Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 4, 2017

SEBELUM RAYA

Hari Jumaat sebelum raya tu, opis aku memang tutup
So konon nak balik Ipoh la Jumaat tu kalau tak jem
Tup2 adik aku pulak kata dia kena kerja
So takpe la.. tunggu  je la dia siap kerja, kalau dia habis awal boleh la balik hari Jumaat tu
Tapi kalau lewat, plan balik hari Sabtu la
Kena tunggu adik sebab dia tumpang sekali nak balik Ipoh.

Sebab dah cuti Jumaat tu, so aku ajak anak2 pi bersihkan kubur abah diaorang
Dalam kul 7.30 camtu kitaorang pun pergi
Tapi si Adib tak ikut sebab dia tidur
Jenuh kejut tapi dia tak bangun
Malas la nak tunggu sebab lambat2 nanti hari panas
So biarlah dia tidur, aku dengan yang lain2 je pegi

Tu dia kubur arwah tok laki
rumput pun dah panjang
Maklum la aku pun dah dekat 3 minggu tak jenguk kubur arwah


Ni aku dah siap2 bawa gunting & plastik sebab nak cabut2 rumput rampai
Nak trim pokok puding tu sikit
Jasmin la eksaited main gunting tu
Aku ngan Aleeya main cabut rumput pakai tangan je
Lagi cepat rasanya
Sambil2 tu cabut sekali rumput kat kubur2 yang sebelah kubur arwah
Macam tak bertengok pun kubur orang tu
Kesian pulak tengok cam dah naik lalang.

Alhamdulillah.. dah bersih kubur abang!
Tapi batu2 tabur tu dah tak putih melepak le sebab dah bercampur dengan tanah
Lepas bersihkan kubur, aku ajak la budak2 balik
Hari pun dah panas dah... nak terbako pulak belakang aku rasanya
Walhal baru pukul 9.30pg

Dah on the way nak sampai rumah baru perasan plastik merah yang isi rumput2 tu aku lupa nak buang... elok terletak pulak kat kubur orang sebelah.. ya ampunnnn
Tak sempat nak patah balik la sebab lepas balik rumah tu ada benda lain nak buat
Last2 pesan kat Cik Besah kalau dia pergi kubur nanti tolong la buangkan plastik tu..heheeheh
[bertuah punya menantu kan....]

Masa kat kubur tu adik aku wasap, katanya bos dia bagi balik
Huk aloh.... ingatkan tak jadi balik hari tu
Rupanya dia dah otw pi rumah aku pun...
Tu yang kelam kabut lepas balik kubur tu...
Mana nak kemas beg, nak kisahkan kain baju kat ampai, nak singgah kedai, nak gi cari tudung raya [eh..eh.. sempat lagi tu]

Pastu dah janji dengan Adib nak bawa dia gunting rambut
Tu yang kena bawa juga dia pi kedai hipster yang dia selalu gunting tu
Tapi punya la ramai orang
Last2 ke kedai gunting india tu jugak la yang dituju
Nasib la tak ramai orang

Ni pun terkejar2 juga sebab lepas ni Adib nak pegi sembahyang Jumaat pulak
Ha... semput mak kau ni tau tak...


Ke kedai gunting ni aku bawa Amira je
Jasmin dengan Aleeya tak ikut.. duduk rumah dengan Maksu deme
Sempat lagi suruh dia posing  dengan Shah Rukh Khan..
Tapi jari dalam mulut tak lepas...
Sabo je la budak ni


Lepas sembahyang Jumaat baru la kami siap2 nak bertolak ke Ipoh
Sebelum tu singgah raya dulu rumah Cik Besah
walaupun belum raya lagi time tu..
Bermaaf-maafan in advance gitu

Dekat pukul 3 petang baru bertolak kot dari Batang Kali
Kami balik ikut jalan dalam je
Malas nak ikut highway sebab tengok waze ada jem juga 
Slow2 la bawa kereta.. takde nak kejo apa pun
Alhamdulillah sebelum pukul 7 dah sampai rumah mak.
Lewat sikit sampai sebab jem kat Medan Gopeng
[memang selalu jem pun kat situ]
Kalau tak jem dalam kul 6 petang dah sampai dah patutnya..

Tengok kat rumah mak ramai dah ada
Datuk aku pun ada, adik beradik semua ada
Memang meriah la... tak sabar nak raya
[Tapi dalam diam rindu jugak kat arwah abah & arwah suami... nangih dalam hati 😢]




3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya mmaaf zahir batin syani..

Alhamdulillah sempat juga membersihkan kubur arwah..

Nabil akak tak sempat nak bergunting rambut..
Konon nak gunting kat kg ..
Pun tak sempat..

Hihihi budak comel dgn shahrukh khan ye..

Begitulah bila hilang org tersayang kan syani..
Tentu ada sendu didalam hati..
Akak dah 3 tahun tak beraya dgn arwah abah dan mak..
Alfatiha utk mereka semua.

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin Syani.
Fahamnya hakak Syani, tanpa org tersayang di pagi Syawal tp apakan daya....Moga Syani terus tabah ye.

Haha...kalaulah boleh bercakap kawan tu, dah kena sound dah buat onar pulak di akhir Ramadhan tepi kubur dia

idzwa kamaruddin said...

Kenapa ntah aku baca macam sebak sangat .. :'(