Thursday, July 6, 2017

BALIK KAMPUNG OOOOOHHH BALIK KAMPUNG

Balik kampung time nak raya la best
Sebab semua adik beradik ada
Yang jarang2 jumpa, insya-Allah akan jumpa time raya ni lah

Tahun ni tahun kedua beraya tanpa suami
Tahun pertama beraya tanpa abah
Terasa kekurangan disitu, tapi nak buat cemana
Raya tetap kena diteruskan.. ye dak??? hahahaha
[apa la punya falsafah kan???]

Balik ni juga adik aku yang duduk Johor tu ada di rumah mak
Selalu dia duduk rumah dia, pepagi raya baru dia datang
Tapi tahun ni deme semua tidur rumah mak
Datuk aku pun ada jugak sebab dia tak sihat
So mak aku yang jaga dia
Meriah rumah mak aku...hahahaha
Yang paling best dapat jumpa si debab sorang ni

Baru  3 bulan tu nampak baju dah sendat


Anak2 aku pun suka la juga dapat jumpa sepupu2 diaorang
Naik hingaq rumah opah tu...
Nak cakap pun kena jerit2... sebab budak2 bising



Adib ni bila jumpa sepupu dia si Haikal tu dah rupa belangkas
Tetiba terus jadi bff diaorang ni
Ni nak tidur pun sama2 juga
Beza umur diaorang setahun je
Tapi gaya rambut dah lebih kurang sama, tinggi lebih kurang, cara tidur pun lebih kurang jugak
Cuma bezanya sorang cerah sorang tu tinted sikit...hahahaha


Sehari sebelum puasa tu memang sibuk la memasak 
Juadah untuk raya kan
Mak aku memang wajib buat ketupat daun palas
Tu pun jenuh gak nak cari daun palas tu
Sampai mak aku kena pegi Super Kinta  beli daun palas kat situ
Tapi itu pun daunnya kecik2 .. jadi le daripada takde kan..


Alhamdulillah dapat le sebesen...
Ni pun cakap kat mak tak payah buat banyak2
Nanti tak habis
Nasi impit, kuah kacang & rendang daging pun buat juga
Tu menu wajib raya ye dak???

Malam tu pulak adik2 aku sempat lagi buat cornflakes madu
Dapat jugak le 3 balang...

Semangat nak raya sungguh deme tu.

Cuma memalam raya tu dah takde dah tazkirah abah
Dulu malam raya tu mesti sembahyang jemaah. takbir raya pastu abah buat tazkirah
La ni takde dah semua tu... rindu la pulak
Itu le salah satu kenangan bila abah ada.
😢😢😢😢





1 comment:

dorsett pink said...

Selamat hari raya syani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...