Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 21, 2017

HAPPY BIRTHDAY, MAK!

Hari ni birthday mak aku
pepagi dah whatsapp dia
Tak dapat nak celebrate together
so kita wish dari kejauhan je lah



Happy birthday, mak!
Along doakan mak sentiasa sejahtera dan bahagia di dunia & akhirat
Dimurahkan rezeki, dipermudah urusan
dikurniakan kesihatan yang balik
dipanjangkan usia dalam ketaatan kepadaNya
diberkati & terus menerus dalam ibadah kepadaNya.

Happy 62nd birthday mak
Love you always...

Tuesday, September 19, 2017

JAMBU KONTOT TEPI PAGO

Kat tepi pagar rumah aku ni ada jiran tanam pokok jambu
dalam kawasan rumah aku la kiranya
Jiran ni dulu pantang tengok rumah aku ada tanah
Memang suka nak tanam pokok
Dulu dia ada tanam pokok rambutan sekali
Tapi malangnya pokok rambutan tu tak tumbuh2
Ye lah.. tanah rumah aku tu kurang sesuai untuk tanam pokok2 ni sebenarnya
Sebabnya jenis tanah liat
Hanya pokok2 yang hardcore je boleh tumbuh...hahahahaha

Pokok jambu ni pun dah baya umur Amira dah
[3-4 tahun gitu]
Jiran aku tanam masa Amira baby lagi
Kalau tengokkan rupa memang ala hidup segan mati tak mahu
Daun pun ada la 4-5 helai
Tinggi pun takat paras2 lutut aku ni je
Tup2 boleh berbunga & berbuah
Besar sungguh kuasa Allah Taala kan??

Ada 2 jambak je pun
Kalau kira2 semuanya ada la dalam 10 biji je buahnya


Bila dah makin besar dah ada yang luruh ke tanah
Sayang la pulak kan kalau dibiarkan luruh camtu
Bila dah agak2 besar tu aku petik la nak rasa
Tapi kelat la pulak
Mak mertua aku petik pun dia kata kelat
Maybe pokok tu asal boleh hidup je la kan
Aku pun takde pulak bubuh baja ke, siram ke
Survival sungguh pokok ni


Nikmat  tuhan kamu yang mana kamu dustakan????


Monday, September 18, 2017

SAMBUTAN BIRTHDAY ADIB

Setahun sekali birthday boy nak celebrate birthday dia
Layan je le... selagi mampu kan
Dia nak makan pizza... kita beli jer
Dia nak spagetti bolognese mama masak... masakkan juga le
Dia nak kek.... pun mama beli jer...
Janji celebrate ye dak??

Malam minggu hari tu buat le majlis kecik2
Hanya family aku & family cik besah & family abg ipor aku je
Kami buat pun kat rumah Cik Besah je sebab kesiankan pak mertua aku yang sakit tu
KAlau buat di rumah aku kang, payah pulak pak mertua nak datang kan?
Amira ni pulak kalau bab makan, memang dia suka sangat
Semua dia bedal...hahahahaha
Biras aku pulak top up dengan pau Yik Mun
Alhamdulillah rezeki...

Ni le kek birthday boy
Hazelnut Cream dari Secret Recipe
Sedap sangat oiiiiiii... mahal pun berbaloi



Juadah lain takdan nak tangkap gambar
Maklum la henbeg aku kiri kanan taknak berenggang
Sampaikan aku nak duduk mana pun deme berebut2
Last2 aku yang asalnya duduk kat meja makan
Alih duduk kat lantai je
Sebabnya dua2 nak duduk dekat mama

Nak tangkap gambar sekeping ni pun jenuh tau
Gambar birthday boy usah tanya la
Memang takdan nak tangkap
Si Jasmin asyik melekap je nak dukung..
Dah lama2 baru la dia ok nak lari sana sini dalam rumah opah dia
baru la mama boleh makan dengan tenang.
Apapun majlis berjalan lancar & semua orang kenyang...😊
Yang penting birthday boy happy.




