saja la ajak anak2 jalan2 di kawasan yang dekat2
kalau boleh nak yang free je..hahahaha..
duit minyak je le kena isi kan sebab nak naik kereta
Pepagi tu dah masak untuk lunch siap2
Senang masak awal2 ni.. kalau nak kemana2 pun senang lepas tu
Balik rumah boleh terus makan je
Tapi kalau malas tetap juga tapau lauk di kedai...hehehehe
Ekceli tak plan pun nak pi tengok showhouse
Tapi sebab sepanjang perjalanan tu ternampak bunting pasal rumah di Antara Gapi, so aku drive je le ke Antara Gapi.. Nak tinjau2 kawasan kekdahnya. Lagipun Antara Gapi tu idak le jauh mana pun dari Batang Kali.
Itupun pakai google maps weh.. sebab tak tahu location kawasan perumahan baru ni kat celah mana
Akhirnya sampai juga di kawasan yang dimaksudkan
Kawasan perumahan baru siap & belum diduduki lagi
so saja la aku drive masuk kawasan tu tapi banyak juga jalan yang ditutup
So last2 masa aku nak reverse, aku ternampak 1 rumah ni ada guard kat situ
Aku tanya itu rumah contoh ke? Guard tu angguk
Pastu aku tanya la boleh masuk ke tidak? Dia kata boleh
Siap aku tanya ada agen rumah ke dalam tu? Budak guard tu kata takde
Dia kata akak masuk je la tengok.. Erm... apa lagi terus angkut la bebudak masuk rumah tu macam masuk rumah sendiri.
Rumah ni namanya Azhara. Rumah jenis semi-D. Keluasannya 40 x 80 & dah 100% siap. Ada 5 bilik & 5 bilik air. Harga dalam 700K.. Terbeliak mata dengar harga.. Sah2 le memang tak mampu aku ni. Mampu tengok je le buat cari ilham.. Meh aku tunjuk design rumah ni. Kot2 la ada yang berkenan..
Ekceli ada 2 design rumah ni [baru tahu lepas pi lawat showhouse]. Tapi yang aku tengok ni 1 jenis je. Yang 1 lagi tah kat mana.. Budak guard tu idak pulak bagitau aku ada 1 jenis lagi..cis!
Memula masuk tentulah ruang tamu kan? Luas & kemas je
Kat sebelah tu ada satu lagi ruang untuk duduk2 & sebelahnya pulak adalah meja makan
Ni view ruang makan dari bahagian dapur. Ruang makan ni nampak luas sebab ada cermin kat dinding tu.. Berkenan sungguh aku kalau cermin sepenuh2 dinding ni.. Sebelah meja makan ni ada sliding door yang menghala ke teres tepi.
ni la bahagian teres sebelah meja makan tu. Best juga duduk2 lepak kat sini. Kat sebelah tu lamannya pun luas.. boleh buat gelanggang badminton. Tak risau la kalau anak2 main.. takde la berlepas sampai ke jalan kan.
Ni pulak counter bar menghadap ke dapur. Setentang dengan meja makan tadi.
Peti ais & kabinet oven & microwave.. Nanti nak buat gini gak le.. nampak kemas je kan.
Ni pulak bahagian masak.
Kat tepi dapur ni ada toilet & 1 bilik
Dan setentang dengan ruang tamu tadi ada 1 bilik lagi
[ada gambar tapi gambo gegar le.. maleh nak tayang...huhuhu]
Gambo toilet je ada yang boleh ditunjuk..hehehehe
Jom naik atas pulak
Kat tingkat atas ada 3 bilik & 1 ruang keluarga
Bilik pertama.
Tau je la kalau bawa anak2.. deme je le excited.. Siap cop2 bilik lagi
Macam la tu rumah diaorang
Pastu setiap gambo ada je le kelibat diaorang.. sabo je le ye..
Pintu kelabu tu pintu toilet.
Semua bilik kat rumah ni ada toilet masing2 tau.
Ni pulak bilik kedua
Aku suka dinding belakang katil tu...
Ni pulak master bedroom.
Besar giler master bedroom ni..
Ada private balcony lagi kat tepi tu
Tv area dalam master bedroom
Aku suka dinding shiplap tu.
Ni pulak kat area wardrobe dalam bilik master
Wardrobe siap ada cermin beso
Puas selfie la kat situ...hahahah..
Belakang tu pulak pintu ke toilet
Ni pulak ruang keluarga di tingkat atas
Simple je.. ada dua kerusi kat situ
Sebelah tu balcony la mengadap ke laman
View dari balcony
Ni pulak wakaf yang dibuat kat laman
Ada kolam kat situ siap ada ikan
Tu yang anak aku leka bertinggung kat situ
Kalau banyak duit memang berbaloi beli rumah ni. Besar. Lagipun Antara Gapi tak sibuk sangat macam kat Rawang. Dan harga masih reasonable la pada aku.
So siapa yang masih cari2 rumah & jauh dari kesibukan kota [cewah] boleh la riki2 area Antara Gapi ni. Banyak property tengah naik. Oh ye ni salah satu projek under PKNS tau.
Ok tu je aktiviti kami hujung minggu. Nanti2 free boleh pi lawat showhouse yang lain pulak.
No comments:
Post a Comment