Wednesday, July 26, 2017

SEBELUM HABIS CUTI RAYA

Awatnya lemau nak menghabiskan crita seminggu raya ni pun tak tau
Bulan raya pun dah habis.. cerita awal raya pun tak habis lagi
Maafkan dakuuuuu

Sementara masih bercuti raya
Kami pi la raya rumah kawan2 yang ada
Sementara tengah berkesempatan bercuti ni kan

Tapi raya ke-5 tu tak pi raya mana pun
Pagi tu pulak pi Mahkamah Sesyen Ipoh sebab nak pi cop pesuruhjaya sumpah
Mak aku la suruh siap2 isi borang 
[pasal urusan hal harta pusaka arwah abah nanti]
Lepas balik dari mahkamah, mak aku ajak pi Mydin Meru pulak
Harus la ikut kan... lagipun adik beradik aku pun ada yang dah balik rumah masing2
Tinggal family aku dengan adik bongsu aku je kat rumah mak

Mak aku nak pi beli barang dapur je
Kita pun sibuk la soping jugak...
Lagipun petang tu ada kawan aku nak datang beraya
So cari la bahan2 nak buat masak2 jamu deme

Esoknya pulak plan asal nak balik Batang Kali
Tapi Aleeya minta balik lusa
Katanya kesian kat opah nanti tinggal sorang2
So aku ok je.... 

Disebabkan nak extend sehari lagi, so sempat la aku pi la beraya rumah kawan aku kat Simpang Pulai
Dia ni member masa belajar kat universiti dulu
Merangkap roommate aku jugak masa tu
Kebetulan dia pun orang Ipoh
Tapi tu la.. walopun dia duduk Ipoh tapi jarang dapat jumpa dia kalau aku balik Ipoh

-Ita [tuan rumah], aku & Mariam-

Pastu dia pun call sorang kagi member kitaorang datang beraya rumah dia
Member aku ni lagi la lama tak jumpa [yang pakai kain kuning tu]
Mariam namanya...classmates aku masa matriks
Last aku jumpa dia pun 4-5 tahun lepas
Sibuk bisnes la tu...

Lama jugak la kami melepak.. 3-4 jam hahahah
Macam2 di jamu dek Ita & suaminya.. 
Terima kasih la melayan kami ni
Siap Ita offer makan nasi kat rumah dia
Aku cakap tak payah le... buat susah je nak masak2 lauk & nasi semua tu
Makan je la juadah2 raya & lemang rendang tu
Lagipun plan nak makan nasi kat rumah je..

Selfie dulu dalam kereta otw balik rumah
Amira bad mood sebab gaduh dengan Aleeya


Sekali bila balik rumah, mak pun tak masak nasi
Sebabnya dia kata udah semua pi beraya, maleas la dia nak masak
Adoiiii.. kebuluran aku.. dah le lapo nasik
Tu la... tolak la offer si Ita tu tadi...kan dah lapo 😅😅


1 comment:

panphila said...

Kelakar je tengok Amira, sulking sebab bergaduh. Perangai budak-budak memang mencuit hati betul.

http://panphila.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...