Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 2, 2018

TRAVELOG UMRAH : PULANG KE MALAYSIA

Lepas kami buat tawaf wida pagi tu, kami pun bersiap2 untuk bertolak pulang. Kami tunggu di ruang tunggu bas. Bas pulak lambat sangat hari tu. Lama la kami menunggu di tempat tunggu bas tu. Lenguh kaki dibuatnya.. Akhirnya pakat duduk bersila la kat lantai.

Muka kesedihan sebab nak meninggalkan Tanah Suci.
Tah ada peluang nak datang le ke tidak kan??


Kalau korang nak tau.. ni le kasut & stokin  yang aku pakai sepanjang menunaikan umrah. Senang pakai selipar.. Kaki tak sakit. Stokin tu pulak beli la yang tebal. Untuk makluman korang bukan sepasang ni je stokin hitam aku tau.. Karang korang ingat aku pakai stokin tak basuh2 pulak..hahahaha.. Aku bawa 3 helai stokin. Pakai kaler hitam sebab tak nampak sangat kalau kotor. Selipar tu pulak, selipar arwah suami aku.. Tuannya tak dapat pergi, selipar tu le wakilnya..


Lenguh berdiri, sampai duduk2 la kami kat kaki lima ni menunggu bas.


Dekat sejam juga le kot menunggu baru la bas sampai. Baru la lega sebab. Penerbangan kami dijadualkan pukul 3.50 petang waktu Arab Saudi. Kami akan naik dari airport Jeddah. 


Lega dah masuk bas.


Dari hotel ke airport Jeddah tak le jauh sangat.. Ada la dalam 1 jam kot. Sempat la tido kejap dalam bas..hehehe..


Kami sampai di airport ada dalam pukul 11.30 pagi kot. Sampai kat situ kena tunggu la sementara diaorang agihkan tiket & passport. Lepas tu kami ke surau untuk solat Zohor. Kami solat Jamak je sebab perjalanan jauh kan. Lepas solat baru kami di arahkan ke ruangan menunggu. 

Masa lalu kaunter imigresen ada pulak insidennya. Untuk yang perempuan kena masuk bilik untuk cek badan. Aku terlupa la pulak nak keluarkan henfon dari poket.. hahaha udah bising officer tu. dah le cakap arab.. mana la aku paham..haha.. Nasib la adik aku yang berdiri belakang aku, dia la pi hantar henfon aku kat kaunter luar untuk scan. Lepas tu pulak lepas keluar ke kaunter scan barang2 tu pun kena tahan juga.. sebab beg mak aku la.. Ada gunting pulak dalam tu.. Semalamnya kan buat umrah, pastu gunting kecik tu nak guna untuk tahalul. Tu yang mak aku lupa nak keluarkan dari beg. Last2 aku bagi je gunting tu kat pegawai tu pastu terus je pegawai tu lempor masuk tong sampah... sabo je la...hahahaha. dah settle semua baru la kami pi kat ruang menunggu. Masa tu baru pukul 2 petang.

View dari ruang menunggu.. Nun jauhnya kapal terbang menanti. Nak ke kapalterbang tu kena naik shuttle bas.


Semua menanti untuk boarding


Gambar kenangan jap sementara tunggu nak check in.


Lepas kaunter check in bukak, kami pakat2 beratur la.. Punya la lama.. rupanya kena beratur untuk naik shuttle bas pulak.. Huish bersimpang siur barisannya.. Lantak le.. janji dapat masuk kapalterbang.. Letih sangat dah rasa badan ni.. Lapo lak tu..huhuhuhu


Akhirnya... dapat juga duduk dalam kapalterbang. Cumanya kali ni seat kami banyak terpisah2.. Jauh2 lak tu. Aleeya & Adib dapat duduk sekali. Aku kat belakang diaorang. Mak aku lagi belakang.. Adik bongsu aku lagi jauh ke belakang. Last2 aku mintak tukar dengan orang yang duduk sebelah Adib. Nasib la dia pun ok je. Makanya dapat la aku duduk 3 beranak sekali.