Friday, September 15, 2017

HAPPY BIRTHDAY ADIB AIMAN

Hari ni birthday anakanda aku yang ke 10
10 tahun dah anak aku ye
cepatnya masa berlalu....
Sekarang kering je budak ni
tak lama lagi makin melonjong la kot
kalau tak melonjong, menggemuk la kot kan...
Hahahahaha... gemuk ke, kurus ke steady braderrrrrr...


Tadi dah tulis kat IG..
dah publish kat fb..
Maleh nak tulis lagi so... printscreen je la
Harap dapat la baca chuols...😁


Tu dia wish yang mak-mak sangat
Biasa la kan... harapan mak2 ni kan menggunung
Kalau ikutkan doa & harapan, berjela2 lagi nak taip tu
Tapi sikit2 je la taip... kang ada yang kata melampau pulak


Dia request nak buat makan2
tapi hari ni mama keje so tak sempat nak masak
[mak ko malas sebenarnya]
So pospon la esok ye
Hari cuti baru la tenang2 sikit nak celebrate.. ye dak???


Wednesday, September 13, 2017

WAJIB REPAIR DAH NI

Retetan entry semalam pasal kereta aku ni
Semalam masa balik kerje dah jadi lagi macam masa sangkut dalam jem minggu lepas
Tetiba temperature naik
dah le masa tu tengah berhenti kat traffic light yang lama
Dalam hati dok doa la supaya tak berasap @ terberhenti tengah jalan tu
Nak sampai stesen minyak jauh lagi lak tu

Pastu aku tutup ekon & buka tingkap...
tak lama pastu temperature turun balik ke paras normal
Lega la kejap... maybe la kot kipas kereta aku problem
[Cam pakcik yang tolong aku tu cakap]

Aku drive slow2 sampai la Batang Kali
Alhamdulillah temperature di paras normal sepanjang perjalanan
Pastu lepas Maghrib aku nak hantar Adib pi tuisyen lak
On the way balik dari hantar dia tu tetiba temperature naik lagi
Adoi... ni dah memang tahap wajib repair ni
Tapi mana ada bengkel buka malam2 ni kan
Nak tak nak aku pi rumah Cik Besah & nampak abang ipar aku ada kat situ
Aku mintak tolong dia tengokkan kereta aku tu
Dia pun cakap kipas problem sebab kipas kereta tu memang tak pusing
Adoi.. satu hal la pulak kan... aku dah runsing fikir cemana nak gi kerja kalau kereta rosak
sebabnya itu la satu2nya kereta yang aku ada sekarang

Abang ipar aku ketuk2 sikit kat kipas tu baru la kipas tu pusing
Baru la temperature turun
Dia cakap kalau kipas rosak ok lagi, jangan enjin rosak
Tak memasal kena overhaul... malayang nanti ribu2 RM kan
Cik Besah pun ada offer suruh pakai kereta pak mertua untuk gi keje
Sementara nak pi repair kereta tu 
Tapi aku ni fikir, lambat ke cepat tetap juga kena repair kereta tu kan sebelum melarat2
So aku plan esoknya nak terus gi repair kat bengkel
Malas nak tunggu2 dah.. kereta kan keperluan aku..hahahahaha

Ok malam tu aku whatsapp officemate
bagitau yang aku akan masuk lewat ke office esoknya
sebab nak pergi  bengkel dulu

Pagi2 aku dah hantar anak2 rumah pengasuh & belikan sarapan si Adib
[Adib tak sekolah sebab kelas dia guna untuk UPSR]
Terus pi usha2 kot2 ada bengkel yang buka awal
Ronda2  tapi belum kul 9pg memang takde la yang buka
So aku sempat lagi pi singgah survey tadika untuk Amira tahun depan...hahahaha

Dalam kul 9 camtu, ada la satu workshop yang buka
Terus aku tuju situ... kadang2 aku pi servis kereta kat kedai tu jugak
So far ok la servis dia
Terus aku cakap kat pomen tu problem kereta aku
Dia pun cek,  memang dia kata motor kipas problem sebab memang kipas aku tak berpusing pun
So aku cakap ganti je la sebab kereta ni memang nak guna hari2


Dalam sejam pomen tu repair... akhirnya siap dah
Ha... Baru la boleh gi kerja dengan tenang
Alhamdulillah!




