Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 12, 2017

GARA-GARA JEM BALIK BERAYA

Balik dari bercuti raya bebaru ni 
memang pengalaman sungguh la...
Bukan sekadar tersangkut dalam jem
[walopun dah ikut jalan dalam & tak ikut highway]
Tapi ada insiden yang tak tersangka nak jadi kat aku

Bertolak awal dari Ipoh... konon2 tak nak sangkut dalam jem
dan bajet nak sampai Batang Kali paling lewat pun pukul 2 ptg
[Bertolak pukul 10.30 pagi]
Masa kat Simpang Pulai dah nampak dah highway jem
so decide nak ikut jalan lama je
Tup2 sampai Gopeng dah start jem

Masa dalam kereta masa stuck jem tu tetiba aircond jadi panas
Ish.. aku baru je tambah gas aircond takkan dah habis kot
Takpun takkan aircond rosak
Dah le tu aku baru je servis kereta 2 minggu sebelum tu, takkan problem kot
Huish... macam2 bermain di fikiran
Kesian kat anak2 la sebab mengadu panas

Bila dah sampai Kampar jalan dah clear sikit
Tapi bila dah sampai Temoh dah start jem balik
Masa tengah sangkut jem tu baru terperasan kereta aku cam berasap
Ah sudah... apa pulak ni
Ekon memang aku dah tutup dah sebab tak sejuk
Aku memang rasa tak sedap hati dah masa ni

Kebetulan memang nak berenti kat stesen minyak sebab anak2 mengadu lapar
Sampai kat stesen minyak masa aku nak turun anak aku kata nampak asap kat bumper depan
Aku pun keluar tengok memang ada asap putih
Aku pun belikan makanan budak2 pastu aku wasap adik aku
Tanya nak buat camne... adik aku suruh cek temperature
Masya-allah memang temperature tinggi gile...
Selama dalam kereta tu aku tak perasan langsung temperature tu

Ni masa enjin tak hidup ye
Aku just buka kunci untuk tengok temperature je
[Takut kang ada cakap pasal minyak hitam la sebab lampu minyak hitam tu menyala]
Kereta aku ni selagi enjin tak start memang menyala tiga2 lampu tu
Normal temperature kat paras ke-3 tu je


So adik aku suruh cek air dalam radiator
Tapi kena tunggu la enjin sejuk baru boleh buka kan

Aku ni pulak sebelum bertolak dari rumah mak memang tak cek langsung...
Senang cerita memang dah lama la aku tak cek air dalam radiator tu pun

Sementara nak tunggu enjin sejuk kami pun pi solat dulu
Masa ni dalam pukul 1 lebih.. Zohor pun baru masuk.
Lepak2 dulu kat area tu
Nasib la stesen minyak tu ada free Wifi... 
Boleh la anak2 layan youtube kat henfon

Pastu ada satu family tu pun problem cam kereta aku
So aku mintak tolong pakcik tu tengokkan kereta aku sekali
Dia la yang bukakan tutup radiator tu
Udah kering katanya... patut la
Pastu dia la tolong isi air dalam tu
Pastu dia cek2 kereta dia kata kipas aku pulak rosak sebab tak pusing
Ate..... cemana nak buat ni????
Kalau kipas tak pusing enjin aku tak boleh sejuk la...
Katanya kena cari pomen la

Aku pun call la abang ipor aku tanya cemana nak buat
Dia pun suruh aku cek air radiator bagai
Pastu dia kata cuba cari bengkel dekat2
Mana la nak cari kan.. dah le hari tu cuti kan.. jem pulak tu
Last2 aku cakap takpe bior aku try tanya org sini2
Dia pulak kata, kalau apa2 telefon balik nanti dia datang ambik anak2.
[Hei... anak je ke??? Maknya dia nak tinggal kat situ ke cemana??? Wakakakaka]
Masa ni rasa susahnya bila suami takde ni...huhuhuhu

Pastu aku tanya budak stesen  minyak tu kot2 ada no tepon pomen
Ada la sorang budak ni kasi no telefon pomen.. aku pun try call
Dia kata setengah jam nanti dia sampai
Masa tu dah kul 3 ptg... jenuh tunggu

Sementara tu kawan aku cakap try la call insurans
Tu dia.. kenapa la aku boleh terlupa kan??
So aku call insurans dia kata kalau problem overheated memang kena towing
Tapi towing dia cover RM300 je
Pastu dia tanya nak bawa bengkel di mana?
Mana la aku tau kan.. so aku kata nak bawa balik Batang Kali je la camtu
Udah katanya lebih dari coverage.. aku kena top up dalam RM600 lagi
Fuyo.... mampuih....so aku kata takpe lah aku tunggu pomen kata apa dulu