Perjalanan ambik masa 8 jam. Tapi kali ni tv dah tak rosak.. Merasa la layan 3-4 movie dalam flight. Dah tu pulak perjalanan belah malam, terasa gelap je... Nak tido tak berapa nak tido. Elok je lepas berlepas, makanan dah disediakan.. Lega la sebab tengah kebuluran kan...Alhamdulillah..

Dalam perjalanan balik, merasa la solat dalam kapalterbang. Ye lah, kalau tak mengalami keadaan camtu cemana nak praktikal kan. Adib & Aleeya pun aku ajo dah cara2 nak sembahyang dalam kapalterbang. 

Alhamdulillah... selamat sampai di KLIA pukul 5.50 pagi [touchdown].
Lepas tu untuk urusan beg2 tu ambil masa juga.. sampai pukul 8 baru settle beg kami. Ekceli beg kami semua dah dapat cuma tinggal beg mak aku je tak keluar2 lagi.. tu yang sampai dekat pukul 8 baru settle.

Sementara tunggu urusan beg selesai, kami pi ambik air zam2 dulu. Ikut pakej kami, sorang jemaah akan diberikan 5L air zamzam,. So aku & anak2 dapat la 3 botol..


Dah settle semua, kami pun bertolak le ke destinasi masing2. Mak & Acik akan naik bas balik ke Ipoh. Angah pulak wife dia datang ambik. Aku pulak tunggu la uber datang ambik. Dah call dah masa lepas touchdown tadi. Actually dah booked dia sebelum bertolak lagi. So bila dah sampai call je le dia untuk inform yang kami dah sampai. 

Sementara tunggu uber datang ambik.


Alhamdulillah selamat sampai di Batang Kali dalam pukul 10.30 pagi.. Jetlag sungguh tau sebab sampai je rumah semua pakat tidor. Aku sedar2 pun dah pukul 1 tengahhari.  Lemau sungguh rasa badan. Lepas mandi & solat baru la kemas2 sikit apa yang patut. Lagipun petang dah nak pergi rumah Cik Besah & nak ambik Amira & Jasmin.. Mesti diaorang terkejut mama dah balik.




Antara souvenir yang dibeli untuk kawan2 & keluarga 
Bajet kecik je so benda yang simple2 je le dapat beli untuk kenang²an.


Petang tu masa nak ambik Amira, diam2 je aku terjah rumah babysitter. Diaorang tengah makan. Lepas aku bagi salam pastu tengok aku kat muka pintu, terus berenti makan.. pastu lari2 kat aku. Alahai anak mama.. diaorang siap peluk & menangis kat aku. Tacing la pulak....Rindu la tu kan... Itu baru aku tinggal 12 hari. Kalau aku tinggalkan diaorang selama2nya tah cemana la pulak agaknya..huhuhu.. huish.. takleh imejin lah!

Sekian.. itu je la coretan umrah aku. Alhamdulillah dapat jadi tetamu Allah. Rezeki yang tak sangka datang secepat ini. Walau dalam hati ada sedikit rasa sepi sebab pergi tanpa orang yang kucintai. Tapi tetap syukur sebab di sebalik ujian masih terselit rahmat & rezeki untuk kami anak beranak. 

Terima kasih sudi baca perjalanan umrah aku yang tak seberapa ni. So kalau malas nak selak2 belakang ni aku bagi link siap2 pasal umrah aku ni . Jemput baca ye.










1 comment:

hainom OKje said...

Kenapa hakak rasa sayu pulak bila baca entri hang ni Syani....haih!
Suami pun dapat pahala jugak tu, mcm hujan agaknya pahala arwah dapat dalam kubur tu...

Si kecik anak dara dua orang tu tak terasa sangatlah kan ditinggal mak, sebab duk ngan nenek, kita pun tak berapa nak risau