Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 24, 2018

PETER RABBIT

Cuti sekolah haritu, member aku ajak bawa anak2 pi tengok wayang
Kalau nak tengok wayang, Aeon Rawang la yang terdekat pun dengan rumah aku
Plan asalnya nak nonton Didi & Friends
Tapi sebab kami pun takde rushing2 & tak beli tiket awal
Masa kami sampai tu, tiket pun dah sold out
Takde rezeki la anak2 nak nengok Didi & Friends

Kami sampai Aeon tu dalam pukul 3.30 petang
Tapi sebab dah janji dengan budak2 nak tengok wayang
kena tengok juga la kan.. tapi kena la cari cerita yang sesuai
Ekeceli kalau ikut hati nak je nengok KL Special Force [waktu tayangan masa tu pukul 4.15ptg] tapi rasanya cam tak sesuai pulak dengan budak2 kenit ni
Last2 kawan aku decide nengok je le cerita Peter Rabbit
Waktu tayangan pukul 5.50 petang lak tu...
Maka bertabah le menunggu 

Sementara menunggu waktu tayangan kami pergi makan dulu kat food court
Adoi bab makan memang takde masalah
Cuma bab minuman la pulak... semua cup kecik habis, ate kena beli beli cup beso. Harga kemain mahal lak tu... maklum la hujung minggu kan
Last2 beli juga la air tapi share2 je le... beli sorang satu kang tak habis pulak

Bagi kekanak makan kenyang2 dengan harapan tidak mengaruk dalam panggung nanti.
Tengok Amira dengan Syakirah tu.. tah apa diboraknya..
Adib pulak dah boleh harap jagakan & layan adik



Dah habis makan..jom pi solat Asar pulak.

Lepas solat kami pun pi la kat area panggung tu. Udah anak2 aku nak popcorn pulak dah.. Tak mamasal kena beli..huhuhu.. takpe la sekali sekala kan. Beli 2 kotak popcorn. Belum masuk panggung si Amira dah tumpahkan setengah kotak popcorn...selambak terabur kat lantai... adoiiiiii sabo je le...

Tak lama pastu baru la pi beratur untuk masuk ke panggung. Penuh juga wayang tu rupanya... ingatkan tak ramai orang.. Memandagkan ini first time Amira & Jasmin masuk wayang, so ada la drama sikit. Amira ok je... excited la tengok tv besor kan.. Si Jasmin pulak penakut.. asyik nak suruh aku dukung je.. Bila tutup lampu boleh pulak dia menangis.. 

Tak lama pastu baru la dia calm.. Dah boleh suruh dia duduk kat seat dia sendiri. Tapi... ada lagi drama dia tau.. Kejap2 dia kata nak kencing... dah pi kencing dia kata nak berak pulak.. tak sampai 15 minit pastu dia nak kencing lagi... Aku  rasa ada la 5 kali dia nak pi toilet. Aku rasa aku la yang paling kerap keluar masuk panggung sebab bawa anak pi toilet.. Cerita yang ditayang pun aku dah tak tahu hujung pangkal... Lagi 15 minit nak habis cerita si Amira pulak kata nak kencing.. huhuhuhu.. Keluar lagi aku ni... Rasanya aku dapat tengok 15 minit pertama je kot...Haru sungguh!

Lepas keluar wayang tangkap gambar dulu dengan si Peter Rabbit ni
Buat kenang-kenangan pi tengok wayang kan...

Lepas pi solat Maghrib, udah member aku si Makcik Rehan a.k.a Makcik Rabunah pulak kata nak jumpa. Rumahnya dekat je dengan Aeon tu. Elok je lepas kami keluar surau, terus terserempak dengan dia.. Ha elok sangat le tu.. terus pi sambung sembang kat food court lagi.. Huiii.. sembang sakan ko... maklum le memacam cerita.. 


Ahli mesyuarat tingkap ni sampai pukul 9 malam dok lepak kat Aeon lagi..hahahaha

Dekat pukul 10 baru la kami bertolak balik.. Nasib la bukan aku yang drive. Sampai Batang Kali pun dah dekat 11 malam.. pastu terus kerah anak2 pi mandi & tidur.. Ingatkan diaorang letih.. tup2 deme sambung pulak tengok DVD sampai pukul 2 pagi... Esoknya semua lewat bangun 😅.







1 comment:

Ann Ishak said...

seronok budak2 dapat tengok wayang pes time :D