Lepas 45 minit pomen call cakap tak boleh datang sebab jalan jem sangat2
Dia pulak di Chenderiang [dalam 2-3km dari stesen minyak tu]
Dia pulak suruh aku cari bengkel kat Tapah
Masalahnya aku tak tahu kereta aku tu boleh jalan lagi ke idak kan
Dibuatnya berasap lagi tah cemana kan... sebabnya tak tahu rosak kat mana

Aku mintak juga dia datang & aku sanggup tunggu
Tapi dia kata memang jem ketat kat  jalan tu
Dia nak keluar simpang pun tak boleh
Last2 dia suruh aku pergi tempat dia
Sebabnya arah yang berlawanan memang tak jem pun
Maksudnya aku kena patah balik la.
Aku tanya kereta aku tu boleh jalan ke idak??
Dia kata try dulu, kalau temperature naik dia suruh berenti kejap
Ok la.. aku pun tawakal je la...

Sepanjang jalan nak sampai ke tempat dia tunggu tu  aku keep on monitor temperature je
Alhamdulillah temperature normal
Akhirnya sampai la kat tempat pomen
Dia pun cek2 semua dia kata semua ok je takde rosak pun
Maybe tadi sebab air kering kot, katanya
Aku suruh juga dia cek betul2 in case la jadi lagi kan
Dia pun tengok2 memang takde apa rosak
Alhamdulillah sangat rasanya...

Tapi dia kata monitor je temperature
Kalau jadi lagi maybe ada leaking  & kena stop dulu
Tapi setakat dia cek, semua normal je.
Pastu dia suruh aku ikut jalan dalam Chenderiang tu ke Tapah
Tak la sangkut dalam jem tapi jauh sikit la
So aku pun ok la... ikut je apa yang dia kata
Memang clear la jalan dalam tu sebab tak banyak kereta
Maybe sebab ramai tak tahu jalan kampung tu kot


OTW tu aku call abang ipar cakap kami dah bergerak dah
Kereta pun OK & cakap kat dia takyah risau la
So dia pesan tengok je temperature tu

Aku drive bawa slow2 je dengan harapan perjalanan kami ok
Alhamdulillah... selamat sampai Batang Kali pukul 7ptg..
Fuh... dekat setengah hari dok atas jalan
Macam orang balik ke Pantai Timur.. walhal dari Ipoh je
Sampai Batang Kali terus pi makan... semua dah kelaparan
Sampai rumah tepat pukul 8 malam
Udah le esoknya nak kerja
Nasib la baju sekolah  budak2 ni aku dah gosok sebelum balik kampung

Lepas ni memang kena ambik pengajaran
Kalau nak jalan jauh2 kena make sure kereta dah servis
Kena cek air, minyak hitam semua tu...
Kang tak pasal2 tersadai tengah jalan pulak😅


Lupa nak cerita, masa aku mintak tolong pakcik yang tengokkan kereta aku tu
Wife dia tanya la aku, aku dengan anak2 je ke?
Suami tak ikut ke?
Aku ni dengan selamba je cakap haah, suami tak ikut sebab dia tak dapat cuti..hahahaa
Pastu makcik tu cakap la dah call suami suruh datang sini ke?
Aku cakap je dah... walhal aku cakap dengan adik aku..
Haish... dalam dilema aku nak bagitau status aku ni pada orang2 yang tak dikenali.
Wajar tipu @ wajar terus terang... ermmmmm


3 comments:

hainom OKje said...

Hish... hakak pun ngeri tu kalau jadi mcm tu Syani. Kita ni org pompuan mmg kurang ambik tau sikit kan bab bab gini.

Baru baru ni berlaku jugak kat keta hakak. Nasiblah dah dekat kwsn rumah. Tak ingatlah pulak apa yg rosak entah...

Bagi pendapat hakak, tak salah pun bagi tau hal sebenar. Kenapa mesti nak sorok?

idzwa kamaruddin said...

Hmmm..bahaya beb!

yang last tu bagi aku elok jujur je bukan minta simpati tapi lebih kuatkan hati.

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah syani dan anak2 smpi dgn selamat ke Batang Kali..

Ye lah..
Kita org pompuan kurang sikit ambil tahu hal kereta ni..
Kena hati2 lagi kan..