Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 18, 2018

RAGAMAN

Assalamualaikum

Gila lama bersawang dah blog aku ni
Adeh... kenapa la dah makin malas nak hadap blog ni ye??
Makin tenat penyakit malas aku ni.

Ok ni cerita trobek je... kejadian masa awal bulan hari tu
Dah le hari tu hari Isnin
Cam biasa mak2 ni kelam kabut gak le kalau hari Isnin kan
Mana nak siap gi keje, pastu nak siapkan anak ke sekolah, nak hantar anak rumah pengasuh, nak prepare breakfast lagi.. huish.. tak menang tangan la pepagi tu kononnya. 
Ok , bila dah setel semuanya & nak gerak gi keje, start2 enjin kereta dah bunyi tet..tet..tet..
Aik??? pehal takleh start pulak kereta aku ni
Start sekali lagi pun keluar bunyi camtu juga
Adoyai.. ni mesti bateri kereta dah kong ni
dah le Amira aku tak hantar lagi.. last2 bawa Amira pi rumah pengasuh (jalan kaki je) & terpaksa minta pengasuh tolong hantarkan Amira ke sekolah.
Lepas tu aku gi rumah Cik Besah pulak sebab nak mintak tolong anak abang ipor aku jumperkan kereta. Kebetulan dia pun tengah cuti semester, so ada je la dia kat rumah.



Tak lama pastu anak abang ipor aku pun datang rumah. Jumperkan kereta pun takleh juga.. Dia kata ni bateri dah kering sangat2 ni.. Dah tak boleh ni. Makanya terpaksa la aku mintak tolong dia tukarkan bateri baru. Kedai bateri tu pulak buka pukul 10 pagi. So terpaksa la aku inform office cakap aku masuk lewat.

Dia tanya aku, ada tambah air bateri tak? Aku cakap tak pernah.. selalu kalau servis, orang servis tu yang top up air bateri..Mana la aku tau bab2 bateri kereta ni.. Lagipun dah lama bateri tu.. Last tukar pun sebulan sebelum arwah suami aku meninggal.. (Kiranya dah 2 tahun setengah dah). Lama gile kan.. Dah tahap wajib tuko la kot kan.

Dalam pukul 10 tu, dia pun pi la kedai beli bateri baru.. Dalam kul 11 camtu gak le baru kereta aku dah boleh  gerak dah..hahahaha.. bateri baru la katakan.. Alhamdulillah... selesai dah satu masalah.


Dia kata dia beli jenis bateri sel kering je... Haaha.. tak pernah aku tau ada bateri basah bateri kering... nampak beno bengapnya... Persyaitonkan je le semua tu, janji kereta dah boleh gerak udah le tu.. (pastu baru gigih pi google apa beza bateri basah bateri kering tu...huhuhuhu)


Gitu la ragam kalau kereta dah 10 tahun ni.. Memacam  la nak mintak tukar @ ganti.. Jangan dibuat sampai kena tuko kereta lain udah le... Bajet takde lagi ni weiii.. Pakai la kereta yang mana ada dulu (ada satu ni je la pun 😅). Asalkan boleh pi balik kerja & balik kampung & gi mana2 dengan selamat sudah le ye dak??






2 comments:

Ann Ishak said...

sama la kete kita, dah umur 10 tahun keatas ni memang pelbagai ragaman nya :D

OKje said...

Tetiba rasa mcm nak nyanyi lagu Faizal Tahir hihi....
Ha a kita pompuan ni mmg kalau boleh malas nak tau bab keta kan. Nasiblah hakak ada laki Syani. Bab tu mmg dia punya keje. Nasiblah jugak keta tu bateri kong kat rumah kalau kat tengah jalan amsa balik kg ke, tak ke naya