila teringat kat arwah
Kebiasaannya dia la yang buat kecoh rumah tu time raya
Suka  beno dia menyakat anak2 sedara dia

Kat rumah Cik Besah baru la dapat tangkap gambar dengan Adib
Sorang ni je la pun anak lelaki harapan...

Lepas makan2 kat sana, diaorang pegi kubur
Aku tak pergi pun pagi tu
Malas nak bersedih2 awal2 pagi tu.. nanti2 la aku pegi
Amira ngan Jasmin pun ikut opahnya ke kubur

Lepas diaorang balik dari kubur, aku ngan anak2 pun balik rumah
Masa tu dah Zohor dah pun
Nak beraya rumah jiran2 lain pun ramai yang balik kampung
So kami pun balik tidur je la...hahahahaha

Si kenit ni, balik rumah terus aku sumbat dalam buai
Upah susu sebotol, pastu terus lelap
Letih beraya ke rumah baru abah ye dik???



Esoknya baru la mak aku datang, adik aku yang kat Klang tu pun datang
Lusanya pulak baru la adik2 aku yang dari Kedah & Johor pun datang
Memang penuh rumah aku tu..dah macam rumah gelandangan
Meriah juga ramai2 tu
TAPI....
Hati aku masih rasa kosong....jauh di sudut hati aku
Makin ramai orang, makin aku teringatkan arwah
Aku rindukan dia...








Tuesday, July 5, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum semua
Rasanya ramai yang dah dalam mood raya kan
Ada yang dah balik kampung ye dak?
Aku je yang masih setia bekerja...

Kepada semua pembaca blog ni
Aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
DAN MAAF ZAHIR BATIN
andai ada terkasar bahasa & terguris perasaan korang2 semua
selama aku berblogging ni...



Tahun ni sambutan raya aku paling simple
sebab takde mood nak raya
dah takde tangan suami nak disalam & dicium
dan dah takde peha suami untuk meriba aku seusai bersalaman
dan takde pipi suami untuk ku kucup
[tacing la aku...hei.. kenangan sungguh!]
Hanya tinggal tangan mak abah & mertua sahaja untuk ku salam & kucup di hari raya..
SEDIH!


** Untuk yang balik kampung @ berziarah di hari raya nanti, berhati2 di jalan raya ye.. Semoga Allah lindungi kita semua.. Aminn.

Monday, July 4, 2016

CUCI MOTOR

Weekend baru  ni mesti ramai yang sibuk dengan preparation raya kan?
Aku pun sibuk juga... sibuk menyibukkan diri
Ekceli takde mood nak raya tapi buat juga la persiapan ala kadar
Janji ado gitu..

Rumah kemas gitu2 je pun
Takde la nak tuko langsir, tukar kusyen bagai
Nak basuh pun malas sebenarnya....hahahah
Frame gambar yang dicabut masa hari arwah meninggal pun
aku tak gantung lagi
Memang togel je rumah aku
So kalau sesapa datang beraya nanti, ngumpat aku dalam hati je la ye.

Malas nak kemas rumah, aku kemas stor je
Mana2 barang yang dah memang tak pakai, memang nak buang je
Lepas buang2 khazanah semua, baru la nampak lapang stor aku tu

Pastu mood rajin datang juga nak cuci motor arwah
dah naik berdebu duduk dalam stor tu
Dulu arwah rajin basuh motor/kereta/basikal dia
Sayu pulak tengok motor tu dibiar gitu je
So aku & Adib basuh le motor arwah.. kasi cun2 macam tuan dia selalu jaga dulu


Malam tu , Allah izinkan aku bertemu dengan arwah [dalam mimpi je]
Aku ingat dia cakap "Lama tak jumpa"
Pastu dia cium pipi aku, macam dia selalu buat dulu
Terus aku tersedar dari tidur
Allah!
SAYA RINDU AWAKKKKKK
[Al-Fatihah untuk abang]


Thursday, June 30, 2016

DALAM EDDAH 4 BULAN 10 HARI

Penat nak jawab soalan tak Ipoh ke raya ni?
Tak balik kampung ke raya ni?
Tak join ke program ini?

