Wednesday, September 13, 2017

WAJIB REPAIR DAH NI

Retetan entry semalam pasal kereta aku ni
Semalam masa balik kerje dah jadi lagi macam masa sangkut dalam jem minggu lepas
Tetiba temperature naik
dah le masa tu tengah berhenti kat traffic light yang lama
Dalam hati dok doa la supaya tak berasap @ terberhenti tengah jalan tu
Nak sampai stesen minyak jauh lagi lak tu

Pastu aku tutup ekon & buka tingkap...
tak lama pastu temperature turun balik ke paras normal
Lega la kejap... maybe la kot kipas kereta aku problem
[Cam pakcik yang tolong aku tu cakap]

Aku drive slow2 sampai la Batang Kali
Alhamdulillah temperature di paras normal sepanjang perjalanan
Pastu lepas Maghrib aku nak hantar Adib pi tuisyen lak
On the way balik dari hantar dia tu tetiba temperature naik lagi
Adoi... ni dah memang tahap wajib repair ni
Tapi mana ada bengkel buka malam2 ni kan
Nak tak nak aku pi rumah Cik Besah & nampak abang ipar aku ada kat situ
Aku mintak tolong dia tengokkan kereta aku tu
Dia pun cakap kipas problem sebab kipas kereta tu memang tak pusing
Adoi.. satu hal la pulak kan... aku dah runsing fikir cemana nak gi kerja kalau kereta rosak
sebabnya itu la satu2nya kereta yang aku ada sekarang

Abang ipar aku ketuk2 sikit kat kipas tu baru la kipas tu pusing
Baru la temperature turun
Dia cakap kalau kipas rosak ok lagi, jangan enjin rosak
Tak memasal kena overhaul... malayang nanti ribu2 RM kan
Cik Besah pun ada offer suruh pakai kereta pak mertua untuk gi keje
Sementara nak pi repair kereta tu 
Tapi aku ni fikir, lambat ke cepat tetap juga kena repair kereta tu kan sebelum melarat2
So aku plan esoknya nak terus gi repair kat bengkel
Malas nak tunggu2 dah.. kereta kan keperluan aku..hahahahaha

Ok malam tu aku whatsapp officemate
bagitau yang aku akan masuk lewat ke office esoknya
sebab nak pergi  bengkel dulu

Pagi2 aku dah hantar anak2 rumah pengasuh & belikan sarapan si Adib
[Adib tak sekolah sebab kelas dia guna untuk UPSR]
Terus pi usha2 kot2 ada bengkel yang buka awal
Ronda2  tapi belum kul 9pg memang takde la yang buka
So aku sempat lagi pi singgah survey tadika untuk Amira tahun depan...hahahaha

Dalam kul 9 camtu, ada la satu workshop yang buka
Terus aku tuju situ... kadang2 aku pi servis kereta kat kedai tu jugak
So far ok la servis dia
Terus aku cakap kat pomen tu problem kereta aku
Dia pun cek,  memang dia kata motor kipas problem sebab memang kipas aku tak berpusing pun
So aku cakap ganti je la sebab kereta ni memang nak guna hari2


Dalam sejam pomen tu repair... akhirnya siap dah
Ha... Baru la boleh gi kerja dengan tenang
Alhamdulillah!




2 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
selesai masalah problem.

Ainniah Zulkefli said...

Alhamdulillah nasib baik kejap je repair siap dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...