Tuesday, July 18, 2017

RAYA KE-3

Seminggu aku cuti raya, boleh kata tetiap hari pi beraya
Kalau tak gi rumah orang, orang yang datang beraya di rumah mak aku

Raya ke-3 aku pi rumah ex-opismate kat Chemor
Dah le jalan ke rumahnya aku ingat2 lupa
Mujur ada PAMOGA... eh Waze
Nasib la jumpa...

Punya la lama tak jumpa.. macam2 kami borak
Sampai nak tangkap gambar sesama pun lupa
Dah le masa kami datang tu, kami je tetamu dirumahnya
2-3 jam melepak rumah dia...
Anak2 aku kalau tak ramai orang memang ta ok la
Takde la memerap ke apa... happy je diaorang main & tengok tv

Terima kasih K. Linda & Abg Atar
Laksa & Nasi Mandy tu sedap.... kuih2 pun sedap

Gambar dengan tuan rumah takde
Ada gambar dalam kereta masa dalam perjalanan je
Layan je lah!

Adib dengan spek baru
Bajet ala2 Aiman Tino la tu



Baru nampak muka Jasmin
Si Amira ada belakang tu... merajuk sebab bergaduh dengan kakak dia



Balik dari Chemor pi raya rumah kawan sekolah pulak kat Taman Keledang
Walopun dah lewat petang, tapi sebab dah janji nak datang
Tu yang pergi jugak raya rumah dia
Dia jamu laksa jugak.... makan lagi la kita...
Pun takdan nak bergambar sebab terlupa...hehehehe


Esoknya nak beraya lagi... nanti sambung kami gi mana pulak😜



1 comment:

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah .. seronok aku tengok ko dgn anak-anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...