Well sini aku nak bagitau
AKU DALAM EDDAH LA WEI!!!!!
4 BULAN 10 HARI KENA KUARANTIN
hehehehe

Buat yang tak tahu
eddah untuk wanita yang kematian suami
ialah 4 bulan 10 hari
Eddah ni kiranya dalam pantang la... merangkap berkabung sekali la
Makanya ada la pantang larangnya..



Antara pantang 2 dalam eddah kematian suami ni ialah:

1.TIDAK BOLEH DIPINANG @ BERTUNANG SECARA TERANG2AN

2. TIDAK BOLEH BERKAHWIN

3. TIDAK BOLEH BERHIAS & BERWANGI WANGIAN PADA BADAN & PAKAIAN [WALAUPUN KETIKA BERADA DI RUMAH]
    - tak boleh pakai barang kemas [cincin, gelang, rantai]
    - tak boleh pakai perfume @ apa2 yang berbau wangi yang keterlaluan
       [cukup sekadar untuk menghilangkan bau badan]
    - tak boleh bersolek [gincu, bedak, foundation, celak, eyeliner semua tak boleh]
    - tak boleh pakai baju yang terang & menarik perhatian [bling2, labuci,
      manik2 semua tak boleh]
    - tak boleh menampakkan seperti bergaya [pakai tudung pun tak boleh nak
      over2 lilit]
     
4. TIDAK BOLEH TIDUR DI RUMAH LAIN @ MENINGGALKAN RUMAH SUAMI
    - tak boleh bermusafir  tanpa sebab darurat [balik kampung tak boleh, vacation tak
      boleh, gi ronda shopping mall tak boleh, gi pasar malam tak boleh, haji & umrah 
      pun tak boleh]
   - Tak boleh tidur tempat lain melainkan ada darurat seperti banjir, tanah runtuh, 
      kebakaran 

5.TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH TANPA KEPERLUAN
    - tak boleh gi ziarah2, tak boleh gi ronda2 shopping mall, tak boleh gi kenduri
      kahwin, tak boleh gi lepak, tak boleh gi beraya, gathering, reunion & 
      sebagainya.
    - hanya boleh keluar rumah untuk bekerja, beli barang keperluan, urusan sekolah 
      anak2, pergi klinik & urusan2 penting sahaja. Selain dari itu adalah HARAM...
   - Ziarah kubur arwah suami juga ada ulama kata boleh, ada yang kata makruh. 



Poin 1 & 2 aku malas nak ulas panjang. Dari poin 3 sampai 5 je aku nak hurai setakat pemahaman aku la.. Itupun ada yang aku dah terlanggar.. Semoga Allah ampunkan aku. Aku pun baru tahu bila aku google pasal benda ni.

Aku masih pakai barang kemas, so balik ni kena bukak la semua, Aku ada pakai perfume kat rumah & gi keje.. rupanya larangan tu termasuk bila berada di rumah.huhuhu.. Losen2 bagai tu kena simpan dulu la sampai habis edah.. Gi kerja pun ada gak aku bersolek, so esok kena biar muka natural beauty je la.. Pakai bedak baby je la jawabnya tak nak bagi nampak pucat sangat.

Pasal keluar rumah & tak balik kampung untuk raya tu la di poin yang ke-4 & ke-5 tu. Kalau buat juga udah dikira berdosa. So harap2 terjawab la persoalan korang tu kenapa aku tak balik raya kat Ipoh. Nak pi beraya pun hanya dibenarkan pada jiran yang dekat dengan rumah je.. Yang jauh2 memang tak boleh la. Even nak pergi masjid mahupun majlis ilmu pun hanya boleh jika dekat dengan rumah je. Nak jenjalan rumah jiran pun yang dekat2 sahaja. Itupun bila malam kena balik rumah tido kat rumah suami. 

So raya tahun ni, mak abah & adik beradik aku yang akan datang beraya ke rumah aku..

** Hukum di atas tu adalah sekadar umum sahaja. Untuk penjelasan lanjut boleh refer pada ustaz @ pakar2 agama ni. Dan andainya aku tersalah sila tegur aku ye.. 

** Iddah 4 bulan 10 hari tu kalau tak mengandung, kalau mengandung, iddah adalah sehingga anak itu dilahirkan.