Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 28, 2018

TRAVELOG UMRAH : TAWAF WIDA [DAY 10]

Hari ni hari terakhir kami di Mekah
Lepas ni dah siap2 nak bertolak pulang ke Malaysia
Penerbangan kami nanti dijadualkan pada pukul 3.30 petang waktu Saudi

Sebelum Subuh kami dah kena letakkan beg di luar bilik
Lepas letakkan beg kami pergi masjid untuk solat Subuh
Subuh terkahir kami di tanah haram
hari terakhir ni dah rasa sedih sikit sebab nanti dah takde peluang nak sembahyang di masjidil haram

Lepas solat Subuh, kami tak lekas2 balik
Nak duduk lama2 sikit dalam masjid
Ye la kan, pasni belum tentu ada peluang lagi nak datang kan.


Sambil duduk2 zikir2 sikit ada pulak yang bagi air
Alhamdulillah.. ada jemaah yang bawa flask pastu sedekah kat jemaah yang iktikaf kat masjid.
Kalau tak silap aku orang tu orang Turki kot.. kami just cakap thank you je la.
Ada juga air panas buat pemanas badan di subuh yang sejuk tu

Rasanya macam kopi + rempah+ kulit kayu manis kot
Sedap gak 😊...



Pemandangan dalam Masjidil Haram
Tenang je kan

Ada gaya model telekung Al-Kauthar tak?? Hahahaha
Purpose nak tangkap gambar ni sebab nak hantar kat member nak kabokan "telekung aku beli dengan ko dah sampai Mekah weh!!!"


Jemaah yang tak balik hotel diaorang duduk je dalam masjid
Siap ada yang baring2
Untung la dapat duduk lama2 dalam masjid kan... 
Tapi aku tak boleh lama2 sangat sebab nak kena balik hotel untuk breakfast lepas tu nak buat tawaf wida dah.

Lepas breakfast kami terus buat tawaf wida
Kiranya tawaf selamat tinggal la
Memang sunat buat sebelum bertolak pulang
Kami pergi bertiga je - aku , mak & aleeya
Adik2 aku yang lelaki & Adib kami tak jumpa  pulak lepas breakfast tadi
Maybe diaorang pun dah terus  buat tawaf kot

Pepagi hari tu tak ramai lagi orang buat tawaf
Hari pun sejuk lagi... nyaman je
kami buat tawaf di dataran bawah tu je.. cepat sikit selesai

Ni dah selesai buat tawaf
Dah otw balik ke hotel
Saja jalan santai2 menikmati pemandangan Kaabah 




Yang dirindui..
Semoga akan dijemput lagi ke sini.. dan semoga Allah tak hilangkan ingatan aku terhadap kenangan manis ini.




Di salah satu pintu utama ke  Masjidil Haram.. Gate No 1.


Tu dia bangunan hotel kami.. 
Tanah dan bangunan ni adalah wakaf dari Sultan Abdul Aziz
Bangunan ni namanya Abraj Al-Bait a.k.a Mecca Tower


Ha nak naik ke hotel kena la masuk ikut pintu ni
Bawah tu shopping complex la kalau nak cuci mata



Ok.. dah siap2 nak balik dah
Jom siap2 nak gi airport dah..





2 comments:

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah..rezeki ko sekeluarga ke sana kan..

hainom OKje said...

Sedih pulak baca entri ni. Mcm dapat rasa je kesayuan bila nak meninggalkan Mekah tu. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan disana ye Syani.... Ada masa nanti moga boleh datang lagi