Tuesday, September 12, 2017

GARA-GARA JEM BALIK BERAYA

Balik dari bercuti raya bebaru ni 
memang pengalaman sungguh la...
Bukan sekadar tersangkut dalam jem
[walopun dah ikut jalan dalam & tak ikut highway]
Tapi ada insiden yang tak tersangka nak jadi kat aku

Bertolak awal dari Ipoh... konon2 tak nak sangkut dalam jem
dan bajet nak sampai Batang Kali paling lewat pun pukul 2 ptg
[Bertolak pukul 10.30 pagi]
Masa kat Simpang Pulai dah nampak dah highway jem
so decide nak ikut jalan lama je
Tup2 sampai Gopeng dah start jem

Masa dalam kereta masa stuck jem tu tetiba aircond jadi panas
Ish.. aku baru je tambah gas aircond takkan dah habis kot
Takpun takkan aircond rosak
Dah le tu aku baru je servis kereta 2 minggu sebelum tu, takkan problem kot
Huish... macam2 bermain di fikiran
Kesian kat anak2 la sebab mengadu panas

Bila dah sampai Kampar jalan dah clear sikit
Tapi bila dah sampai Temoh dah start jem balik
Masa tengah sangkut jem tu baru terperasan kereta aku cam berasap
Ah sudah... apa pulak ni
Ekon memang aku dah tutup dah sebab tak sejuk
Aku memang rasa tak sedap hati dah masa ni

Kebetulan memang nak berenti kat stesen minyak sebab anak2 mengadu lapar
Sampai kat stesen minyak masa aku nak turun anak aku kata nampak asap kat bumper depan
Aku pun keluar tengok memang ada asap putih
Aku pun belikan makanan budak2 pastu aku wasap adik aku
Tanya nak buat camne... adik aku suruh cek temperature
Masya-allah memang temperature tinggi gile...
Selama dalam kereta tu aku tak perasan langsung temperature tu

Ni masa enjin tak hidup ye
Aku just buka kunci untuk tengok temperature je
[Takut kang ada cakap pasal minyak hitam la sebab lampu minyak hitam tu menyala]
Kereta aku ni selagi enjin tak start memang menyala tiga2 lampu tu
Normal temperature kat paras ke-3 tu je


So adik aku suruh cek air dalam radiator
Tapi kena tunggu la enjin sejuk baru boleh buka kan

Aku ni pulak sebelum bertolak dari rumah mak memang tak cek langsung...
Senang cerita memang dah lama la aku tak cek air dalam radiator tu pun

Sementara nak tunggu enjin sejuk kami pun pi solat dulu
Masa ni dalam pukul 1 lebih.. Zohor pun baru masuk.
Lepak2 dulu kat area tu
Nasib la stesen minyak tu ada free Wifi... 
Boleh la anak2 layan youtube kat henfon

Pastu ada satu family tu pun problem cam kereta aku
So aku mintak tolong pakcik tu tengokkan kereta aku sekali
Dia la yang bukakan tutup radiator tu
Udah kering katanya... patut la
Pastu dia la tolong isi air dalam tu
Pastu dia cek2 kereta dia kata kipas aku pulak rosak sebab tak pusing
Ate..... cemana nak buat ni????
Kalau kipas tak pusing enjin aku tak boleh sejuk la...
Katanya kena cari pomen la

Aku pun call la abang ipor aku tanya cemana nak buat
Dia pun suruh aku cek air radiator bagai
Pastu dia kata cuba cari bengkel dekat2
Mana la nak cari kan.. dah le hari tu cuti kan.. jem pulak tu
Last2 aku cakap takpe bior aku try tanya org sini2
Dia pulak kata, kalau apa2 telefon balik nanti dia datang ambik anak2.
[Hei... anak je ke??? Maknya dia nak tinggal kat situ ke cemana??? Wakakakaka]
Masa ni rasa susahnya bila suami takde ni...huhuhuhu

