Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 17, 2018

SILING BOCOR LA PULAK

Benda yang jadi tanpa diduga ni memang la boleh bikin stress
Kat rumah aku [rumah sewa] tetiba je pulak boleh menitik air dari siling
Nasib la menitik tu di bilik air
Kalau kat ruang lain jenuh la nak mengelap bagai
kang tak memasal terjerit2 macam Dato' Alif Syukri mengisahkan banglo dia yang bocor tu

Memula tu sikit2 je menitik.. ingatkan takde apa
Tapi lama2 makin banyak pulak air menitik
Yang aku pelik tu, nak kata tangki bocor @ overflow,  tuan rumah aku kata rumah tu semua pakai air direct
Maknanya tangki tak guna la kan
Ate.. datang mana pulak air yang menitik tu???
Kejadiannya dah le waktu malam.. mana la aku nak cari tukang mengisahkan bab bocor tu memalam kan
Dah le aku tak kenal mana2 tukang yang berdekatan

So aku buat video pastu hantar kat tuan rumah
Tapi apa la sangat tuan rumah boleh buat kan?
Dah le tuan rumah tu bukannya duduk area Batang Kali nun..
Tetap juga disuruh aku cari tukang & kosnya boleh la tolak dari sewa
Huhuhuhuhu... 


Nampak tak air tu keluarkat paip yang di siling tu??

Malam tu nampak gayanya memang kena tadah baldi la kat sini
Tadah pukul 9, pukul 12 dah penuh...kena tadah lagi

Esoknya aku pi area rumah lama aku
Ada la budak indon tengah buat kerja
So dengan tak malunya kena la mintak tolong diaorang tengokkan paip bocor tu kejap
So salah sorang tu datang la rumah aku untuk tengok
Siap bawa tangga sebab rumah aku takde tangga


Dia naik ikut siling nak cek tangki tu

Katanya ada paip yang longgar, especially yang disambung ke tangki tu..so dia dah ketatkan sambungan paip tu.
Dia kata takde apa la pun.. itu je masalahnya
Alhamdulillah la.. takde maslah serius
So bagi je le duit kopi kat dia...hehehe
Lega juga masalah
Tapi ingatkan bila dah ketatkan tu immediately air tu terus stop menitik
Rupanya kena tunggu sehari semalam juga.. baru air tu berhenti
Sebabnya air tu dah memenuhi saluran yang sepatutnya tak dimasuki air
So kena tunggu air yang kat saluran tu habis keluar baru dia berenti

Bila rumah dah tak bocor baru la lega..
Harap2 takde la masalah lain pulak lepas ni😅





1 comment:

hainom OKje said...

Nasiblah benda kecik je ye Syani....tak melibatkan batang paip ke hape kalau tidak, jenuh le nak mencari orang satu hal, nak membayonya pun satu hal jugak tu