Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 24, 2018

JOM SIHAT DENGAN SUSU BADAM DALUCIA

Kalau badam ni mesti sinonim dengan kuih raya Almond London kan?
Walaupun banyak lagi kuih raya yang letak badam tapi Almond London la yang paling orang ingat sekali. 

Tapi korang tahu tak khasiat badam ni?Pernah tak dengar pasal susu badam? Selama ni tahu pasal susu lembu je.. takpun susu soya kan. Kalau sebut susu je orang asyik ingat susu lembu je. Tapi korang tahu tak badam pun boleh buat susu. Walopun fitrahnya susu tu terhasil dari badan haiwan & manusia, tapi tumbuhan2 pun boleh jadi susu tau. Konsepnya macam susu soya la. Bukan datang dari lembu pun tapi dari kacang soya. So sama la konsepnya dengan susu badam ni. Datangnya dari kacang badam.

Badam ni banyak sangat khasiatnya tau. Kalau korang tengah diet memang la sesuai sangat badam ni dijadikan untuk snacking. Antara kebaikan2 badam ni ialah ia dapat menurunkan berat badan, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kesihatan jantung, memperbaiki sistem imun,  menggalakkan penghasilan sel2 badan yang sihat, mencantikkan kulit dan elok untuk sistem penghadaman kita. Selain tu banyak lagi la kebaikan badam ni.. ha boleh la google sendiri.

Bebaru ni berkesempatan la cuba susu badam dari Dalucia. Memang dah lama tau pasal susu badam tapi nak jumpa yang dijual2 ni payahnya la hai.. Nak buat sendiri memang pemalas ya amat aku ni ha. Hahahaha.. Tengok harga badam jual kat supermarket pun pikio 2-3 kali nak beli... Sekali sekala boleh la kan... 



Ha ni la dia susu badam yang aku cakap tu. Dah senang dah sekarang.. Siap dibotol lagi. Tak payah susah2  nak perah2 sendiri...buat sendiri pun belum tentu sedap...hahahahaha.. Tapi yang ni konfem sedap. Ada 3 perisa lak tu - asli, coklat & kurma. SEMUA SEDAPPPPP!

Susu badam Dalucia ni diperbuat dari 97% susu badam (air & kacang almond yang dipanggang) dan kurang 3% adalah tepung susu & krimer bukan tenusu. Produk ni juga ada kelulusan Halal, GMP, HACCP dan FDA.

Ni rupa air susu tu.. Kalau yang biasa kalernya putih la..(dah namanya susu kan). Yang coklat tu tentulah coklat & perisa kurma tu kalernya coklat2 macam nescafe. Rasanya semua sedap, terasa lemak2 kacang tu & tak manis sangat.  Kalau susu lembu pun kadang2 yang berperisa ni ada yang terlalu manis di tekak aku. Tapi yang ni memang just nice. Tapi yang menarik tu bab nutty taste kacang badam tu.. Memang sedap. (Banyak kali dah aku sebut sedap ni sebabnya memang sedap... PERCAYALAH!!!!)


Kalorinya pun rendah je untuk per serving. Kalau tengah diet2 ni memang sesuai sangat la. Tapi yang bahayanya sebab sedap sangat takut2 terbabas kalori dibuatnya. Kalorinya antara 50-70 je per serving.. Yang lagi penting produk ni takde lemak trans. Sesuai la kalau korang nak buat sarapan  atau snek.. Bancuh dengan kopi pun sodapppppppp. Anak2 makan dengan cereal pun sedap.. Eh banyak lagi la resepi korang boleh try guna susu ni... Mana2 resepi yang guna susu, korang boleh ganti dengan susu badam ni.. Berganda2 kesedapannya nanti..


Tengok la si Jasmin ni.. suka beno dia sampai habis sebotol ni dia minum...Dia suka yang perasa kurma ni. 


Cik gebu ni pulak suka yang asli. Makin gebu la kamu lepas ni ye Amira...

Mamanya pulak suka yang coklat.. 😋😋


Mana nak beli??? Oiii dah merata2 orang jual la ni.. Nak beli online pun boleh juga. Nak beli dari dealer2 diaorang pun boleh je.  Kalau korang kaki merayap ke supermarket, boleh la beli kat MYDIN HYPERMARKET (yang terpilih) dan LULU HYPERMARKET.

Kalau jenis malas nak keluar rumah, boleh juga beli online di website
WWW.THEDALUCIA.COM  atau korang boleh beli dari ejen2 Dalucia yang berhampiran dengan korang. List2 ejen setiap negeri korang boleh tengok kat website DALUCIA jugak. Kalau korang yang nak jadi ejen pun boleh je daftar sebagai ejen kat website tu.





Jom kurus, langsing & cantik dengan susu badam Dalucia!





1 comment:

Avigdor Liberman said...

WONDERFUL Post.thanks for share..extra wait .. … casino bonus