Pastu aku tanya budak stesen  minyak tu kot2 ada no tepon pomen
Ada la sorang budak ni kasi no telefon pomen.. aku pun try call
Dia kata setengah jam nanti dia sampai
Masa tu dah kul 3 ptg... jenuh tunggu

Sementara tu kawan aku cakap try la call insurans
Tu dia.. kenapa la aku boleh terlupa kan??
So aku call insurans dia kata kalau problem overheated memang kena towing
Tapi towing dia cover RM300 je
Pastu dia tanya nak bawa bengkel di mana?
Mana la aku tau kan.. so aku kata nak bawa balik Batang Kali je la camtu
Udah katanya lebih dari coverage.. aku kena top up dalam RM600 lagi
Fuyo.... mampuih....so aku kata takpe lah aku tunggu pomen kata apa dulu

Lepas 45 minit pomen call cakap tak boleh datang sebab jalan jem sangat2
Dia pulak di Chenderiang [dalam 2-3km dari stesen minyak tu]
Dia pulak suruh aku cari bengkel kat Tapah
Masalahnya aku tak tahu kereta aku tu boleh jalan lagi ke idak kan
Dibuatnya berasap lagi tah cemana kan... sebabnya tak tahu rosak kat mana

Aku mintak juga dia datang & aku sanggup tunggu
Tapi dia kata memang jem ketat kat  jalan tu
Dia nak keluar simpang pun tak boleh
Last2 dia suruh aku pergi tempat dia
Sebabnya arah yang berlawanan memang tak jem pun
Maksudnya aku kena patah balik la.
Aku tanya kereta aku tu boleh jalan ke idak??
Dia kata try dulu, kalau temperature naik dia suruh berenti kejap
Ok la.. aku pun tawakal je la...

Sepanjang jalan nak sampai ke tempat dia tunggu tu  aku keep on monitor temperature je
Alhamdulillah temperature normal
Akhirnya sampai la kat tempat pomen
Dia pun cek2 semua dia kata semua ok je takde rosak pun
Maybe tadi sebab air kering kot, katanya
Aku suruh juga dia cek betul2 in case la jadi lagi kan
Dia pun tengok2 memang takde apa rosak
Alhamdulillah sangat rasanya...

Tapi dia kata monitor je temperature
Kalau jadi lagi maybe ada leaking  & kena stop dulu
Tapi setakat dia cek, semua normal je.
Pastu dia suruh aku ikut jalan dalam Chenderiang tu ke Tapah
Tak la sangkut dalam jem tapi jauh sikit la
So aku pun ok la... ikut je apa yang dia kata
Memang clear la jalan dalam tu sebab tak banyak kereta
Maybe sebab ramai tak tahu jalan kampung tu kot


OTW tu aku call abang ipar cakap kami dah bergerak dah
Kereta pun OK & cakap kat dia takyah risau la
So dia pesan tengok je temperature tu

Aku drive bawa slow2 je dengan harapan perjalanan kami ok
Alhamdulillah... selamat sampai Batang Kali pukul 7ptg..
Fuh... dekat setengah hari dok atas jalan
Macam orang balik ke Pantai Timur.. walhal dari Ipoh je
Sampai Batang Kali terus pi makan... semua dah kelaparan
Sampai rumah tepat pukul 8 malam
Udah le esoknya nak kerja
Nasib la baju sekolah  budak2 ni aku dah gosok sebelum balik kampung

Lepas ni memang kena ambik pengajaran
Kalau nak jalan jauh2 kena make sure kereta dah servis
Kena cek air, minyak hitam semua tu...
Kang tak pasal2 tersadai tengah jalan pulak😅


Lupa nak cerita, masa aku mintak tolong pakcik yang tengokkan kereta aku tu
Wife dia tanya la aku, aku dengan anak2 je ke?
Suami tak ikut ke?
Aku ni dengan selamba je cakap haah, suami tak ikut sebab dia tak dapat cuti..hahahaa
Pastu makcik tu cakap la dah call suami suruh datang sini ke?
Aku cakap je dah... walhal aku cakap dengan adik aku..
Haish... dalam dilema aku nak bagitau status aku ni pada orang2 yang tak dikenali.
Wajar tipu @ wajar terus terang... ermmmmm


Monday, September 11, 2017

ANAK NAK UPSR TAPI MAMA COOL

Hari ni anak aku dah start exam UPSR
Dari 2-3 hari lepas Aleeya dah kata takut la, risau la
Aku rileks je... bukan aku yang periksa pun..hahahaha
[eksyen sungguh kan???]
Siap aku sound, kalau dah ready buat apa nak takut
Lagipun result ko nanti Allah dah tetapkan beratus2 tahun dulu dah
Tak payah nak risau sangat....
[ayat tak support anak langsung]

Sampai la pagi tadi gara2 terbangun lewat
takdan nak membelai2 anak sambil bagi kata2 perangsang
Sebabnya aku tengah mandi time tu
Aleeya dah nak gi sekolah
Dia takat ketuk pintu cakap dia nak gi sekolah dah
Aku pun cakap ok... good luck [dari dalam bilik ayor]
Kejam sangat tak????
Adoi.. kesian anak aku

Aku ni konon2 macho sangat
Walhal dalam hati dok dup dap dup dap jugak
Mama ko ni Aleeya, berak kencing pun tak lawas
memikirkan ko cemana la nak exam nanti
Ye lah... anak aku tu bukannya cerdik cemerlang terbilang semua tu

Pastu, aku pun tak cam parent2 lain
Sanggup ambil cuti tanda sokongan padu pada anak2 yang periksa
Sebabnya cuti aku dah tak banyak
Tak boleh la nak bazir2kan cuti...
Banyak cuti simpan untuk kecemasan je...
Kot2 nanti babysitter nak cuti la, hari anugerah anak2 la,
nak sign report kad anak lah, nak settle hal ehwal arwah suami la, anak demam la dsb...
Lagipun kalau aku cuti pun bukannya anak aku boleh score 100% pun
Hahahaha...[lantak la korang nak kata aku apa pun....]


Wishing her all the best for UPSR
Mama boleh doakan dari jauh je
Selebihnya usaha Aleeya sendiri ye...

Result trial UPSR dia kurang memberangsangkan actually
[A-D semua dia collect]
Hopefully result UPSR ni better dari trial la ye
Apa2 pun Mama nak Aleeya belajar untuk Usaha, Tawakal & Redha

Apapun yang berlaku, just follow the flow
Allah dah atur elok2 kehidupan kita ni..
Just sabar & belajar dari kesilapan2 yang lalu..
Wahhhhh... cool tak mama ko???


** Dari tadi aku sakit perut tenggelam timbul... cemana la si anak jawab periksa ye 😅


Wednesday, September 6, 2017

ADIK BARU

Mak tiri aku dah selamat bersalin
pertengah bulan Ogos yang lalu
Balik cuti time raya Haji bebaru ni
baru la sempat menziarah diaorang

Anak2 aku pulak kalau dapat pi rumah Opah De [opah muda]
memang suka sangat la sebab rumah Opah De banyak mainan
Nak2 pulak ada kereta yang pakai bateri tu
Memang berebut la nak main especially Amira & Jasmin



Ni anak mak tiri aku yang kedua
Kiranya adik aku le
adik yang ke.......[jap nak fikir]... yang ke 7 la kiranya
Anak abah aku yang ke 8



Inilah adik baru iolssssss
Anak abah yang ke-9
Dengan mak aku ada 6 orang anak, dengan isteri kedua ada 3 orang anak

Tengok muka dia ni rasa kesian kat dia
Sebabnya dia takdan nak rasa kasih sayang abah
Abah pun takdan nak tengok dia...huhuhuhu

Inilah adik2 aku yang satu bapa lain mak
Semua lelaki .
Yang sulung tu yang baju putih tu... panggil Along
Baru 3 tahun [sebaya anak aku si Jasmin]

Yang kedua tu baru 2 tahun
dan yang bongsu baru 20 hari kalau tak silap.

Semoga anak2 abah ni menjadi anak2 yang soleh
dan menjadi pencen kubur untuk abah...